30 Mac 2010

PENYERTAAN PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA
Penyelaras Dakwah / Guru Pendidikan Islam
Sekolah-sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan mengesahkan penyertaan sekolah tuan/puan dengan melengkapkan BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN tersebut.Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada Unit Pendidikan Islam (u.p : Ustaz Maturidi Bin Mohamed) pada atau sebelum 6 April 2010 (Selasa) jam 5.00 petang. Pihak sekolah yang tidak menghantar borang dianggap tidak berminat menyertai pertandingan ini.Segala syarat dan peraturan pertandingan tahun sebelum ini adalah diguna pakai.Surat edaran telah dimasukkan ke pigeon hole sekolah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

29 Mac 2010

PENYERAHAN KEMBALI PIALA PUSINGAN MTQSS NEGERI DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2009

Perhatian dan Tindakan Segera
Penyelaras Dakwah/Ketua Panitia Pendidikan Islam

1. SMK Agama Johor Bahru - Syarahan Lelaki
2. SMK Agama Johor Bahru - Syarahan Perempuan
3. SK Taman Daya 2 - Hafazan Lelaki (Rendah)
4. SK Kongkong Laut - Hafazan Perempuan (Rendah)
5. SK Pasir Gudang 1 - Bercerita Perempuan
6. SK Taman Puteri Wangsa - Festival Nasyid

Mohon kerjasama tuan/puan dapat menyerahkan kembali PIALA PUSINGAN MTQSS NEGERI yang telah dimenangi pada tahun lepas (2009) kepada Unit Pendidikan Islam, PPD PGU pada atau sebelum 2 April 2010 (Jumaat) jam 4.00 petang. Piala tersebut akan diserahkan kepada Sektor Pendidikan Islam JPNJ untuk dibawa ke MTQSS Negeri pada 29 April 2010 nanti. Semoga Pasir Gudang terus gemilang dalam MTQSS Negeri 2010.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai Unit Pendidikan Islam PPD PGU.Syukran

24 Mac 2010

PROGRAM FIKRAH ILMU GPI DAN MESYUARAT AGUNG PEKDIS CAWANGAN JOHOR 2010

Perhatian dan Tindakan
Guru-guru Pendidikan Islam / j-QAF
SMK dan SK yang berkenaan.

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan program tersebut
mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg - 2.00 petang
Pendaftaran : 8.00 - 9.00 pagi
Tempat : SMK Tun Ismail, Parit Raja,Batu Pahat
Pakaian : Baju Batik
Perasmian : Tn. Hj. Abdullah bin Mat Din
Timbalan Pengarah Operasi Dakwah
Bahagian Pendidikan Islam , KPM

Mohon kerjasama tuan/puan yang tersenarai dapat menghadiri program tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan integriti dan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan Guru Pendidikan Islam.Tuan/puan diminta berkongsi kenderaan sebagai langkah penjimatan.Sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini, amatlah kami hargai.Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

22 Mac 2010

PERINGATAN : PENGHANTARAN CD RAKAMAN NASYID SEKOLAH PERINGKAT ZON TAHUN 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras Dakwah/Guru Pendidikan Islam
SMK dan SK Daerah Pasir Gudang

Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang akan menganjurkan
Pertandingan Festival Nasyid peringkat daerah Pasir Gudang pada 10 APRIL 2010 (Sabtu) bertempat di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang . Sehubungan dengan itu, UPI akan menilai dan memilih antara 10 - 12 kumpulan nasyid terbaik peringkat ZON melalui CD RAKAMAN 2 BUAH LAGU NASYID yang akan bertanding di peringkat daerah. Penyertaan terbuka kepada semua sekolah.CD Rakaman Nasyid sekolah tuan/puan hendaklah sampai ke UPI PPD Pasir Gudang pada atau sebelum 25 MAC 2010 (Khamis) jam 5.00 petang dengan tema : MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH " Segala peraturan dan syarat pertandingan Festival Nasyid tahun sebelum ini adalah digunapakai. Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

17 Mac 2010

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010/1431H

PERHATIAN DAN TINDAKAN
Penyelaras Dakwah /Guru Pendidikan Islam
Sekolah-sekolah yang berkenaan

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Mac 2010 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengahari
Pendaftaran : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : SMK Kota Masai 2

Mohon kerjasama dan tindakan pihak sekolah melantik guru pengiring yang bertanggungjawab menguruskan penghantaran peserta ke majlis tersebut dengan menepati waktu yang telah ditetapkan demi kelancaran majlis tersebut.Semoga tuan/puan mengambil maklum dan perhatian yang sewajarnya.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi pegawai Unit Pendidikan Islam PPD PGU. Syukran

04 Mac 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA MTQSS PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG BIL. 1/2010 TAHUN 2010/1431H

Penyelaras Dakwah
Sekolah-sekolah yang Berkenaan

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat , SMK Kota Masai 2

Mohon kerjasama tuan/puan yang terlibat HADIR dalam mesyuarat tersebut.Kehadiran melambangkan komitmen dan integriti tuan/puan dalam melonjakkan kecemerlangan daerah Pasir Gudang.Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran