14 Mei 2013

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA (IPA) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

MAKLUMAN & TINDAKAN  :
Guru Pengiring & Peserta
SMK Agama Johor Bahru
SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor
SMK Pasir Gudang
SMK Permas Jaya
SMK Seri Kota Puteri 2
SMK Taman Daya 2
Majlis Intifal Sekolah-sekolah (MISS) IPA 
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  18 Mei 2013 ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat :  SMK Pasir Gudang

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
2. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
3. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
4. Menguruskan sarapan pagi para peserta tuan/puan.
5. Memastikan keselamatan para peserta tuan/puan.

Pihak UPI mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam sekolah-sekolah yang terlibat dalam usaha memeriahkan suasana majlis dan juga sebagai tanda sokongan padu dan menimba pengalaman perjalanan pengurusan MISS daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT MAJLIS GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG BIL 1/2013

PERHATIAN & TINDAKAN :
Semua Guru Cemerlang
Pendidikan Islam SMK & SK 
Daerah Pasir Gudang
( Surat Mesyuarat MGC Pendidikan Islam )

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  15 Mei 2013 ( Rabu )
Masa :  2.00 petang
Tempat :  SMK Pasir Gudang 3

Mohon tuan/puan dapat menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti ke arah melonjakkan pencapaian akademik Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MUZAKARAH JEMAAH HAKIM MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA KPM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN :
Semua Jemaah Hakim
Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS)
Institusi Pendidikan Agama (IPA)
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013
( Surat Muzakarah Hakim MISS Daerah )

Muzakarah tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  14 Mei 2013 ( Selasa )
Masa :  2.00 petang
Tempat :  Bilik Cakna Minda, SMK Pasir Gudang 

Mohon tuan/puan dapat menghadiri muzakarah tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan iltizam yang tinggi dalam usaha penambahbaikan mutu penghakiman MISS daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

TAKLIMAT AJK PENGELOLA MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA KPM DAERAH PASIR GUDANG KALI KE-2 TAHUN 2013

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Semua Ahli Jawatankuasa Pengelola
Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS)
Institusi Pendidikan Agama (IPA)
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013
( Senarai Ahli Jawatankuasa MISS Daerah )

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  14 Mei 2013 ( Selasa )
Masa :  2.00 petang
Tempat :  Bilik Cakna Minda, SMK Pasir Gudang 

Mohon tuan/puan dapat menghadiri taklimat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan iltizam yang tinggi dalam meningkatkan tahap pengurusan MISS yang cemerlang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

09 Mei 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN KALI 39 DAN FESTIVAL NASYID KALI KE-9 SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2013M/1434H

MAKLUMAN & TINDAKAN  :
Guru Pengiring & Peserta 
Kontinjen Pasir Gudang
Majlis Tadarus al-Quran & Festival Nasyid
Peringkat Negeri Johor Tahun 2013/1434H
( Senarai Kontinjen Pasir Gudang )

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  11 Mei 2013 ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat :  SM Sains Sembrong, Kluang
Catatan    :
1) Guru pengiring & peserta akan menginap di SMKA Johor Bahru pada 10 Mei 2013 (Jumaat) jam 6.00 petang. 
2) Sila pastikan segala keperluan peserta dibawa.
3) Bertolak dari SMKA Johor Bahru pada 11 Mei 2013 jam 6.30 pagi.

Pihak kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada para peserta yang akan mewakili daerah Pasir Gudang ke MTQSSFN peringkat negeri Johor. Semoga segala perancangan dan usaha yang telah dilaksanakan oleh UPI dan guru-guru/jurulatih akan menghasilkan natijah yang terbaik..amin...Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran