28 April 2012

KEM BINA JUARA (KBJ) SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ketua Panitia Bahasa Arab
Guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF
Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  : 18 - 20 Mei 2012 ( Jumaat - Ahad )
Tempat :  Kem Savannah Hill, Ulu Tiram
Catatan   :  Pendaftaran - 2.30 petang (Jumaat)

Mohon kerjasama tuan/puan dapat menguruskan peserta sekolah tuan/puan dalam program tersebut. Segala dokumen yang berkaitan boleh dimuat turun untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

KURSUS PEMANTAPAN PROGRAM j-QAF DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Semua Guru j-QAF 
SK Daerah Pasir Gudang.
( Surat panggilan kursus )

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  : 12 Mei 2012 ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 12.00 tengah hari 
Tempat :  Dewan SK Kota Masai 2

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam kursus tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan profesionalisme keguruan.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Guru-guru j-QAF yang terlibat

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  7- 9 Mei 2012 ( Isnin - Rabu )
Masa : 12.00 tengah hari - 4.30 petang
Tempat :  Bilik Seminar, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam bengkel tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan pengurusan program j-QAF daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

27 April 2012

MESYUARAT AJK KEM BINA JUARA DAERAH PASIR GUDANG KALI PERTAMA TAHUN 2012

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Guru-guru j-QAF yang terlibat
SK Daerah Pasir Gudang.
( Surat panggilan mesyuarat )

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  2 Mei 2012 ( Rabu )
Masa :  2.00 - 4.30 petang
Tempat :  Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan pengurusan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

17 April 2012

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH BIL. 2/2012 DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  26 April 2012 ( Khamis )
Masa :  1.30 tengah hari
Tempat :  Bilik Mesyuarat, SMK Agama Johor Bahru

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyurat tersebut. Sila bawa bersama TOV dan ETR Pendidikan Islam SPM 2012 serta perancangan program kecemerlangan Pendidikan Islam 2012 sekolah tuan/puan. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

TAKLIMAT PENYELARASAN IHTIFAL INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA (IPA) DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Guru Kanan Bidang Pendidikan Islam SMKA Johor Bahru
Penyelaras Dakwah SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah
Penyelaras Kelas Aliran Agama (KAA) 
SMK Pasir Gudang
SMK Seri Kota Puteri 2
SMK Permas Jaya
SMK Taman Daya 2
( Surat Panggilan Taklimat Ihtifal )

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  23 April 2012 ( Isnin )
Masa :  2.00 petang 
Tempat :  Bilik Mesyuarat 2, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan daerah Pasir Gudang.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

16 April 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN TASAWWUR ISLAM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Semua Ketua Panitia Tasawwur Islam

Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  21 April 2012 ( Sabtu )
Masa :  8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat :  Balai raya Felda Ulu Terbrau

Mohon kerjasama tuan/puan bersama 4 orang pelajar harapan cemerlang Tasawwur Islam sekolah tuan/puan hadir dalam program tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Tasawwur Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

PROGRAM TAFAQQUH ILMI : "TRANSFORMASI PENDIDIKAN ASAS KEPADA ADAB DAN SUNNAH RASULULLAH SAW" BERSAMA AL-'ALAMAH AL-HABIB OMAR BIN MOHAMED BIN HAFEDZ,YANG DIPERTUA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI HADRAMAUT,YAMAN

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Semua Penyelaras Dakwah,
SMKA / SABK / SMK & SK Daerah Pasir Gudang.
( Surat panggilan dan SMK yang terlibat )
( Surat panggilan dan SK yang terlibat )

Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  20 April 2012 ( Jumaat )
Masa :  8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat :  Dewan Seminar, Aras 6, JPNJ

Untuk makluman tuan/puan, program di atas adalah anjuran Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor. Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam program tersebut mengikut bilangan yang telah ditetapkan. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan profesion keguruan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Semua Guru Cemerlang Pendidikan Islam
SMK dan SK daerah Pasir Gudang.
( Surat Panggilan dan Senarai Nama GC )

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  19 April 2012 ( Khamis )
Masa :  1.00 tengah hari
Tempat :  SMK Pasir Gudang 3

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

15 April 2012

TAHNIAH !!! KONTINJEN PASIR GUDANG MUNCUL JOHAN KESELURUHAN MTQSS DAN FESTIVAL NASYID RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2012



14 APRIL 2012 ( SABTU - SMK AGAMA SEGAMAT )
Alhamdulillah..Sesungguhnya "Kerja Sepasukan Meraih Kegemilangan" adalah rahsia resepi kejayaan gemilang Kontinjen Pasir Gudang dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) dan Festival Nasyid Rendah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Johor tahun 2012. Kejayaan gemilang ini adalah kali yang keempat yang telah dicapai oleh Kontinjen Pasir Gudang bermula tahun 2009,2010 dan 2011. MTQSS dan Festival Nasyid peringkat negeri Johor pada tahun ini telah berlangsung di SMK Agama Segamat dan SM Vokasional Segamat. Majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Mohd Nor Bin A. Ghani, Pengarah Pelajaran Johor.Sesungguhnya kejayaan gemilang ini tidak akan diperolehi tanpa iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh dari semua guru,jurulatih,ibu bapa dan para peserta daerah Pasir Gudang. Seramai 6 orang peserta MTQSS dan kumpulan Nasyid Rendah daerah Pasir Gudang akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada para pemenang,peserta dan guru-guru pengiring Kontinjen Pasir Gudang.Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang,Barisan Jemaah Hakim Daerah dan Zon,para Jurulatih,Guru-guru Pengiring,Guru-guru dan semua pihak yang terlibat menyumbangkan tenaga,khidmat bakti,kerjasama dan sokongan yang padu dalam memastikan Kontinjen Pasir Gudang terus cemerlang dan gemilang. Terima kasih...
Berikut ialah kejayaan gemilang yang telah dicapai :
1. Johan Keseluruhan MTQSS Menengah Negeri Johor 2012
2. Johan Keseluruhan MTQSS Rendah Negeri Johor 2012
3. Johan Festival Nasyid Rendah - SK Taman Puteri Wangsa
4. Johan Tilawah Menengah (P) - SMK Agama Johor Bahru
5. Johan Syarahan Spontan (L) - SMK Agama Johor Bahru
6. Johan Syarahan Spontan (P) - SMK Agama Johor Bahru
7. Johan Hafazan Rendah (L) - SK Taman Nusa Damai
8. Johan Bercerita Kisah dari Al-Quran (L) - SK Cahaya Baru
9. Johan Bercerita Kisah dari Al-Quran (P) - SK Pasir Gudang 2
10. Naib Johan Hafazan Menengah (L) - SMK Pasir Gudang
11. Naib Johan Hafazan Rendah (P) - SK Taman Desa Jaya
12. Ketiga Tilawah Rendah (P) - SK Sungai Tiram

Tahniah dan Syabas kepada para pemenang yang telah mengharumkan nama daerah Pasir Gudang dalam MTQSS dan Festival Nasyid peringkat negeri Johor tahun 2012.Terima Kasih