28 Januari 2014

PERATURAN DAN TEMA FESTIVAL NASYID KPM TAHUN 2014M / 1435H

MAKLUMAN PENTING & TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah,
Warga Guru Pendidikan Islam / j-QAF,
Tema Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Kali ke-10 pada tahun 2014M /1435H ialah  " AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH WASATIYYAH ". Mohon kerjasama semua Penyelaras Dakwah & GPI dapat bersiap siaga dengan mencipta lagu,menyiapkan seni kata ( Lirik ) lagu nasyid berdasarkan tema tersebut dan mempergiatkan latihan di peringkat sekolah sebelum pertandingan MTQSS dan  Festival Nasyid 2014 di peringkat Zon dijangka akan diadakan pada  1 Mac 2014, manakala peringkat daerah pada 15 Mac 2014. Festival Nasyid akan diadakan serentak dengan Majlis Tadarus al-Quran (MTQSS)  Perhatian : Tuan/puan diingatkan untuk meneliti segala peraturan Festival Nasyid 2014. Pindaan peraturan dan syarat pertandingan Festival Nasyid tahun 2012 adalah digunapakai. Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD PGU. Syukran

21 Januari 2014

TAKLIMAT PENYELARASAN PELAKSANAAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN, FESTIVAL NASYID, KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI MARHABAN KPM PERINGKAT ZON DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014M/1435H

MAKLUMAN & PERHATIAN :
Setiausaha MTQSS Zon
Penyelaras Dakwah Sekolah-sekolah yang berkenaan

Menengah
1) SMKA Johor Bahru
2) SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor
3) SMK Ulu Tiram ( Zon Tiram )
4) SMK Dato' Penggawa Timur ( Zon Masai )

Rendah
1) SK Taman Molek ( Zon Johor Jaya )
2) SK Sungai Tiram ( Zon Tiram )
3) SK Taman Rinting ( Zon Rinting )
4) SK Pasir Gudang 4  ( Zon Pasir Putih )

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  29 Januari 2014 ( Rabu )
Masa                 :  2.00 - 4.30 petang
Tempat :  Bilik Mesyuarat 2, PPD Pasir Gudang

Mohon Setiausaha MTQSS Zon atau Penyelaras Dakwah sekolah tuan/puan hadir dalam taklimat tersebut. Kehadiran & kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam mengupayakan penguasaan pengurusan program Dakwah daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.
" AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH WASATIYYAH"

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

08 Januari 2014

TAKLIMAT PENYELARAS DAKWAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014

MAKLUMAN & PERHATIAN :
Semua Penyelaras Dakwah
SMKA/SABK dan SMK
SK dan SJKC
Daerah Pasir Gudang.

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  15 Januari 2014 ( Rabu )
Masa                 :  2.00 - 4.30 petang
Tempat :  Dewan Seminar, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon Penyelaras Dakwah sekolah tuan/puan hadir dalam taklimat tersebut. Kehadiran & kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam mengupayakan pengurusan Dakwah berkesan daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran