18 Julai 2013

PROGRAM MISI KORBAN,AKIKAH DAN BANTUAN PENDIDIKAN KEMBOJA TAHUN 2013 ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR



MAKLUMAN & TINDAKAN :
Semua Pengetua & Guru Besar,
Semua Guru Pendidikan Islam,
Semua Warga Guru,
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang

Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Cawangan Johor (PEKDIS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan Misi Korban,Akikah & Bantuan Pendidikan Kemboja Tahun 2013. Misi ini bertujuan menyalurkan sumbangan makanan kepada penduduk Islam Kemboja yang amat memerlukan ketika menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H dan menyampaikan bantuan pendidikan kepada anak-anak Islam Kemboja. 

Sehubungan itu, mohon tuan/puan dapat menyebarluaskan hebahan dan borang penyertaan ini kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa pelajar/murid

Berikut ialah senarai bantuan yang diperlukan :-
1) Satu bahagian lembu korban/akikah = RM270.00
2) Seekor lembu = RM1890.00
3) Satu bahagian Pam Air = RM100.00
4) Bantuan Pendidikan = RM50.00

Borang penyertaan boleh diperbanyakkan. Borang yang telah dilengkapkan perlu diserahkan kepada Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang untuk tindakan selanjutnya di peringkat negeri. 

Tarikh tutup penyertaan : 1 Oktober 2013

Untuk makluman lanjut, sila hubungi :-
1) Ustaz Zaieme Bin Mohamad - 0167690589
2) Ustaz Maturidi Bin Mohamed - 0137799402



Semoga segala usaha kita beroleh ganjaran dan keredhaan Allah s.w.t.
" BANTULAH SAUDARA ISLAM YANG LEBIH MEMERLUKAN "

14 Julai 2013

LENSA MULTAQA GPI DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG






13 Julai 2013 @ 4 Ramadan 1434H - Kehadiran Timbalan Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor, Ustaz Mohd Azman Bin Mohd Yunos merangkap Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Johor telah menyerikan lagi program Multaqa Guru Pendidikan Daerah Pasir Gudang yang bernafas dengan tema " GPI : Menyusuri Metod Dakwah Rasulullah SAW ". Program anjuran PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pasir Gudang yang dihadiri hampir 350 orang Guru Pendidikan Islam telah diadakan di Dewan Umar Abdul Aziz SMKA Johor Bahru. Turut hadir bersama ialah En. Hashim Bin Zainal, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Majlis dimulai dengan Ucaptama Timbalan Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor yang menyentuh tentang peri pentingnya peranan GPI dan fungsi PEKDIS, disusuli telah majlis pelancaran KAD KEAHLIAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG dan Program Ihya' Ramadan Sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang 1434H/2013M. Program Multaqa diakhiri dengan slot Minda Ulu Al-Bab oleh Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Bin Abdul Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor.  

Laporan oleh : Ustaz Maturidi Bin Mohamed ( UPI PPD Pasir Gudang )

09 Julai 2013

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & MAKLUMAN :











Multaqa tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  13 Julai 2013 Bersamaan 4 Ramadan 1434H ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat :  SMK Agama Johor Bahru
Pakaian   :  Batik

Mohon tuan/puan dapat menghadiri Multaqa tersebut mengikut bilangan GPI yang telah ditetapkan.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti ke arah memperkasakan profesion dan jati diri Guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran