02 Oktober 2011

LENSA KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS TAHUN 2 BAHASA ARAB PELAKSANAAN 2012 DAERAH PASIR GUDANG


26-30 SEPTEMBER 2011 ( Isnin - Jumaat )
Kursus Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan PBS Bahasa Arab Tahun 2 merupakan kesinambungan daripada KSSR Bahasa Arab Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2011. Ianya adalah agenda nasional di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia selaras dengan Transformasi Pendidikan yang melibatkan perubahan kurIkulum sekolah rendah. Seramai 50 orang guru mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 2 daerah Pasir Gudang telah menghadiri kursus tersebut. Kursus selama 5 hari yang menuntut komitmen dan iltizam yang tinggi oleh para peserta telah diadakan di SK Seri Kota Puteri 4.Melalui kursus ini, para guru telah didedahkan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Arab Tahun 2 yang akan dilaksanakan pada tahun 2012. Selain itu juga , para peserta telah didedahkan dan diberi kefahaman yang jelas tentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru itu, para guru memainkan peranan penting bagi mengupayakan P&P dan PBS yang berkesan. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada JLU Bahasa Arab yang dibarisi oleh Ustaz Khairuddin Bin Abd. Kadir (SK Pasir Gudang 1), Ustaz AdiFauzi Bin Mohd Alias (SK Taman Daya 2), Ustaz Azri Bin Fakeh (SK Taman Daya 3) dan Ustaz Mohd Faizan Bin Mat Jusoh (SK Kota Masai). Manakala dibantu oleh Ustazah Raihan Bin Hasmi (SK Masai) dan Ustazah Nur Mardhiah Binti Mohd Razan (SK Pasir Gudang 1) selaku Urus setia kursus dan para peserta yang telah banyak membantu pihak UPI menjayakan kursus ini.Syukran