27 Februari 2010

KURSUS MEMBINA LAMAN BLOG GPI DAERAH PASIR GUDANG 2010


27 FEBRUARI 2010 (SABTU)
Kursus anjuran bersama Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang dan PEKDIS Cawangan Pasir Gudang telah disertai oleh 30 orang.Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru Pendidikan Islam tentang panduan membina laman Blog bermula dari peringkat asas lagi. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Zainal bin Somingan dari SK Taman Perling, Johor Bahru.Melalui kursus ini,guru-guru diajar tentang fungsi-fungsi asas,teknik-teknik membina laman blog yang baik dan menarik serta kemahiran yang diperlukan oleh seorang blogger.UPI amat berharap kursus seumpama ini akan dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran guru-guru Pendidikan Islam dalam bidang ICT.Sesungguhnya kewujudan laman Blog membuka ruang yang luas kepada guru-guru Pendidikan Islam untuk menyalurkan maklumat serta mengaksesnya dengan mudah.Semoga keberhasilan kursus yang diperolehi dapat dimanfaat dan disebarkan kepada rakan-rakan guru Pendidikan Islam yang lain.Syukran

23 Februari 2010

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) PERINGKAT ZON TAHUN 2010

Penyelaras Dakwah / Warga Guru Pendidikan Islam
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Sekolah Rendah :
1. Zon Pasir Putih - 6 Mac 2010 (Sabtu) : SK Taman Pasir Putih
2. Zon Rinting - 6 Mac 2010 (Sabtu) : SK Bandar Seri Alam
3. Zon Tiram - 6 Mac 2010 (Sabtu) : SK Felda Ulu Tebrau
4. Zon Johor Jaya - 11 Mac 2010 (Khamis) : SK Permas Jaya 5

Sekolah Menengah :
1. Zon Masai - 6 Mac 2010 : SMK Permas Jaya
2. Zon Tiram - 11 Mac 2010 : SMK Taman Pelangi Indah

Mohon kerjasama tuan/puan memastikan penyertaan pelajar/murid bagi setiap acara yang dipertandingkan dalam majlis tersebut.Unit Pendidikan Islam juga sangat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan demi kemeriahan dan sokongan tak berbelah bahagi kepada majlis ini.Semoga usaha ini akan menyemarakkan kerja-kerja dakwah ke arah melahirkan modal insan yang beriman dan bertaqwa.Syukran
* Moga Pasir Gudang terus kekal gemilang dalam MTQSS 2010...Amin

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

PENGAMBILAN SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 3 ( MAC 2010 ) DAN MEMUAT TURUN BORANG PENILAIAN B.ARAB TAHUN 3

MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Semua Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang.
( Sekolah Program j-QAF )

Pengambilan soalan tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Mulai 23 Februari 2010 ( Selasa )
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Unit Akademik , PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir untuk mengambil salinan soalan PKSR Bahasa Arab Tahun 3 yang akan dilaksanakan pada 8 -11 Mac 2010. Soalan tersebut hendaklah diperbanyakkan mengikut bilangan murid di sekolah masing-masing. Selain tuan/puan juga dikehendaki memuat turun BORANG PENILAIAN MARKAH BAHASA ARAB TAHUN 3 untuk kemasukan data pencapaian murid. Komitmen anda melambangkan integriti ke arah memperkasakan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

19 Februari 2010

KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010

Makluman dan Tindakan :
Guru-guru Pendidikan Islam yang berkenaan
SMK dan SK Daerah Pasir Gudang

Kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Pendaftaran : 7.40 pagi
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir ke kursus tersebut.Sila bawa bersama Laptop dan Broadband Modem semasa mengikuti kursus.Surat panggilan kursus sudah diedarkan ke sekolah masing-masing.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MEMUAT TURUN PERATURAN & SYARAT FESTIVAL NASYID,KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI MARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Menengah dan Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Mohon kerjasama Ketua Panitia Pendidikan Islam memuat turun bahan-bahan tersebut untuk makluman dan rujukan dalam menguruskan kumpulan Nasyid,Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban di peringkat sekolah masing-masing. Bahan-bahan maklumat ialah :


Untuk makluman,Pertandingan Festival Nasyid peringkat daerah Pasir Gudang akan diadakan pada 10 APRIL 2010 di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang manakala peringkat negeri pada 29 APRIL 2010 di daerah Batu Pahat. Tarikh akhir penghantaran CD Rakaman Nasyid peringkat Zon ke PPD Pasir Gudang dengan TEMA : " MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH " ialah pada 25 MAC 2010.Peraturan dan syarat pertandingan Festival Nasyid tahun sebelum ini adalah digunapakai. Syukran

Segala pertanyaan dan maklumat lanjut,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

09 Februari 2010

MEMUAT TURUN BORANG DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK / SK dan SJK (C)
Daerah Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun borang-borang yang berikut :


Semua borang tersebut hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam PPD Pasir
Gudang pada atau sebelum 12 Februari 2010 (Jumaat) jam 4.30 petang.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai.Syukran

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang.Syukran

05 Februari 2010

PENGHANTARAN CD RAKAMAN NASYID,BERZANJI MARHABAN DAN IHTIFAL j-QAF PERINGKAT ZON TAHUN 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN :
Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Pasir Gudang

Unit Pendidikan Islam akan mengadakan pemilihan wakil-wakil sekolah ke peringkat Daerah dalam pertandingan di bawah.Pertandingan peringkat Zon hanya melalui rakaman sahaja.
Mohon kerjasama tuan/puan dapat menghantar CD Rakaman :
1. Nasyid ( 2 lagu ) berdasarkan tema (Menengah dan Rendah)
2. Berzanji Marhaban (Menengah)
3. Ihtifal j-QAF (Kalam Jamaie dan persembahan Dikir Barat) - Sekolah j-QAF

CD Rakaman mesti diserahkan ke Unit Pendidikan Islam pada atau sebelum :
1. Nasyid - 25 Mac 2010 (Khamis)
2. Berzanji Marhaban - 10 Mei 2010 (Isnin)
3. Ihtifal j-QAF - 1 Jun 2010 (Selasa)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

PENGAMBILAN CD TEKS SYARAHAN DAN BERCERITA MTQSS DAERAH 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Pasir Gudang

Tarikh : 8 Februari 2010 (Isnin)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Unit Akademik PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan atau wakil dari Panitia Pendidikan Islam hadir ke PPD untuk mengambil CD yang mengandungi Teks Syarahan dan Bercerita MTQSS daerah Pasir Gudang 2010.Untuk makluman tuan/puan,tarikh MTQSS Zon ialah pada 6 Mac 2010.Selain itu,Unit Pendidikan Islam memohon jasa baik dan kerjasama pihak tuan/puan menjelaskan bayaran PLANNER PEKDIS 2010 yang telah diedarkan dalam Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Daerah baru-baru ini. Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat kami hargai.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Panel Penggubal yang bertungkus lumus menyiapkan dan menghasilkan teks MTQSS untuk daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan dan maklumat,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

03 Februari 2010

KURSUS PEMBINAAN BLOG GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH TAHUN 2010 ( TERBUKA )

Makluman dan Tindakan :
Semua Guru Pendidikan Islam/j-QAF
Daerah Pasir Gudang

Unit Pendidikan Islam akan mengadakan Kursus Pembinaan Blog kepada guru-guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang. Makluman tawaran kursus hanya melalui blog UPI sahaja. Penyertaan kursus adalah secara TERBUKA .Hanya 40 orang penyertaan awal sahaja akan mengikuti kursus tersebut. Para peserta wajib membawa laptop dan broadband modem semasa mengikuti kursus.

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : PPD Pasir Gudang

Sesiapa yang berminat, bolehlah mengisi Borang Penyertaan Kursus dan emailkan pada alamat : abumansuralmaturidi@yahoo.com dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Februari 2010 (Isnin). Para peserta yang berjaya mengikuti kursus berkenaan akan dimaklumkan melalui surat.Terima kasih.

Sebarang pertanyaan dan maklumat, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB BIL. 1/2010 DAERAH PASIR GUDANG

Semua Guru Cemerlang
Pendidikan Islam/ Bahasa Arab
Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Februari 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat berkenaan. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam memacu kecemerlangan daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD PGU. Syukran

02 Februari 2010

PENGISIAN MAKLUMAT GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KPM NEGERI JOHOR

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK / SK / SJK(C)
Daerah Pasir Gudang

Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam JPNJ dalam proses mengemaskini dan memantapkan data Guru-guru Pendidikan Islam seluruh negeri Johor. Sehubungan dengan itu, Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah diarah mengumpulkan maklumat tersebut.Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun MAKLUMAT GPI NEGERI dan melengkapkannya.Tarikh akhir serahan borang ialah pada atau sebelum 12 Februari 2010 (Jumaat) .Surat dari JPNJ berhubung perkara di atas telah diedarkan ke sekolah-sekolah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran