31 Disember 2009

TERBARU : MUAT TURUN PANDUAN PELAKSANAAN MODEL P&P,KOKURIKULUM & RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) PENDIDIKAN ISLAM j-QAF TAHUN 6

MAKLUMAN & TINDAKAN SEGERA :
Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru Pendidikan Islam / j-QAF
Daerah Pasir Gudang
( Sekolah-sekolah Program j-QAF/ j-QAF Kohort 2005 )

Semua bahan yang berkaitan di atas boleh didapati pada ruangan DOWNLOAD BAHAN( Folder SUKATAN - RPT j-QAF Terbaru - Tahun 6). Selain itu, RPT Pendidikan Islam Tahun 1,2,3,4 & 5 juga telah pun dimuatkan.Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun dan mencetak semua fail yang berkenaan j-QAF tahun 6 untuk edaran kepada GPI/j-QAF untuk sesi persekolahan 2010 . Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan amat dihargai.Syukran.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.

29 Disember 2009

TERKINI : MAKLUMAT TAMBAHAN MTQSS 2010

TINDAKAN :
Penyelaras Dakwah dan semua Guru Pendidikan Islam
SMK / SK Daerah Pasir Gudang

Surat Rujukan MTQSS / Takwim MTQSS 2010 dan Ayat-ayat Tilawah al-Quran SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PEREMPUAN ada di ruangan Download Bahan pada Folder MTQSS 2010 dalam format PDF ( sila pastikan anda mempunyai software Acrobat@Foxit Reader)

Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun dan mencetak bahan tersebut untuk persediaan MTQSS tahun 2010. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang.Syukran

21 Disember 2009

MUAT TURUN SOALAN MTQSS TAHUN 2010M / 1431H

Perhatian dan tindakan
Penyelaras Dakwah dan semua Guru Pendidikan Islam
SMK / SK Daerah Pasir Gudang

Senarai ayat Tilawah, surah Hafazan, tajuk Syarahan Agama dan bercerita daripada kisah al-Quran untuk Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran M'sia (MTQSS) Tahun 2010M /1431H ada di ruangan Download Bahan pada Folder MTQSS 2010.

Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun dan mencetak bahan tersebut untuk persediaan MTQSS tahun 2010. Pihak kami tidak menyediakan salinan hardcopy kepada sekolah2.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang.Syukran

10 Disember 2009

TERKINI : RAYUAN KE SMKA DAN KAA 2010

Makluman dan Tindakan kepada semua Guru Penyelaras Pendidikan Islam Tahun 6
Sekolah-sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Calon-calon yang tidak berjaya mendapat Tawaran Pertama kemasukan ke SMKA dan KAA tahun 2010, mohon mendapatkan Borang Rayuan ke KAA (berwarna kuning) dan SMKA (berwarna hijau) yang boleh diperolehi di PPD Pasir Gudang mulai 15 hingga 30 Disember 2009 jam 8.00 pagi. Selain itu, dokumen-dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan ialah :
1. Slip keputusan UPSR.
2. Salinan surat beranak atau Kad Pengenalan Murid.
3. Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa.
4. Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun Pendidikan Islam.
Semua dokumen tersebut hendaklah disahkan.

Mohon guru-guru dapat menyampaikan maklumat penting ini kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa calon yang berhasrat memohon dan membuat rayuan berhubung perkara di atas. Syukran.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD PGU.

01 Disember 2009

MAKLUMAT KEMASUKAN TINGKATAN SATU KE SMKA DAN KAA TAHUN 2010

Untuk makluman dan tindakan
Guru Penyelaras Pendidikan Islam Tahun 6.

Tuan/puan dinasihatkan menyemak status permohonan calon-calon sekolah tuan/puan secara on-line mulai 10 Disember 2009.

Calon-calon yang berjaya akan menerima tawaran berdasarkan permohonan :
1. SMKA Johor Bahru
2. SMK Pasir Gudang ( KAA )
3. SMK Seri Kota Puteri 2 ( KAA )
4. SMK Permas Jaya ( KAA )
5. SMK Taman Daya 2 ( KAA )

Bagi calon yang tidak berjaya dalam tawaran pertama kemasukan ke SMKA dan KAA atau ingin menukar permohonan dari KAA ke SMKA atau sebagainya boleh mengemukakan rayuan secara on-line mulai 15 hingga 30 Disember 2009.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang.Syukran