25 Julai 2010

PROGRAM WACANA ILMU DAN PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN DAERAH PASIR GUDANG



24 JULAI 2010 (Sabtu)
Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang dan PEKDIS Cawangan Johor Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan program Wacana Ilmu dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin peringkat daerah Pasir Gudang.Program yang penuh bermakna ini telah diadakan di Dewan Mawar Gemilang SMK Pasir Gudang 2.Seramai 300 orang Guru Pendidikan Islam telah menghadiri dan menjayakan program ini. Program ini dimulakan dengan Wacana Ilmu 1 yang bertajuk "Memahami Isu Palestin" yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hasanuddin Bin Mohd Yunus manakala Al-Fadhil Ustaz Mohd Rifqi Bin Myiddin telah mengupas tajuk "Ana Murabbi wa Mursyid" dalam Wacana Ilmu 2. Kemuncak program ialah Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin peringkat daerah Pasir Gudang yang telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Saadiah Binti Said,Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang.Sempena Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin sebanyak RM2021.95 telah berjaya dikumpulkan dan program ini akan berlangsung dari tarikh pelancaran sehingga pertengahan Ramadan al-Mubarak di seluruh sekolah daerah Pasir Gudang.Tujuan utama penganjuran program ini adalah sebagai tanda sokongan padu dan komitmen seluruh warga Pendidikan daerah Pasir Gudang dalam membantu meringankan penderitaan hidup rakyat Palestin. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola ,Aqsa Sharif Berhad,NR Murabbi Enterprise,My Iman Telefon,Imtiyaaz,Ana Ajwad,PKG Pasir Gudang dan Guru-guru Pendidikan Islam yang telah menjayakan program ini." BERSAMA MENDERMA BAGI MERINGANKAN PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN"

21 Julai 2010

MEMUAT TURUN SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 3 BULAN JULAI 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA
KETUA PANITIA BAHASA ARAB
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang
( Sekolah Program j-QAF )

Mohon tuan/puan memuat turun Soalan PKSR Bahasa Arab Tahun 3 seperti ketetapan berikut :


Tarikh cadangan mengadakan PKSR Bahasa Arab Tahun 3 Bulan Julai ialah bermula dari 26 Julai hingga 6 Ogos 2010. Soalan hendaklah diperbanyakkan mengikut bilangan murid sekolah tuan/puan.Kerjasama tuan/puan amat diperlukan demi kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

19 Julai 2010

MESYUARAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM PMR DAN SPM 2010 BERSAMA JK PENDIDIKAN ISLAM DAERAH

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Julai 2010 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah,Ulu Tiram

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan integriti dan komitmen yang tinggi terhadap usaha meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Tuan/puan juga dimohon menjelaskan bayaran RM30.00 (PCG Pendidikan Islam) untuk kos cetak bahan modul kecemerlangan PMR dan SPM 2010.Surat panggilan mesyuarat telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang. Syukran

17 Julai 2010

PENYEDIAAN ARTIKEL KEMPEN BENCI ZINA

MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah
Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang

Jabatan Pelajaran Johor menginsafi gejala Zina perlu diberikan fokus pencegahan secara bersepadu bermula di peringkat sekolah.Berikutan hal ini "KEMPEN BENCI ZINA" akan dilakukan dengan membacakan artikel-artikel pendek bagi menyedarkan bahaya dan keburukan Zina dari segi Islam sebagai langkah pencegahan.

Sehubungan itu, Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang memohon setiap sekolah menghantar satu artikel pendek yang sesuai untuk dibacakan selama 5 minit di perhimpunan pagi dalam kempen berkenaan dan sebelum pelaksanaan P&P setiap hari.Untuk makluman,hasil artikel akan dikumpulkan dan dihantar ke Sektor Pendidikan Islam JPNJ untuk tindakan selanjutnya.

Artikel tersebut hendaklah ditulis mengikut ketetapan berikut :

1. Bidang Penulisan : Rakan Baik Membantu Mengelakkan Zina
2. Format Penulisan : Font Arial 11, Spacing 1.5

Hasil artikel hendaklah dihantar pada atau sebelum 23 Julai 2010 (Jumaat) ke alamat email : mahmood.kassim@gmail.com.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.

16 Julai 2010

WACANA ILMU DAN PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam / j-QAF
SMK / SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Julai 2010 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 1.30 tengah hari
Pendaftaran : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Mawar Gemilang, SMK Pasir Gudang 2
Pakaian : Batik

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam program tersebut mengikut bilangan yang telah ditetapkan dengan mengambil kira jumlah GPI di sekolah masing-masing.
Kehadiran adalah diwajibkan. Pihak UPI amat mengharapkan sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam menjayakan program ini.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dan integriti dalam meningkatkan profesion keguruan Guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang. Tuan/puan digalakkan berkongsi kenderaan sebagai langkah penjimatan.Surat panggilan telah dimasukkan ke pigeon hole sekolah masing.masing. Syukran

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.

12 Julai 2010

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PROGRAM WACANA ILMU DAN PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010

MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEGERA :
PENYELARAS DAKWAH
SMK dan SK yang berkenaan

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Pasir Gudang 2

Mohon kerjasama tuan/puan atau wakil hadir dalam mesyuarat tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan integriti dan komitmen yang tinggi terhadap usaha memartabatkan profesionn pendidikan daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang. Syukran

05 Julai 2010

BENGKEL PELAPORAN KEM PENGUKUHAN SOLAT DAERAH 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
PENYELARAS KEM PENGUKUHAN SOLAT
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang
Kecuali SMKA dan SABK Madrasah Al-Attas

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Julai 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran adalah WAJIB. Sila bawa laptop,pen drive,segala dokumen dan instrumen pelajar yang berkaitan (softcopy dan hardcopy) untuk pengabungan peringkat daerah .Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam melonjakkan pencapaian cemerlang Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan bengkel telah dimasukkan di pigeon hole sekolah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT PELAKSANAAN SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT ZON (PASIR GUDANG,JOHOR BAHRU & PONTIAN) TAHUN 2010

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Guru Cemerlang Pendidikan Islam/ Bahasa Arab
Wakil Seminar Kajian Tindakan Daerah
Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam melonjakkan pencapaian cemerlang Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan mesyuarat telah dimasukkan di pigeon hole sekolah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

02 Julai 2010

MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH2 KPM DAERAH PASIR GUDANG 2010


1 JULAI 2010 (Khamis)

Unit Pendidikan Islam,Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Mahrajan (Festival) j-QAF Sekolah-sekolah Kementerian Malaysia peringkat daerah Pasir Gudang tahun 2010.Mahrajan ini telah diadakan di Atrium dan Dewan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai majlis tersebut dalam acara Kalam Jamai'e (choral speaking) dan Dikir Barat dalam Bahasa Arab dengan penyertaan seramai 300 orang murid dan 120 orang guru.Mahrajan j-QAF pada kali ini telah diserikan dengan kehadiran Pn. Hjh. Saadiah binti Said,Pegawai Pelajaran daerah Pasir Gudang yang telah merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Mahrajan j-QAF merupakan salah satu usaha dan kesinambungan dalam memperkasakan program j-QAF terutamanya Bahasa Arab melalui penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.Selain itu juga,program ini bertujuan mendekati masyarakat dengan dasar dan pembaharuan dalam pendidikan negara ke arah menjana modal insan yang berkualiti.Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang kerana menaja program ini,semua AJK pengelola,guru-guru dan murid-murid yang telah memeriahkan dan menjayakan majlis. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang yang akan mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri penghujung September 2010 nanti.“Bersama Memperkasakan Pendidikan Islam ”. Syukran

01 Julai 2010

BENGKEL PENGUMPULAN DATA e-PELAPORAN j-QAF/PENDIDIKAN ISLAM JUN 2010

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Semua JLU e-Pelaporan/Penyelaras
e-Pelaporan/Guru Pendidikan Islam
SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Julai 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon kerjasama tuan/puan yang berkenaan hadir dalam bengkel tersebut.KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN.Sila bawa bersama laptop,extension wayar,pen drive serta data/rekod pencapaian murid yang telah lengkap untuk penyatuan peringkat daerah..Rekod tersebut hendaklah diserahkan kepada JLU mengikut zon yang telah ditetapkan .Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti ke arah kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang. Surat panggilan telah diedarkan ke sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran