29 April 2010

TAHNIAH !! KONTINJEN PASIR GUDANG JOHAN KESELURUHAN MTQSS SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR 2010

Berikut ialah KEJAYAAN YANG TELAH DICAPAI :
1. Tilawah (L) Men : Naib Johan
2. Hafazan (L) Men : Naib Johan
3. Hafazan (P) Men : Ketiga
4. Syarahan (L) : Johan
5. Tilawah (L) Ren : Ketiga
6. Tilawah (P) Ren : Naib Johan
7. Hafazan (P) Ren : Johan
8. Bercerita (L) : Johan
9. Bercerita (P) : Naib Johan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah atas kejayaan cemerlang yang telah dicapai oleh Kontinjen Pasir Gudang dalam MTQSS Negeri Johor 2010. Seramai 3 orang wakil daerah Pasir Gudang akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada penghujung Mei 2010 di negeri Terengganu Darul Iman. UPI ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pemenang dan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang telah menyumbangkan khidmat bakti kepada Kontinjen Pasir Gudang.Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.Syukran

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT NEGERI JOHOR KALI KE-36 TAHUN 2010/1431H

Makluman :
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
Daerah Pasir Gudang.

Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 April 2010 (Khamis)
Tempat : SMK Dato Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Berikut ialah sekolah-sekolah yang mewakili Kontinjen Pasir Gudang :
KATEGORI MENENGAH
1) Tilawah (L) : SMK Agama Johor Bahru
2) Tilawah (P) : SMK Agama Johor Bahru
3) Hafazan (L) : SMK Pasir Gudang
4) Hafazan (P) : SMK Pasir Gudang
5) Syarahan (L) : SMK Agama Johor Bahru
6) Syarahan (P) : SMK Agama Johor Bahru
7) Nasyid : SMK Agama Johor Bahru
KATEGORI RENDAH
1) Tilawah (L) : SK Masai
2) Tilawah (P) : SK Pasir Gudang 1
3) Hafazan (L) : SK Taman Daya 2
4) Hafazan (P) : SK Kongkong Laut
5) Bercerita (L) : SK Taman Cendana
6) Bercerita (P) : SK Pasir Gudang 1
7) Nasyid : SK Taman Puteri Wangsa

Marilah kita panjatkan doa semoga Kontinjen Pasir Gudang berjaya meraih dan mengulangi kejayaan yang gemilang dalam MTQSS dan Festival Nasyid Negeri Johor pada tahun ini.Syukran

17 April 2010

FESTIVAL NASYID DAN KOMPANG SELAWAT SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2010

17 APRIL 2010 (Sabtu)
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Damansara Assets Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan Festival Nasyid dan Kompang Selawat Sekolah-sekolah KPM peringkat daerah Pasir Gudang tahun 2010.Majlis ini berlangsung di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang yang melibatkan hampir 200 orang pelajar dan 70 orang guru. Antara matlamat utama penganjuran ini ialah membina modal insan yang berkualiti dan bersahsiah mulia melalui penglibatan pelajar dalam kokurikulum sejajar dengan aspirasi pendidikan negara.Di samping itu, ianya memperlihatkan usaha yang padu dalam memartabatkan seni hiburan Islam dan memasyarakatkan sekolah.Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang mengucapkan syabas dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya dan AJK pengelola atas kejayaan penganjuran majlis ini.Syukran

14 April 2010

MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM PENGUKUHAN SOLAT TAHUN 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras Dakwah
Sekolah-sekolah Menengah
Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 April 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran adalah WAJIB.Selain itu, tuan/puan dimohon memuat turun dokumen-dokumen berikut :
Segala bahan yang telah dimuat turun hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri mesyuarat. Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat kami hargai.Surat panggilan mesyuarat akan dimasukkan ke pigeon hole sekolah-sekolah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

07 April 2010

PENGHANTARAN PESERTA FESTIVAL NASYID DAN KOMPANG SELAWAT PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010/1431H

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
PENYELARAS DAKWAH
Sekolah-sekolah yang berkenaan.

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Pendaftaran : 8.00 - 8.30 pagi
Tempat : Atrium,Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang

Mohon kerjasama Penyelaras Dakwah sekolah yang terbabit menguruskan peserta dari sekolah tuan/puan ke pertandingan tersebut.Untuk makluman, pengangkutan,makan dan minum adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab pihak sekolah sendiri. Sekolah yang terlibat dengan Festival Nasyid dikehendaki menyediakan 2 SALINAN LIRIK LAGU NASYID dan diserahkan kepada URUS SETIA semasa pendaftaran. Surat makluman telah dimasukkan di pigeon hole sekolah tuan/puan.Sila lengkapkan borang maklumat peserta Festival Nasyid sekolah tuan/puan untuk tindakan pihak kami.Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT AJK PENGELOLA FESTIVAL NASYID DAN KOMPANG DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras Dakwah
Sekolah-sekolah yang berkenaan.

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 8 April 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2 , PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama Penyelaras Dakwah sekolah yang terlibat sebagai AJK hadir dalam mesyuarat tersebut.Kehadiran tuan/puan memperlihatkan komitmen dan integriti tuan/puan dalam memacu kecemerlangan daerah Pasir Gudang.Surat panggilan mesyuarat telah dimasukkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD PGudang.Syukran