28 Mei 2010

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM/BAHASA ARAB DAERAH PASIR GUDANG 2010


24 MEI 2010 (Isnin)
Seramai 18 orang guru Pendidikan Islam telah membentangkan Kajian Tindakan masing-masing dalam Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam/Bahasa Arab anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang. Seminar anjuran UPI ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh barisan Guru Cemerlang Pendidikan Islam/Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Saadiah binti Said,Pegawai Pelajaran daerah Pasir Gudang.Melalui seminar ini,guru-guru Pendidikan Islam mampu mengetengahkan dan menjana idea-idea baru dalam mengatasi,membantu dan meningkatkan penguasaan murid/pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Bahasa Arab. Selain itu, Kajian Tindakan Pendidikan Islam / Bahasa Arab yang dikendalikan oleh GPI dapat memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah dan daerah Pasir Gudang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang yang akan mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat zon,terima kasih kepada para pengkaji dan semua Guru Cemerlang Pendidikan Islam / Bahasa Arab daerah Pasir Gudang di atas kejayaan menguruskan seminar ini.Semoga seminar ini dapat memberi pengalaman baru kepada semua yang terlibat untuk memartabatkan Pendidikan Islam. “Setiap Guru Pendidikan Islam satu Kajian Tindakan”. Syukran

27 Mei 2010

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG 2010


22 MEI 2010 (Sabtu)
Unit Pendidikan Islam dan PEKDIS telah berjaya menghimpunkan seramai 300 orang guru-guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang dalam program Multaqa Guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang yang telah berlangsung di Dewan Umar Abdul Aziz,SMK Agama Johor Bahru pada hari Sabtu yang lepas.Majlis dimulakan dengan persembahan multimedia dari UPI dan diikuti dengan program Talk Show (Bual Bicara) dan Minda Ulul Al-Bab yang bertajuk Ulamak Pewaris Para Nabi.Multaqa diakhiri dengan ucaptama yang bertajuk Hala Tuju GPI Mendepani Cabaran Masa Kini yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Omar Bin Salleh,Ketua Unit Operasi Dakwah Sektor Pendidikan Islam,JPNJ.Manakala pelancaran Portal Rasmi Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang mengisi acara kemuncak Multaqa pada hari itu.UPI merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para jemputan,rangkaian penaja iaitu As-Saf Agency,NR Murabbi dan Ana Ajwad serta semua GPI yang hadir dalam menjayakan Multaqa Guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang tahun 2010.Syukran

21 Mei 2010

PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGURUSAN SOLAT SESI PETANG SEKOLAH MENENGAH 2010

PERHATIAN :
Ketua Panitia Pendidikan Islam/Penyelaras Dakwah
Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang

Untuk makluman, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Johor memohon maklumat tentang pengurusan solat pelajar-pelajar sesi petang seluruh sekolah menengah negeri Johor.Justeru itu,Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang memohon tuan/puan menghantar maklumat ringkas berkenaan perkara di atas.Maklumat tersebut mengandungi :
1. Nama sekolah
2. Jadual masa Solat Zohor
3. Jadual masa Solat Asar

Maklumat hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Islam (u.p : Ustaz Mahmood Bin Kassim) pada atau sebelum 31 Mei 2010 (Isnin).Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat diperlukan kerana maklumat yang dikumpulkan akan dihantar ke JPNJ untuk tindakan seterusnya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

20 Mei 2010

LATIHAN KAJIAN TINDAKAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Perhatian dan Tindakan SEGERA :
Guru Pendidikan Islam yang berkenaan

Latihan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Mini SM Teknik Johor Bahru

Mohon kerjasama tuan/puan yang terlibat hadir dalam latihan tersebut.Kehadiran adalah WAJIB dan tidak boleh diganti dengan orang lain.Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas,sila hubungi Ustaz Hairozi Bin Mohamad, Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat,Sektor Pend Islam JPNJ di talian 019-7311344.

