11 April 2012

LENSA MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012/1433H




31 MAC 2012 (SABTU)
Bertemakan "Al-Quran Menjana Transformasi Ummah" Unit Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM peringkat daerah Pasir Gudang tahun 2012/1433H bertempat di SMK Taman Nusa Damai. Seramai 42 orang peserta MTQSS yang mewakili 4 Zon Rendah iaitu Zon Tiram, Zon Johor Jaya, Zon Rinting dan Zon Pasir Putih.Manakala Zon Menengah diwakili oleh Zon Tiram, Zon Masai dan SMK Agama Johor Bahru telah menyertai majlis tersebut. Bagi acara Festival Nasyid pula telah disertai oleh 13 pasukan yang mewakili Zon Rendah dan Menengah daerah Pasir Gudang. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Mohd Hakim Bin Sohali, Penolong Pengarah Pendidikan Islam Elektif dan KKQ, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor. Dalam majlis tersebut, Johan Keseluruhan MTQSS Rendah telah dimenangi oleh Zon Pasir Putih dan SMKA Johor Bahru pula muncul Johan Keseluruhan MTQSS Menengah. Selain itu, SMK Dato Penggawa Timur telah berjaya menjadi Johan Festival Nasyid Menengah, manakala SK Taman Puteri Wangsa merangkul gelaran Johan Festival Nasyid Rendah daerah Pasir Gudang. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Barisan Jemaah Hakim, AJK Pengelola, warga guru SMK Taman Nusa Damai, para jurulatih, guru-guru,ibu bapa dan para peserta yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam memastikan kejayaan penganjuran MTQSSFN daerah Pasir Gudang pada tahun ini.Syukran.