25 April 2011

PANDUAN PENGURUSAN KOMPONEN FAIL PENDIDIKAN ISLAM,j-QAF,MAKDIS DAN MUSOLLA AL-HAKIM SMK DAN SK DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ketua Panitia Bahasa Arab
Ketua Panitia Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
Ketua Panitia Pendidikan Syariah Islamiah
Ketua Panitia Tasawwur Islam
Penyelaras j-QAF
Penyelaras Dakwah (MAKDIS)
Penyelaras Musolla Al-Hakim (Surau)

Unit Pendidikan Islam telah menetapkan garis panduan pengurusan fail komponen Pendidikan Islam yang standard dan telah diselaraskan di peringkat daerah Pasir Gudang.  Mohon kerjasama tuan/puan MEMUAT TURUN panduan tersebut untuk rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya. 

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

17 April 2011

LATIHAN PUSAT KONTINJEN PASIR GUDANG DALAM MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR KALI KE-37 TAHUN 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN :
PENYELARAS DAKWAH
SMK Pasir Gudang 
SMK Agama Johor Bahru
SMK Kota Masai
SMK Taman Nusa Damai
SK Taman Daya
SK Taman Permas Jaya 3
SK Ulu Tiram
SK Taman Desa Jaya
SK Taman Cendana
Latihan pusat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  20 - 21 April 2011 ( Rabu & Khamis )
                :  26 - 27 April 2011 ( Selasa & Rabu )
Masa  :  8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat :  SMK Seri Kota Puteri 2

Mohon kerjasama tuan/puan menguruskan peserta dari sekolah tuan/puan untuk mengikuti latihan pusat tersebut.Semoga usaha ini akan memberi impak yang besar kepada kontinjen Pasir Gudang dalam meraih kejayaan yang cemerlang pada MTQSS peringkat negeri Johor yang akan berlangsung pada 30 April 2011 di daerah Mersing.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah yang terlibat."AL-QURAN TERAS KESEJAHTERAAN UMMAH GEMILANG" 

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

01 April 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011/1432H

PERHATIAN DAN TINDAKAN :
PENYELARAS DAKWAH
SMK Agama Johor Bahru
SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah
Sekolah-sekolah yang mewakili Zon 

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  2 April 2011 ( Sabtu )
Masa  :  7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat :  Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1

Mohon kerjasama wakil-wakil zon bersiap siaga  dan mematuhi peraturan MTQSS yang sedia ada.Sila pastikan tuan/puan hadir lebih awal demi kelancaran majlis tersebut.Pihak UPI amat mengalu-alukan kehadiran warga GPI ke MTQSS & FN peringkat daerah Pasir Gudang sebagai tanda sokongan padu terhadap program MAKDIS."AL-QURAN TERAS KESEJAHTERAAN UMMAH GEMILANG" 

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran