18 September 2013

MEMUAT TURUN PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah
Semua Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMKA, SABK, SMK, SK & SJKC 
Daerah Pasir Gudang
(Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian 2013)

Mohon tuan/puan dapat MUAT TURUN Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR 2013 yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM sebagai panduan dalam menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk para pelajar selepas UPSR dan PMR di sekolah tuan/puan. Adalah menjadi harapan pihak kami semoga cadangan-cadangan aktiviti yang terkandung di dalam panduan tersebut dapat dilaksanakan dan dijayakan dengan sebaik-baiknya hasil kerjasama dan komitmen pihak sekolah terutamanya Guru-guru Pendidikan Islam yang bertindak sebagai nadi utama dan penggerak kepada aktiviti-aktiviti dakwah di sekolah.Surat hebahan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran