10 Februari 2014

MEMUAT TURUN PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT (KS) & BERZANJI MARHABAN (BM) SEKOLAH-SEKOLAH KPM TAHUN 2014

PERHATIAN DAN TINDAKAN :
Semua Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK dan SK Daerah Pasir Gudang.

Dokumen Peraturan KSBM KPM )
( Borang Penghakiman KSBM KPM )

Untuk makluman tuan/puan, syarat dan peraturan yang lama yang pernah dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM tahun 2008 masih dikekalkan dan diguna pakai. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan memuat turun Dokumen Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat (KS) Sekolah Rendah dan Berzanji Marhaban (BM) Sekolah Menengah Sekolah-sekolah KPM untuk panduan dan rujukan tuan/puan. Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah menetapkan bahawa pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah Menengah peringkat Zon akan diadakan pada 1 Mac 2014 manakala pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah hanya diadakan di peringkat daerah ( tiada peringkat zon ) pada 19 April 2014 di KIP Home Mart Masai, Pasir Gudang. Sekolah-sekolah yang BERMINAT untuk menyertai pertandingan Kompang Selawat, sila hubungi Ustaz Maturidi Bin Mohamed di talian 0137799402 untuk pengesahan penyertaan sebelum atau pada 1 April 2014. Surat makluman akan diedarkan ke sekolah tuan/puan.Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran