02 April 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN & FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013/1434H

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Penyelaras Dakwah & Guru Pendidikan Islam
Wakil-wakil Zon Menengah, Rendah & SMKA 
Majlis Tadarus al-Quran & Festival Nasyid
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013/1434H

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  13 April 2013 ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat :  SK Taman Nusa Damai 
Catatan    :  7.30 - 8.15 pagi ( Pendaftaran )

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
2. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
3. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
4. Menguruskan sarapan pagi para peserta tuan/puan.
5. Jamuan peserta disediakan pada pukul 10.00 pagi.
6. Memastikan keselamatan para peserta tuan/puan.

Pihak kami juga mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang sebagai tanda sokongan dalam usaha memeriahkan lagi majlis tersebut.  Semoga Pasir Gudang tetap unggul dalam melahirkan wakil-wakil negeri Johor ke peringkat kebangsaan dan mengulangi sejarah kecemerlangan dan kegemilangan MTQSSFN Negeri.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran