28 Mac 2012

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012/1433H

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Setiausaha MTQSSFN Zon Menengah & Rendah
Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam
SMKA/SABK/SMK & SK yang terlibat
Daerah Pasir Gudang.
Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 31 Mac 2012 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : SMK Taman Nusa Damai

Mohon kerjasama sekolah-sekolah yang telah menjadi Johan MTQSSFN di peringkat Zon tuan/puan dapat menguruskan peserta sekolah/Zon tuan/puan dengan menepati masa yang telah ditetapkan demi kelancaran majlis tersebut. Komitmen tuan/puan amat diperlukan dalam memastikan kecemerlangan pengurusan MTQSSFN daerah Pasir Gudang.Semoga MTQSSFN daerah pada kali ini dapat melahirkan wakil-wakil daerah yang terbaik dan berkualiti dalam mengekalkan kejuaraan MTQSS di peringkat negeri Johor dan seterusnya mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran