10 Januari 2012

MEMUAT TURUN BAHAN MTQSS KE-38 TAHUN 2012 KPM

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA (PENTING)
Semua Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK,SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang.


Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun Sukatan MTQSS Tahun 2012 untuk panduan dan rujukan tuan/puan.Maklumat tersebut ialah :
1. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
2. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)
3. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
4. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)
5. Senarai Tajuk Bercerita dari Kisah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki danPerempuan)
6. Senarai Tajuk Syarahan Agama Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)


Tuan/puan juga dimohon membuat perancangan bagi mengadakan MTQSS di peringkat sekolah.Ianya bertujuan memilih wakil-wakil sekolah tuan/puan yang berbakat besar ke peringkat Zon dan daerah Pasir Gudang. Pihak Unit Pendidikan Islam berharap pelaksanaan MTQSS di peringkat sekolah tuan/puan akan mencapai objektif demi meningkatkan usaha dakwah Islamiah,melahirkan generasi al-Quran dan seterusnya mengekalkan kegemilangan Pasir Gudang di peringkat negeri Johor.Maklumat berkenaan MTQSS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran