23 Februari 2014

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQSS) DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT ZON DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014M/1435H

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah

Semua Guru Pendidikan Islam & j-QAF
SMK / SK & SJKC Daerah Pasir Gudang

Berikut ialah acara-acara yang akan dipertandingkan :

1. Tilawah al-Quran ( Menengah & Rendah )
2. Hafaz al-Quran     ( Menengah & Rendah )
3. Syarahan Spontan  ( Menengah )
4. Bercerita dari kisah al-Quran ( Rendah )
5. Tilawah Berzanji ( Menengah & Rendah )
6. Pertandingan Seni Khat ( Menengah )
7. Pertandingan Tulisan Jawi   ( Rendah )
8. Kuiz Pendidikan Islam ( Menengah & Rendah ) 
9. Festival Nasyid ( Menengah & Rendah )

Acara yang mencakupi kategori lelaki & perempuan ialah acara 1 hingga 7. 
Manakala Kuiz Pendidikan Islam ( 3 orang ) dan Festival Nasyid ( 9 orang )

Majlis tersebut akan diadakan serentak mengikut zon masing-masing seperti ketetapan berikut :

ZON MASAI ( MENENGAH )
Tarikh : 1 Mac 2014 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : SMK Dato' Penggawa Timur

ZON TIRAM  ( MENENGAH )
Tarikh : 1 Mac 2014 ( Sabtu )

Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : SMK Ulu Tiram 

ZON PASIR PUTIH ( RENDAH )
Tarikh : 1 Mac 2014 ( Sabtu )

Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : SK Pasir Gudang 4

ZON TIRAM ( RENDAH )
Tarikh : 1 Mac 2014 ( Sabtu )

Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : SK Taman Bukit Tiram

ZON JOHOR JAYA ( RENDAH )
Tarikh : 1 Mac 2014 ( Sabtu )

Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : SK Taman Molek

ZON RINTING ( RENDAH )
Tarikh : 1 Mac 2014 ( Sabtu )

Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : SK Taman Megah Ria

Mohon kerjasama tuan/puan menguruskan penyertaan para peserta sekolah tuan/puan ke majlis tersebut.
Tuan/puan boleh menghubungi pengerusi MTQSSFN Zon bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung majlis di atas. Pihak UPI amat mengalu-alukan kehadiran semua GPI sekolah-sekolah mengikut zon bagi memeriahkan lagi majlis dan memberi sokongan kepada para peserta tuan/puan. Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

TAKLIMAT AJK PENGELOLA MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQSS) DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014M/1435H

MAKLUMAN & PERHATIAN :
Penyelaras Dakwah
SMKA/SMK dan SK yang berkenaan.
( Surat Panggilan Taklimat & AJK )

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  25 Februari 2014 ( Selasa )
Masa                 :  2.00 - 4.30 petang
Tempat :  Bilik Mesyuarat, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran & kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pengurusan MTQSSFN daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

15 Februari 2014

BENGKEL PEMBINAAN MODUL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM SPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014

MAKLUMAN & TINDAKAN SEGERA :
Guru-guru Pendidikan Islam yang berkenaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang
( Surat Panggilan Bengkel & GPI terlibat

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  17 Februari 2014 ( Isnin )
:  24 Februari 2014 ( Isnin )
:  3 Mac 2014           ( Isnin )
Masa                 :  2.00 - 4.30 petang
Tempat :  SMK Bandar Seri Alam

Mohon tuan/puan hadir dalam bengkel tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dan integriti dalam memacu kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

10 Februari 2014

MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB RENDAH DAERAH PASIR GUDANG BIL 1/2014

MAKLUMAN & PERHATIAN :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Mesyurat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  11 Februari 2014 ( Selasa )
Masa                 :  2.00 - 4.30 petang
Tempat :  Bilik Seminar, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon Ketua Panitia Bahasa Arab hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran & kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan pencapaian dan kualiti PdP Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MEMUAT TURUN PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT (KS) & BERZANJI MARHABAN (BM) SEKOLAH-SEKOLAH KPM TAHUN 2014

PERHATIAN DAN TINDAKAN :
Semua Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK dan SK Daerah Pasir Gudang.

Dokumen Peraturan KSBM KPM )
( Borang Penghakiman KSBM KPM )

Untuk makluman tuan/puan, syarat dan peraturan yang lama yang pernah dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM tahun 2008 masih dikekalkan dan diguna pakai. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan memuat turun Dokumen Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat (KS) Sekolah Rendah dan Berzanji Marhaban (BM) Sekolah Menengah Sekolah-sekolah KPM untuk panduan dan rujukan tuan/puan. Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah menetapkan bahawa pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah Menengah peringkat Zon akan diadakan pada 1 Mac 2014 manakala pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah hanya diadakan di peringkat daerah ( tiada peringkat zon ) pada 19 April 2014 di KIP Home Mart Masai, Pasir Gudang. Sekolah-sekolah yang BERMINAT untuk menyertai pertandingan Kompang Selawat, sila hubungi Ustaz Maturidi Bin Mohamed di talian 0137799402 untuk pengesahan penyertaan sebelum atau pada 1 April 2014. Surat makluman akan diedarkan ke sekolah tuan/puan.Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

05 Februari 2014

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT ZON DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014M/1435H

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah

SMK / SK & SJKC Daerah Pasir Gudang

ZON MASAI ( MENENGAH )
Tarikh : 11 Februari 2014 ( Selasa )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SMK Dato' Penggawa Timur

ZON TIRAM  ( MENENGAH )
Tarikh : 12 Februari 2014 ( Rabu )

Masa : 2.00 petang
Tempat : SMK Ulu Tiram 

ZON PASIR PUTIH ( RENDAH )
Tarikh : 10 Februari 2014 ( Isnin )

Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Pasir Gudang 4

ZON TIRAM ( RENDAH )
Tarikh : 10 Februari 2014 ( Isnin )

Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Sungai Tiram

ZON JOHOR JAYA ( RENDAH )
Tarikh : 11 Februari 2014 ( Selasa )

Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Taman Molek

ZON RINTING ( RENDAH )
Tarikh : 11 Februari 2014 ( Selasa )

Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Taman Rinting 1

Mohon kerjasama tuan/puan yang berkenaan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Dakwah Islamiah daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran