24 September 2013

PINDAAN TARIKH KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN 4 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

MAKLUMAN & TINDAKAN :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Guru-guru Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang
(Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran Bahasa Arab Tahun 4)  sila cetak
(Overview Konsep DSKP Bahasa Arab Tahun 4)  sila cetak
(Taksonomi Bloom Terhadap Pentaksiran)  sila cetak

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  8 - 11 Oktober 2013 ( Selasa-Jumaat ) PINDAAN BARU
Masa                 :  8.00 pagi - 4.30 petang
Pendaftaran    :   7.30 pagi 
Tempat :  SK Taman Rinting 2

Mohon seorang guru yang akan mengajar Bahasa Arab Tahun 4 pada tahun 2014 untuk menghadiri kursus tersebut. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN. Tuan/puan dikehendaki MEMUAT TURUN DAN MENCETAK BAHAN KURSUS yang disediakan dalam blog ini untuk simpanan pihak sekolah dan wajib dibawa sepanjang menghadiri kursus ini kerana pihak penganjur tidak menyediakan bahan tersebut. Tuan/puan juga diminta membawa laptop,pen drive dan extension wire.Kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan KSSR & PBS Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

18 September 2013

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PENTING & SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan & SJK (C) Daerah Pasir Gudang
(Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran Pendidikan Islam Tahun 4)  sila cetak
(Bahan Kursus Orientasi DSKP Tahun 4)  sila cetak
(Bahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT/HOTS))  sila cetak

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  2 - 5 Oktober 2013 ( Rabu - Sabtu )
Masa                 :  8.00 pagi - 4.30 petang
Pendaftaran    :   7.30 pagi 
Tempat :  SK Taman Rinting 2

Mohon seorang guru yang akan mengajar Pendidikan Islam Tahun 4 pada tahun 2014 untuk menghadiri kursus tersebut. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN. Tuan/puan dikehendaki MEMUAT TURUN DAN MENCETAK BAHAN KURSUS yang disediakan dalam blog ini untuk simpanan pihak sekolah dan wajib dibawa sepanjang menghadiri kursus ini kerana pihak penganjur tidak menyediakan bahan tersebut. Kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan KSSR & PBS Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MEMUAT TURUN PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah
Semua Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMKA, SABK, SMK, SK & SJKC 
Daerah Pasir Gudang
(Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian 2013)

Mohon tuan/puan dapat MUAT TURUN Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR 2013 yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM sebagai panduan dalam menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk para pelajar selepas UPSR dan PMR di sekolah tuan/puan. Adalah menjadi harapan pihak kami semoga cadangan-cadangan aktiviti yang terkandung di dalam panduan tersebut dapat dilaksanakan dan dijayakan dengan sebaik-baiknya hasil kerjasama dan komitmen pihak sekolah terutamanya Guru-guru Pendidikan Islam yang bertindak sebagai nadi utama dan penggerak kepada aktiviti-aktiviti dakwah di sekolah.Surat hebahan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

11 September 2013

BENGKEL PEMANTAPAN JAWI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN :
Semua Guru Cemerlang Pendidikan Islam
Semua Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMKA, SABK, SMK, SK & SJKC 
Daerah Pasir Gudang.
(Surat Panggilan Bengkel Jawi GC Pendidikan Islam)
(Surat Panggilan Bengkel Jawi GPI Menengah)
(Surat Panggilan Bengkel Jawi GPI Rendah)

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  21 September 2013 ( Sabtu )
Masa :  7.15 pagi - 2.00 petang
Tempat :  SK Taman Megah Ria
Peserta    :  Seorang GPI ( Menengah )
                 :  Seorang GPI dan seorang Guru j-QAF ( Rendah )
Penceramah : Ustaz Mansor Bin Mohamad (Munsyi Dewan Jawi, Dewan Bahasa & Pustaka)

Mohon tuan/puan dapat menghadiri bengkel tersebut mengikut bilangan GPI yang telah ditetapkan.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti ke arah memantapkan keberkesanan pengajaran JAWI dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

05 September 2013

DISKUSI ILMU GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Semua Ahli PEKDIS 
Daerah Pasir Gudang Tahun 2013
( Senarai Nama Ahli PEKDIS 2013 ) 
( Surat Panggilan Ahli PEKDIS Menengah )
( Surat Panggilan Ahli PEKDIS Rendah )












Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  14 September 2013  ( Sabtu )
Masa :  8.00 pagi     ( Pendaftaran :  7.15 pagi ) 
Tempat :  SK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang
Pakaian   :  Batik 

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan tuan/puan bagi mengelakkan kesesakan trafik ( datang lebih awal ). 
2. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
3. Sarapan pagi dan jamuan disediakan.

Mohon kepada semua Ahli PEKDIS Daerah Pasir Gudang yang berdaftar (sila rujuk senarai nama) menghadiri program ini. Kehadiran adalah diwajibkan. Kehadiran tuan/puan membuktikan komitmen dan sokongan padu terhadap program anjuran PEKDIS daerah Pasir Gudang. Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

03 September 2013

MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Sekolah-sekolah yang berkenaan
Guru Pengiring & Peserta
Mahrajan j-QAF ( Kalam Jamaie & Dikir Barat )
Sekolah-sekolah Rendah KPM
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  7 September 2013  ( Sabtu )
Masa :  8.00 pagi     ( Pendaftaran :  7.30 pagi ) 
Tempat :  Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
Anjuran   :  PPD Pasir Gudang bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) 

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
2. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
3. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
4. Menguruskan makan minum para peserta tuan/puan.
    ( Jamuan peserta tidak disediakan )
5. Mematuhi kod pakaian peserta Mahrajan j-QAF
    (Lelaki - Baju Melayu) (Perempuan - Baju Kurung)
6. Memastikan keselamatan para peserta dan peralatan 
    dikir barat tuan/puan.
7. Memastikan kebersihan dan keceriaan sepanjang majlis.

Pihak UPI mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang dalam usaha memeriahkan Mahrajan j-QAF daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran