28 September 2011

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS TAHUN 2 PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Matapelajaran Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan & SJK (C) Daerah Pasir Gudang

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 3 - 7 Oktober 2011 ( Isnin - Jumaat )
Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : SK Taman Megah Ria

Mohon kerjasama dan komitmen seorang Guru Matapelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 sekolah tuan/puan hadir dalam kursus tersebut.Kehadiran adalah diwajibkan.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL PENGGUBALAN SOALAN SETARA BAHASA ARAB TINGKATAN 1,2 & 4, PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH & AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TINGKATAN 4 DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

MAKLUMAN & TINDAKAN :
Guru Matapelajaran
Bahasa Arab/Pendidikan Syariah Islamiah &
Pendidikan Quran Sunnah Daerah Pasir Gudang
SMKA/SABK & SMK yang berkenaan.

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 3 Oktober 2011 ( Isnin )
Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Agama Johor Bahru

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam bengkel tersebut. Sila bawa bersama laptop, HSP, Buku Teks dan buku rujukan. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam memperkasakan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Siti Zulaiha Najibah Binti Misnan di talian 016-6050473. Syukran

26 September 2011

BENGKEL PENANDAAN TASAWWUR ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :

Guru Pendidikan Islam/Tasawwur Islam
Daerah Pasir Gudang
SMK yang berkenaan.

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 27 September 2011 ( Selasa )
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Taman Rinting 2

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam bengkel tersebut. Kehadiran adalah diwajibkan. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam memperkasakan Tasawwur Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Wan Roselinda Binti Wan Jaafar di talian 016-7981176. Syukran

25 September 2011

MEMUAT TURUN SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 4,5 & 6 BULAN OKTOBER 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA
KETUA PANITIA BAHASA ARAB
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang .
( Sekolah Program j-QAF yang berkaitan )

Mohon tuan/puan memuat turun Soalan PKSR Bahasa Arab Tahun 4,5 & 6 Bulan Oktober Tahun 2011 seperti ketetapan berikut :

2) PKSR Bahasa Arab Tahun 5 Bulan Oktober 2011
3) PKSR Bahasa Arab Tahun 6 Bulan Oktober 2011


Tarikh peperiksaan mengikut tarikh PKSR Akhir Tahun 2011. Tuan/puan dikehendaki menggunakan Password yang sedia ada untuk mengakses soalan PKSR tersebut. Soalan hendaklah diperbanyakkan mengikut bilangan murid sekolah tuan/puan.Kerjasama tuan/puan amat diperlukan demi kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat makluman akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS TAHUN 2 BAHASA ARAB DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Guru-guru Matapelajaran Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  26 - 30 September 2011 ( Isnin - Jumaat )
Masa :  7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat :  SK Seri Kota Puteri 4

Mohon kerjasama seorang Guru Matapelajaran Bahasa Arab Tahun 2 sekolah tuan/puan hadir dalam kursus tersebut.Kehadiran adalah diwajibkan.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL PEMBINAAN ITEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1,2 & 4 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG 2011

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Ahli Jawatankuasa 
Biro Pendidikan Islam Teras PMR/SPM
Panitia Pendidikan Islam Menengah 
Daerah Pasir Gudang
SMK yang berkenaan.

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  26 - 27 September 2011 ( Isnin - Selasa )
Masa :  11.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :  SMK Taman Desa Jaya 

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam bengkel tersebut.  Sila bawa bersama laptop dan HSP Pendidikan Islam yang berkaitan.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam memperkasakan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Siti Nora Binti Yusofe di talian 019-7277337. Syukran

19 September 2011

LENSA KEM BINA JUARA SK KPM DAERAH PASIR GUDANG 2011





9-11 SEPTEMBER 2011 ( Jumaat - Ahad )
Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah berjaya mengadakan Program Kem Bina Juara Sekolah-sekolah Kebangsaan KPM peringkat daerah Pasir Gudang bagi tahun 2011. Program selama 3 hari 2 malam ini telah berlangsung pada 9 hingga 11 September 2011 bertempat di Kem Savannah Hill, Sungai Tiram. Program ini menggunakan modul yang dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah memperkasakan Program j-QAF yang telah diperkenalkan sejak tahun 2005 hingga kini. Program ini menjadi asas ke arah melahirkan insan yang berketerampilan, berkemahiran dan mempunyai sahsiah terpuji.Fokus aktiviti ialah mengasah bakat dan minat murid ke arah penguasaan bidang Tarannum, Jawi/Khat dan pengucapan awam dalam Bahasa Arab.Tahniah & terima kasih kepada semua AJK Pelaksana dan barisan guru yang telah menjayakan program ini.Syukran Jazilan Kathira.

18 September 2011

LENSA KEM IHYA' RAMADAN SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG 2011





19-20 OGOS 2011 ( Jumaat - Sabtu )
Seramai 150 orang yang terdiri daripada murid-murid Sekolah Rendah termasuk SJK ( C ) daerah Pasir Gudang telah menyertai Kem Ihya' Ramadan anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang yang telah diadakan pada 19 hingga 20 Ogos 2011 yang lalu di SK Cahaya Baru, Masai. Program ini bertujuan untuk melahirkan muslim yang beriltizam dan istiqamah dalam melaksanakan tuntutan hidup beragama berlandaskan akidah Islamiah yang sebenar. Selain itu, sebagai salah satu usaha dakwah dan motivasi dalam menghayati dan menghidupkan Bulan Ramadan Al-Mubarak sebagai bulan ibadat. Sesungguhnya program seumpama ini perlu diteruskan dalam menjana iman dan taqwa anak-anak kita mendepani cabaran hidup yang penuh dengan mehnah dan tribulasi.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK dan Fasilitator selaku perancang dan penggerak kejayaan program ini. Syukran Jazilan Kathira.

01 September 2011

KEM BINA JUARA SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :

Tarikh : 9 - 11 September 2011 ( Jumaat - Ahad )
Masa : 2.30 petang (Pendaftaran)
Tempat : Savannah Hill, Sungai Tiram, Johor

Mohon sokongan dan kerjasama tuan/puan menguruskan penghantaran pergi dan balik peserta dari sekolah tuan/puan ke program tersebut.Program ini dijangka akan berakhir pada pukul 2.00 petang (Ahad). Surat menyurat berkaitan program telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai Unit Pendidikan Islam, PPD PGU. Syukran