17 Januari 2011

MEMUAT TURUN SOALAN PKSR BAHASA ARAB 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN (PENTING) :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Guru Mata pelajaran Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Mohon tuan/puan memuat turun dokumen berikut :

1. SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 1 2011
2. SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 2 2011
3. SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 3 2011

Dokumen tersebut adalah SULIT.Sila dapatkan kata laluan (Password) dari pegawai di Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang.Dokumen tersebut hendaklah diperbanyakkan dan diedarkan kepada murid-murid di sekolah tuan/puan semasa ujian/peperiksaan dijalankan berdasarkan agihan tajuk/perkara yang telah ditetapkan.Kerjasama tuan/puan amat diperlukan demi kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL PEMBINAAN TEKS SYARAHAN DAN BERCERITA MTQSS 2011 DAERAH PASIR GUDANG

MAKLUMAN & TINDAKAN :
Panel Penggubal
Teks Syarahan dan Bercerita MTQSS 2011

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 24 - 25 Januari 2011 (Isnin dan Selasa)
Masa : 1.00 tengah hari - 5.00 petang
Tempat : Bilik Makmal Bahasa,SMK Seri Kota Puteri 2

Mohon tuan/puan yang berkenaan hadir dalam bengkel tersebut dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.Selain itu,mohon kerjasama tuan/puan merangka isi-isi penting terlebih dahulu berdasarkan tajuk dan mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan demi kelancaran bengkel.Sila bawa bersama Laptop(ada perisian jawi-Quran in word), broadband modem, extension wayar, pen drive dan bahan-bahan rujukan yang berkaitan (Quran/Hadis dan lain-lain ).Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

07 Januari 2011

MEMUAT TURUN SUKATAN MTQSS KPM TAHUN 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA (PENTING)
Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK,SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang.

Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun Sukatan MTQSS Tahun 2011 untuk panduan dan rujukan tuan/puan.Maklumat tersebut ialah :
1. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
2. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)
3. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
4. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)
5. Senarai Tajuk Bercerita dari Kisah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
6. Senarai Tajuk Syarahan Agama Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)

Tuan/puan juga dimohon membuat perancangan bagi mengadakan MTQSS di peringkat sekolah.Ianya bertujuan memilih wakil-wakil sekolah tuan/puan ke peringkat Zon dan daerah Pasir Gudang.Maklumat berkenaan MTQSS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran