28 Januari 2014

PERATURAN DAN TEMA FESTIVAL NASYID KPM TAHUN 2014M / 1435H

MAKLUMAN PENTING & TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah,
Warga Guru Pendidikan Islam / j-QAF,
Tema Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Kali ke-10 pada tahun 2014M /1435H ialah  " AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH WASATIYYAH ". Mohon kerjasama semua Penyelaras Dakwah & GPI dapat bersiap siaga dengan mencipta lagu,menyiapkan seni kata ( Lirik ) lagu nasyid berdasarkan tema tersebut dan mempergiatkan latihan di peringkat sekolah sebelum pertandingan MTQSS dan  Festival Nasyid 2014 di peringkat Zon dijangka akan diadakan pada  1 Mac 2014, manakala peringkat daerah pada 15 Mac 2014. Festival Nasyid akan diadakan serentak dengan Majlis Tadarus al-Quran (MTQSS)  Perhatian : Tuan/puan diingatkan untuk meneliti segala peraturan Festival Nasyid 2014. Pindaan peraturan dan syarat pertandingan Festival Nasyid tahun 2012 adalah digunapakai. Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD PGU. Syukran