25 Januari 2013

TEMA FESTIVAL NASYID KPM TAHUN 2013 & PINDAAN PERATURAN FESTIVAL NASYID 2013 (TERBARU)

MAKLUMAN PENTING & TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah,
Warga Guru Pendidikan Islam / j-QAF,
SMKA / SABK / SMK & SK Daerah Pasir Gudang.
( Panduan Am Peraturan Festival Nasyid KPM 2013 ) - TERBARU

Tema Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM pada tahun 2013M /1434H ialah  " AL-QURAN PENJANA WASATIYYAH UMMAH ". Mohon kerjasama semua Penyelaras Dakwah & GPI dapat bersiap siaga dengan mencipta lagu,menyiapkan seni kata ( Lirik ) lagu nasyid berdasarkan tema tersebut dan mempergiatkan latihan di peringkat sekolah sebelum pertandingan MTQSS dan  Festival Nasyid 2013 di peringkat Zon yang akan diadakan pada  2 Mac 2013, manakala peringkat daerah pada 6 April 2013. Perhatian : Segala pindaan peraturan dan syarat pertandingan Festival Nasyid tahun 2013 adalah digunapakai. Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD PGU. Syukran

24 Januari 2013

TAKLIMAT PENYELARASAN PELAKSANAAN MTQSS PERINGKAT ZON DAN DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013/1434H

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Penyelaras Dakwah / SU MTQSS Zon
SMK Agama Johor Bahru
SMK Seri Kota Puteri 2  ( Zon Masai )
SMK Taman Daya 2  ( Zon Tiram Men )
SK Taman Nusa Damai
SK Pasir Gudang 4 ( Zon Pasir Putih )
SK Taman Rinting 1 ( Zon Rinting ) 
SK Taman Molek  ( Zon Johor Jaya )
SK Sungai Tiram  ( Zon Tiram Ren )
Daerah Pasir Gudang
( Surat Panggilan Taklimat )

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  30 Januari 2013 ( Rabu )
Masa :  2.00 petang
Tempat :  Unit Akademik, PPD Pasir Gudang

Mohon tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan iltizam yang tinggi dalam memacu kecemerlangan Pendidikan Islam.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG BIL. 1/2013

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMKA / SABK & SMK 
Daerah Pasir Gudang
( Surat Panggilan Mesyuarat )

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  29 Januari 2013 ( Selasa )
Masa :  1.00 tengah hari
Tempat :  SMK Seri Kota Puteri 2

Mohon tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut.Sila bawa bersama Laporan Post Mortem Peperiksaan PMR 2012 dan ETR mata pelajaran Pendidikan Islam PMR 2013 sekolah tuan/puan.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

21 Januari 2013

BENGKEL PEMBINAAN TEKS BERCERITA MTQSS 2013/1434H

TINDAKAN SEGERA :
Guru Pendidikan Islam
Panel Penggubal
Teks Bercerita MTQSS 2013

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  22 - 23 Januari 2013 ( Selasa & Rabu )
Masa : 12.00 tengah hari - 4.30 petang
Tempat :  Pusat Sumber, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon tuan/puan yang berkenaan hadir dalam bengkel tersebut.Selain itu,mohon kerjasama tuan/puan merangka isi-isi penting terlebih dahulu berdasarkan ketetapan tajuk dan mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan demi kelancaran bengkel.Sila bawa bersama Laptop, broadband modem, extension wayar, pen drive dan bahan-bahan rujukan yang berkaitan (Quran/Hadis/keratan akhbar/majalah dan lain-lain ).Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

15 Januari 2013

BERITA GEMBIRA : CD TILAWAH MTQSS 2013 SEKOLAH MEN & RENDAH

UNTUK MAKLUMAN :
Semua Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK,SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang.


Berita Gembira untuk para Ustaz/Ustzh Daerah Pasir Gudang,Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang akan menyediakan CD Ayat Tilawah MTQSS 2013 yang meliputi semua surah/ayat Menengah & Rendah yang dipertandingkan untuk panduan dan latihan peserta tilawah sekolah tuan/puan .Sekiranya berminat,sila berhubung dengan pegawai UPI Ustaz Maturidi Bin Mohamed di talian 013-7799402.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

13 Januari 2013

MEMUAT TURUN DOKUMEN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2013 ( FORMAT PENULISAN RPH,RPT,DS & DSP )

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 3
SK & SJKC DAERAH PASIR GUDANG

Mohon tuan/puan MEMUAT TURUN DOKUMEN/BAHAN yang berkaitan di bawah untuk panduan dan rujukan  tuan/puan tahun 2013.

1) Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 2013  ( Terkini )
2) Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 3  ( Terkini )
3) Dokumen Standard KSSR Pendidikan Islam Tahun 3  ( Sukatan Pelajaran )
4) Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 3

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MEMUAT TURUN SUKATAN MTQSS KE-39 TAHUN 2013/1434H

MAKLUMAN DAN PERHATIAN :
Semua Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK,SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang.


Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun Sukatan MTQSS Tahun 2013 untuk panduan dan rujukan tuan/puan.Maklumat tersebut ialah :
1. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
2. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)
3. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
4. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan) - Penambahan surah
5. Senarai Tajuk Bercerita dari Kisah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki danPerempuan) - Perubahan format
6. Senarai Tajuk Syarahan Agama Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)

Mohon tuan/puan memberi perhatian kepada 2 perubahan format MTQSS mulai tahun 2013 iaitu :
1. Penambahan Surah Ad-Dukhan dalam surah hafazan Sekolah Menengah.
2. Penambahan Soalan Spontan dalam Bercerita Kisah daripada al-Quran Sekolah Rendah.
Tuan/puan juga dimohon mengadakan MTQSS di peringkat sekolah. Laporan program hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang sebelum pertandingan di peringkat Zon.

Tarikh Pelaksanaan MTQSS 2013 :
1. Peringkat Zon - 2 Mac 2013 ( TERKINI )
2. Peringkat Daerah Pasir Gudang - 6 April 2013  ( TERKINI )
3. Peringkat Negeri Johor - 4 Mei 2013 ( Kluang )
Maklumat berkenaan MTQSS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. " AL-QURAN PENJANA WASATIYYAH UMMAH "

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran