12 Mei 2011

MULTAQA GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Pengetua dan Guru Besar
SMK/SK & SJKC Daerah Pasir Gudang

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi 
Tempat :  Dewan SK Kota Masai 2
Pakaian :  Batik

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam majlis tersebut mengikut kategori berikut :
Sekolah Menengah
- 3 orang guru yang terdiri dari Ketua Panitia Pendidikan Islam,Penyelaras Dakwah dan seorang Guru Pendidikan Islam.
Sekolah Kebangsaan
- 5 orang guru yang terdiri dari Ketua Panitia Pendidikan Islam,Penyelaras Dakwah dan 3 orang Guru Pendidikan Islam/j-QAF.
Kehadiran adalah diwajibkan.Kehadiran tuan/puan melambangkan integriti dan komitmen dalam meningkat profesion keguruan Pendidikan Islam. 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

09 Mei 2011

MAJLIS BACAAN YASIN,TAHLIL DAN SOLAT HAJAT SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  : 12 Mei 2011 ( Khamis malam Jumaat )
Masa : 7.00 petang
Tempat :  Masjid Jamek Taman Desa Jaya
Pakaian :  Kebangsaan

Mohon kerjasama Pengetua/Guru Besar, seorang Penolong Kanan, Pengerusi Kelab Guru dan 3 orang wakil guru ( Jumlah keseluruhan : 6 orang setiap sekolah ) hadir dalam majlis tersebut. Unit Pendidikan Islam juga  mengalu-alukan kehadiran warga Guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang ke majlis tersebut. Sokongan tuan/puan amat dihargai dan semoga kehadiran tuan/puan beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t."GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

08 Mei 2011

MEMUAT TURUN SOALAN PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011 BAHASA ARAB TAHUN 4,5 DAN 6

PERHATIAN DAN TINDAKAN (PENTING) :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Guru Mata pelajaran Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Mohon tuan/puan memuat turun dokumen berikut :
Dokumen tersebut adalah SULIT.Sila dapatkan kata laluan (Password) dari pegawai di Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang.Dokumen tersebut hendaklah diperbanyakkan dan diedarkan kepada murid-murid di sekolah tuan/puan semasa peperiksaan PKSR Pertengahan Tahun 2011 dijalankan.Kerjasama tuan/puan amat diperlukan demi kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

02 Mei 2011

TAHNIAH !!! KEJAYAAN CEMERLANG KONTINJEN PASIR GUDANG DALAM MTQSS DAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2011



Berikut ialah KEJAYAAN YANG TELAH DICAPAI :
1. Tilawah (P) Men : Naib Johan (SMKA Johor Bahru)
2. Hafazan (L) Men : Johan (SMK Pasir Gudang)
3. Syarahan (L) : Ketiga (SMK Kota Masai)
4. Syarahan (P) : Johan (SMK Taman Nusa Damai)
5. Hafazan (L) Ren : Johan (SK Taman Cendana)
6. Hafazan (P) Ren : Naib Johan (SK Taman Desa Jaya)
7. Bercerita (L) : Naib Johan (SK Taman Daya)
8. Bercerita (P) : Johan (SK Taman Daya)
9. Nasyid Ren : Johan (SK Taman Puteri Wangsa)
10. Nasyid Men : Ketiga (SMKA Johor Bahru)
11. Johan Keseluruhan MTQSS Sekolah Rendah 2011


30 APRIL 2011 (SABTU-SMK ANJUNG BATU,MERSING)
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas kejayaan yang cemerlang Kontinjen Pasir Gudang."Kerja Sepasukan Meraih Kegemilangan" merupakan motto yang membawa kejayaan besar dan cemerlang Kontinjen Pasir Gudang dalam pertandingan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah(MTQSS) Kementerian Pelajaran Malaysia kali ke-37 dan Festival Nasyid peringkat negeri Johor tahun 2011 yang telah diadakan di daerah Mersing pada 30 April 2011.Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Johor,Yang Berbahagia En. Mohd Nor Bin A.Ghani.Seramai 4 orang wakil dan kumpulan Nasyid Rendah daerah Pasir Gudang akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan.Selain itu juga, Pasir Gudang muncul sebagai Johan Keseluruhan MTQSS Sekolah Rendah Negeri Johor tahun 2011.Kejuaraan ini telah dirangkul selama 3 tahun berturut-turut bermula tahun 2009,2010 dan 2011.Sesungguhnya kejayaan ini tidak akan diperolehi tanpa iltizam dan usaha yang gigih dari semua guru,jurulatih,ibu bapa dan para peserta.Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang mengucapkan sekalung TAHNIAH dan SYABAS kepada para pemenang dan peserta Kontinjen Pasir Gudang.Tidak dilupakan setinggi-tinggi PENGHARGAAN dan TERIMA KASIH kepada Pengetua,Guru Besar,para Jurulatih,Guru-guru Pengiring,Guru-guru dan semua pihak yang terlibat menyumbangkan tenaga,khidmat bakti,kerjasama dan sokongan yang padu dalam memastikan Kontinjen Pasir Gudang terus cemerlang dan gemilang.Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.Terima kasih...