29 September 2009

Makluman PKSR Bahasa Arab Akhir Tahun 2009

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian kepada guru2 j-QAF / sekolah sekolah yang melaksanakan program j-QAF :

Tahap 1 - Markah akhir tahun diambil daripada penilaian bermula bulan 6 hingga 10.
Tidak ada peperiksaan akhir tahun tetapi markah hendaklah diisi dalam penyata
kemajuan murid untuk makluman ibu bapa murid.
Tahap 2 - Tahun 4, peperiksaan bertulis dijalankan.Kertas peperiksaan boleh guna pakai soalan Bahasa Arab tahun lepas (2008) yang telah dibekalkan oleh BPI. Sila dapatkan soalan dan skema jawapan dari sekolah-sekolah yang berhampiran yang telah melaksanakan peperiksaan B.Arab Tahun 4 pada tahun lepas.
Tahap 2 - Tahun 5, peperiksaan bertulis akhir tahun dijalankan. Soalan B.Arab akan dibekalkan oleh BPK . PPD akan mengedarkan soalan tersebut ke sekolah-sekolah yang terlibat.
( j-QAF Tahun 5 ).

Sebarang pertanyaan , sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang. Syukran