14 Februari 2011

MEMUAT TURUN PLAN-J PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAHUN 2-6 YANG TELAH DIMURNIKAN

PERHATIAN DAN TINDAKAN :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Warga Guru Pendidikan Islam
Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun Plan-J Pendidikan Islam Sekolah Rendah untuk kegunaan semua guru Pendidikan Islam di sekolah tuan/puan.Untuk makluman tuan/puan,setiap lajur pada kotak Pencapaian Sebenar adalah mewakili kelas yang diajar oleh guru.Tuan/puan juga diminta memantau dan memastikan semua guru Pendidikan Islam melaksanakan Plan-J.Pihak PPD dan JPNJ akan memantau pelaksanaannya dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

10 Februari 2011

MESYUARAT AJK BIRO KURSUS DAN LATIHAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
AJK Biro Kursus dan Latihan/GPI yang berkenaan 
Panitia Pendidikan Islam Menengah 
Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  14 Februari 2011 ( Isnin )
Masa :  2.00 petang
Tempat :  Bilik Mesyuarat 2, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam melonjakkan pencapaian cemerlang Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan mesyuarat boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan di portal rasmi ini.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

04 Februari 2011

MESYUARAT PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SMK DAN SK/SJKC DAERAH PASIR GUDANG BIL. 1/2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN :
Ketua Panitia Pendidikan Islam/Guru Cemerlang
SMK/SMKA/SABK dan SK/SJKC Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

SK DAN SJKC
Tarikh :  8 Februari 2011 ( Selasa )
Masa :  1.30 tengah hari
Tempat :  SK Taman Pasir Putih

SMK/SMKA/SABK
Tarikh :  9 Februari 2011 ( Rabu )
Masa :  1.30 tengah hari
Tempat :  SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Ulu Tiram

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam melonjakkan pencapaian cemerlang Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan mesyuarat telah dimasukkan di pigeon hole sekolah.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

17 Januari 2011

MEMUAT TURUN SOALAN PKSR BAHASA ARAB 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN (PENTING) :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Guru Mata pelajaran Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Mohon tuan/puan memuat turun dokumen berikut :

1. SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 1 2011
2. SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 2 2011
3. SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 3 2011

Dokumen tersebut adalah SULIT.Sila dapatkan kata laluan (Password) dari pegawai di Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang.Dokumen tersebut hendaklah diperbanyakkan dan diedarkan kepada murid-murid di sekolah tuan/puan semasa ujian/peperiksaan dijalankan berdasarkan agihan tajuk/perkara yang telah ditetapkan.Kerjasama tuan/puan amat diperlukan demi kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL PEMBINAAN TEKS SYARAHAN DAN BERCERITA MTQSS 2011 DAERAH PASIR GUDANG

MAKLUMAN & TINDAKAN :
Panel Penggubal
Teks Syarahan dan Bercerita MTQSS 2011

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 24 - 25 Januari 2011 (Isnin dan Selasa)
Masa : 1.00 tengah hari - 5.00 petang
Tempat : Bilik Makmal Bahasa,SMK Seri Kota Puteri 2

Mohon tuan/puan yang berkenaan hadir dalam bengkel tersebut dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.Selain itu,mohon kerjasama tuan/puan merangka isi-isi penting terlebih dahulu berdasarkan tajuk dan mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan demi kelancaran bengkel.Sila bawa bersama Laptop(ada perisian jawi-Quran in word), broadband modem, extension wayar, pen drive dan bahan-bahan rujukan yang berkaitan (Quran/Hadis dan lain-lain ).Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

07 Januari 2011

MEMUAT TURUN SUKATAN MTQSS KPM TAHUN 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA (PENTING)
Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK,SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang.

Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun Sukatan MTQSS Tahun 2011 untuk panduan dan rujukan tuan/puan.Maklumat tersebut ialah :
1. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
2. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)
3. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
4. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)
5. Senarai Tajuk Bercerita dari Kisah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
6. Senarai Tajuk Syarahan Agama Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)

Tuan/puan juga dimohon membuat perancangan bagi mengadakan MTQSS di peringkat sekolah.Ianya bertujuan memilih wakil-wakil sekolah tuan/puan ke peringkat Zon dan daerah Pasir Gudang.Maklumat berkenaan MTQSS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

31 Disember 2010

MEMUAT TURUN PLAN-J PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHAN KSSR TAHUN 1

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
SMK/SMKA DAN SK DAERAH PASIR GUDANG

Mohon tuan/puan MEMUAT TURUN DOKUMEN/BAHAN yang berkaitan di bawah untuk panduan dan rujukan Guru-guru Pendidikan Islam di sekolah tuan/puan.Semoga ianya dapat membantu tuan/puan menghadapi sesi baru persekolahan tahun 2011.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

08 November 2010

KURSUS KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1 PELAKSANAAN TAHUN 2011 FASA KEDUA

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :

GURU BAHASA ARAB TAHUN 1

SK DAERAH PASIR GUDANG

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 15 November 2010 (Isnin)

Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pasir Gudang d/a SK Pasir Gudang 2

Mohon kerjasama seorang Guru Bahasa Arab yang akan mengajar Tahun 1 pada tahun 2011 hadir ke kursus tersebut.

Kehadiran melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan daerah Pasir Gudang.Untuk makluman,Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang. Syukran

KURSUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PELAKSANAAN TAHUN 2011 FASA KEDUA

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :

GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

SK DAERAH PASIR GUDANG

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 15 November 2010 (Isnin)

Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Permas Jaya d/a SK Permas Jaya 4

Mohon kerjasama seorang Guru Pendidikan Islam yang akan mengajar Tahun 1 pada tahun 2011 hadir ke kursus tersebut.

Sila bawa bersama :-

1. Laptop

2. Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR (baru)

3. Buku Aktiviti Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR (baru)

4. Wayar penyambung

5. Broadband modem (sekiranya ada)

Kehadiran melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan daerah Pasir Gudang.Untuk makluman,Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang. Syukran

03 November 2010

KURSUS PEDAGOGI ICT GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

26 Oktober 2010 (Selasa)
Seramai 70 orang Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang telah mengikuti Kursus Pedagogi ICT Pendidikan Islam Sekolah Rendah anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang dengan kerjasama PKG daerah Pasir Gudang. Melalui kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan teknik perisian “ Hot Potatoes ” untuk diaplikasi dalam matapelajaran Pendidikan Islam.UPI amat berharap agar kemahiran yang telah diperolehi oleh para peserta dapat disampaikan kepada rakan-rakan GPI di sekolah masing-masing melalui kursus dalaman (LDP) ke arah penguasaan ilmu dan memperkasakan P&P Pendidikan Islam sejajar dengan Transformasi Pendidikan masa kini. Jutaan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ),PKG daerah Pasir Gudang,barisan fasilitator dan urus setia Guru Cemerlang Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang yang telah banyak membantu pihak UPI menjayakan kursus ini dan juga kepada peserta yang hadir .