19 Mei 2010

TERBARU : PENYERTAAN MAHRAJAN j-QAF DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010

MAKLUMAN TERKINI :

Semua Penyelaras j-QAF

Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang.


Marhajan j-QAF akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Julai 2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Besar dan Atrium, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
Masa : 9.30 pagi - 1.00 tengah hari


Mohon kerjasama tuan/puan yang berminat menyertai Mahrajan j-QAF (Kalam Jamai'e dan Dikir Barat) peringkat daerah hendaklah melengkapkan Borang Penyertaan yang telah disediakan. Untuk makluman, pemilihan melalui CD Rakaman seperti maklumat sebelum ini telah dibatalkan. Mahrajan j-QAF negeri dijangka akan diadakan pada awal Oktober 2010 di daerah Pontian.


Borang penyertaan tersebut hendaklah diserahkan ke Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang pada atau sebelum 2 Jun

2010 (Rabu) jam 4.00 petang. Penyertaan adalah terhad kepada 10 PASUKAN SAHAJA bagi setiap acara.Sekolah-sekolah yang menghantar penyertaan awal diberi keutamaan.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

17 Mei 2010

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam / j-QAF
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Mei 2010 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Pendaftaran : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Umar Abdul Aziz, SMKA Johor Bahru

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam multaqa tersebut mengikut BILANGAN KATEGORI yang telah ditetapkan dibawah :
1. Sekolah Kebangsaan : 5 orang
2. Sekolah GPI Menunggal : 1 orang
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina : 1 orang
4. Sekolah Menengah : 3 orang

Kehadiran adalah diwajibkan demi memartabatkan profesion keguruan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Tuan/puan digalakkan berkongsi kenderaan sebagai langkah penjimatan.Surat panggilan telah dimasukkan ke pigeon hole sekolah masing.masing. Syukran

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.

13 Mei 2010

BENGKEL PEMURNIAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM/BAHASA ARAB DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN :
Guru-Guru Pendidikan Islam
Sekolah-sekolah yang berkenaan

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan yang berkenaan hadir dalam bengkel tersebut.Sila bawa bersama laptop dan bahan yang berkaitan.Komitmen tuan/puan merupakan jati diri ke arah peningkatan kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang. Surat telah diedarkan ke sekolah-sekolah yang terlibat. "Satu GPI Satu Kajian Tindakan"

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

12 Mei 2010

MESYUARAT AJK MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG 2010

MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Pengetua dan Guru Besar
SMK dan SK yang berkenaan

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Taman Desa Jaya

Mohon kerjasama tuan/puan atau wakil hadir dalam mesyuarat tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan integriti dan komitmen yang tinggi terhadap usaha memartabatkan profesionn pendidikan daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang. Syukran

11 Mei 2010

MTQSS : TAHNIAH ATAS KEJAYAAN KONTINJEN PASIR GUDANG


29 April 2010 ( Khamis )
Kontinjen Pasir Gudang telah berjaya mengulangi kejayaan yang cemerlang dalam MTQSS dan Festival Nasyid peringkat negeri Johor tahun 2010 setelah muncul sebagai Johan Keseluruhan MTQSS Negeri Johor dalam kategori Sekolah Rendah.Unit Pendidikan Islam mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta yang telah menunjukkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi sehingga mencapai kejayaan.Semoga kejayaan ini akan memberi motivasi kepada guru-guru Pendidikan Islam untuk terus berusaha mengasah bakat anak-anak didik di sekolah.Syukran

PERINGATAN : PENGHANTARAN CD RAKAMAN PERSEMBAHAN KALAM JAMA'IE DAN DIKIR BARAT MAHRAJAN j-QAF DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERINGATAN DAN TINDAKAN :

Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam

Semua Penyelaras j-QAF

Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang.

( Sekolah Program j-QAF )


Marhajan j-QAF akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)
Tempat : Atrium, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari


Mohon kerjasama dan sokongan tuan/puan menghantar CD Rakaman persembahan Kalam Jamai'e dan Dikir Barat sekolah tuan/puan. Untuk makluman,Unit Pendidikan Islam akan memilih sekolah-sekolah yang terbaik ke pertandingan Mahrajan j-QAF peringkat Daerah berdasarkan CD rakaman tersebut.

CD Rakaman tersebut hendaklah diserahkan ke Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang pada atau sebelum 27

Mei 2010 (Khamis) jam 4.00 petang.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

09 Mei 2010

KURSUS PEMANTAPAN P&P PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG


8 Mei 2010 (Sabtu)
Seramai 60 orang Guru Pendidikan Islam SMK daerah Pasir Gudang telah mengikuti Kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Pendidikan Islam anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang.Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya di bawah bimbingan Ustaz Khairul Anuar Bin Ramlan,Guru Cemerlang Pendidikan Islam SM Teknik Perdagangan Johor Bahru.Melalui kursus ini,para peserta didedahkan tentang kepentingan penguasaan teknologi maklumat (ICT) dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.Selain dari itu, para peserta diajar tentang kemahiran dan teknik khusus menggunakan ICT dalam P&P bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.Semoga usaha ini dapat meningkatkan motivasi dan mengubah attitude guru-guru Pendidikan Islam agar terus meneroka kaedah-kaedah yang terbaru demi meningkatkan mutu P&P Pendidikan Islam yang berkesan.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.Anjakan Paradigma GPI Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan Islam.

BENGKEL PENANDAAN TASAWWUR ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Tasawwur Islam
SMK Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : SMK Seri Kota Puteri

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam melonjakkan pencapaian cemerlang Tasawwur Islam daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

08 Mei 2010

MESYUARAT PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM/BAHASA ARAB PASIR GUDANG 2010

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Guru Cemerlang Pendidikan Islam/Bahasa Arab
Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Seri Kota Puteri

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Sila bawa bersama semua dokumen kajian tindakan untuk penilaian dan pemilihan peringkat akhir.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam melonjakkan pencapaian cemerlang Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

07 Mei 2010

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2010

MAKLUMAN :
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Mei 2010 ( Khamis malam Jumaat )
Masa : 6.30 petang
Tempat : Masjid Jamek Taman Desa Jaya
Pakaian : Kebangsaan

Mohon kerjasama Pengetua/Guru Besar, seorang Penolong Kanan, Pengerusi Kelab Guru dan 3 orang wakil guru ( Jumlah keseluruhan : 6 orang setiap sekolah ) hadir dalam majlis tersebut. Sokongan tuan/puan amat diperlukan dan semoga kehadiran tuan/puan beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

04 Mei 2010

PENGAMBILAN SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 4,5 & 6 BAGI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( MEI ) 2010

MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah-sekolah Program j-QAF
Kohort 2005, 2006 dan 2007 sahaja.

Pengambilan soalan adalah mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : Mulai 4 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Unit Akademik, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir ke PPD Pasir Gudang untuk mengambil soalan tersebut dan memperbanyakkannya mengikut bilangan murid sekolah tuan/puan.Untuk makluman, tarikh peperiksaan bagi kertas 1 (Lisan) ialah antara 18 - 21 Mei 2010 manakala kertas 2 (penulisan) ialah 25 - 27 Mei 2010.Sila rujuk surat edaran sebelum ini untuk maklumat lanjut.Keprihatinan dan tindakan segera tuan/puan amat diperlukan demi memastikan PKSR dapat dijalankan dengan telus dan sempurna.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

KURSUS P & P BERKESAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM SMK DAERAH PASIR GUDANG 2010

Makluman dan Tindakan :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Daerah Pasir Gudang.

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan menghantar 2 orang wakil Guru Pendidikan Islam hadir dalam kursus tersebut.Selain itu, setiap sekolah yang hadir dikehendaki membawa bersama laptop dan broadband modem untuk tujuan kursus.Kehadiran tuan/puan melambangkan integriti dan iltizam dalam memacu kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang. Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah masing-masing.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran