25 Julai 2010

PROGRAM WACANA ILMU DAN PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN DAERAH PASIR GUDANG



24 JULAI 2010 (Sabtu)
Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang dan PEKDIS Cawangan Johor Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan program Wacana Ilmu dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin peringkat daerah Pasir Gudang.Program yang penuh bermakna ini telah diadakan di Dewan Mawar Gemilang SMK Pasir Gudang 2.Seramai 300 orang Guru Pendidikan Islam telah menghadiri dan menjayakan program ini. Program ini dimulakan dengan Wacana Ilmu 1 yang bertajuk "Memahami Isu Palestin" yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hasanuddin Bin Mohd Yunus manakala Al-Fadhil Ustaz Mohd Rifqi Bin Myiddin telah mengupas tajuk "Ana Murabbi wa Mursyid" dalam Wacana Ilmu 2. Kemuncak program ialah Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin peringkat daerah Pasir Gudang yang telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Saadiah Binti Said,Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang.Sempena Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin sebanyak RM2021.95 telah berjaya dikumpulkan dan program ini akan berlangsung dari tarikh pelancaran sehingga pertengahan Ramadan al-Mubarak di seluruh sekolah daerah Pasir Gudang.Tujuan utama penganjuran program ini adalah sebagai tanda sokongan padu dan komitmen seluruh warga Pendidikan daerah Pasir Gudang dalam membantu meringankan penderitaan hidup rakyat Palestin. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola ,Aqsa Sharif Berhad,NR Murabbi Enterprise,My Iman Telefon,Imtiyaaz,Ana Ajwad,PKG Pasir Gudang dan Guru-guru Pendidikan Islam yang telah menjayakan program ini." BERSAMA MENDERMA BAGI MERINGANKAN PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN"