26 Disember 2011

LENSA KURSUS HAJI PERDANA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011


12 NOVEMBER 2011 ( Sabtu )
Hasil kerja sepasukan Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang bersama Guru-guru Pendidikan Islam daerah telah berjaya merealisasikan Kursus Haji Perdana Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang pada 12 November 2011 yang lalu bertempat di SMK Taman Daya 2. Seramai 20 mutawwif, 70 orang guru dan 350 orang pelajar telah berjaya mengikuti Kursus Haji Perdana anjuran Unit Pendidikan Islam. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK selaku perancang dan penggerak kejayaan kursus ini. Syukran Jazilan Kathira.