24 September 2012

MEMUAT TURUN SOALAN PKSR JAWI TAHUN 3, 4, 5 & 6 BULAN OKTOBER TAHUN 2012 ( AKHIR TAHUN )

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang .

Mohon tuan/puan memuat turun Soalan PKSR JAWI  Tahun 3,4,5 & 6 Bulan Oktober Tahun 2012  ( Akhir Tahun ) seperti ketetapan berikut :

Tarikh peperiksaan mengikut tarikh PKSR yang telah ditetapkan. Tuan/puan dikehendaki menggunakan Password yang sedia ada untuk mengakses soalan PKSR tersebut. Soalan hendaklah diperbanyakkan mengikut bilangan murid sekolah tuan/puan.Kerjasama tuan/puan amat diperlukan demi kecemerlangan penguasaan Jawi daerah Pasir Gudang.Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

13 September 2012

MEMUAT TURUN SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 3, 4, 5 & 6 BULAN OKTOBER TAHUN 2012 ( AKHIR TAHUN )

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang .

Mohon tuan/puan memuat turun Soalan PKSR Bahasa Arab Tahun 3,4,5 & 6 Bulan Oktober Tahun 2012  ( Akhir Tahun ) seperti ketetapan berikut :

Tarikh peperiksaan mengikut tarikh PKSR yang telah ditetapkan. Tuan/puan dikehendaki menggunakan Password yang sedia ada untuk mengakses soalan PKSR tersebut. Soalan hendaklah diperbanyakkan mengikut bilangan murid sekolah tuan/puan.Kerjasama tuan/puan amat diperlukan demi kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

08 September 2012

PENGEMASKINIAN DATA GURU-GURU j-QAF BERAKHIR SEPTEMBER 2012 DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras j-QAF & Guru-guru j-QAF 
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang.
( Data Unjuran Guru j-QAF Daerah Pasir Gudang ) 

Mohon tuan/puan mengemaskini data guru-guru j-QAF sekolah tuan/puan. Data yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui email di alamat : hazrulppdpg@yahoo.com  pada atau sebelum 21 September 2012 (Jumaat)Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan demi memastikan kesahan data terkini guru-guru j-QAF daerah Pasir Gudang. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai j-QAF PPD Pasir Gudang, Ustaz Hazrul Nizam Bin Mohmad Sahibek. 

07 September 2012

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & TINDAKAN :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan / SJKC Daerah Pasir Gudang.
( Dokumen Standard Pendidikan Islam Tahun 3 )
( Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 3 )
( Modul Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 3 )

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  3 - 6 Oktober 2012 ( Rabu - Sabtu )
Masa                 :  8.00 pagi - 4.30 petang
Pendaftaran     :  7.30 pagi
Tempat :  SK Seri Kota Puteri 4

Mohon seorang guru yang akan mengajar Pendidikan Islam Tahun 3 pada tahun 2013 untuk menghadiri kursus tersebut. Kehadiran peserta adalah wajib. Tuan/puan dikehendaki MEMUAT TURUN DAN MENCETAK BAHAN KURSUS yang disediakan dalam blog ini untuk kegunaan sekolah dan digunakan semasa kursus nanti. Kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan KSSR & PBS Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MUKHAYYAM BAHASA ARAB PMR DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

MAKLUMAN & TINDAKAN :
Ketua Panitia Bahasa Arab
SMK Agama Johor Bahru
SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor
SMK Pasir Gudang 1
SMK Permas Jaya 
SMK Seri Kota Puteri 2
SMK Taman Daya 2
Daerah Pasir Gudang.

Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  22 September 2012 ( Sabtu )
Masa                 :  8.00 pagi - 5.00 petang
Pendaftaran     :  7.30 pagi
Tempat :  SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor

Mohon kerjasama tuan/puan dapat menguruskan penyertaan seramai 8 orang pelajar GALUS bersama 2 orang guru sekolah tuan/puan dalam program tersebut. Kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN 3 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & TINDAKAN :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang.
( Dokumen Standard Bahasa Arab Tahun 3 )
( Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 3 )

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  19 - 22 September 2012 ( Rabu - Sabtu )
Masa                 :  8.00 pagi - 4.30 petang
Pendaftaran     :  7.30 pagi
Tempat :  SK Seri Kota Puteri 4

Mohon seorang guru yang akan mengajar Bahasa Arab Tahun 3 pada tahun 2013 untuk menghadiri kursus tersebut. Kehadiran peserta adalah wajib. Tuan/puan dikehendaki MEMUAT TURUN DAN MENCETAK BAHAN KURSUS yang disediakan dalam blog ini untuk kegunaan sekolah dan digunakan semasa kursus nanti. Kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan KSSR & PBS Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

SEMINAR KECEMERLANGAN BAHASA ARAB PMR DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & TINDAKAN :
Ketua Panitia Bahasa Arab
SMK Agama Johor Bahru
SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor
SMK Pasir Gudang 1
SMK Permas Jaya 
SMK Seri Kota Puteri 2
SMK Taman Daya 2
Daerah Pasir Gudang.

Seminar tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  20 September 2012 ( Khamis )
Masa                 :  8.00 pagi - 5.00 petang
Pendaftaran     :  7.30 pagi
Tempat :  SMK Permas Jaya

Mohon kerjasama tuan/puan dapat menguruskan penyertaan seramai 8 orang pelajar cemerlang bersama 2 orang guru sekolah tuan/puan dalam program tersebut. Kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

04 September 2012

MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

MAKLUMAN & TINDAKAN :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan yang berkenaan 
Daerah Pasir Gudang.
( Senarai Nama Sekolah yang terlibat )

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  18 September 2012 ( Selasa )
Masa                 :  8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Pendaftaran     :  7.30 pagi
Tempat :  Dewan SK Taman Nusa Damai
Acara                :  Tilawah j-QAF, Kalam Jamaie & Dikir Barat 

Mohon kerjasama tuan/puan dapat menguruskan penyertaan pasukan sekolah tuan/puan dalam program  tersebut. Kerjasama dan komitmen tuan/puan dalam ketepatan waktu amat diperlukan demi memastikan kelancaran majlis tersebut.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

TAKLIMAT PELAKSANAAN MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang.

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  7 September 2012 ( Jumaat )
Masa                 :  2.30 petang
Tempat :  SK Taman Megah Ria

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam taklimat tersebut.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran