06 Mac 2014

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQSS) DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014M/1435H

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Penyelaras Dakwah & Guru Pendidikan Islam
Wakil-wakil Zon Menengah
Wakil-wakil Zon Rendah
Wakil-wakil SMK Agama Johor Bahru
Wakil-wakil SABK Al-Attas Al-Arabiah Johor 
Majlis Tadarus al-Quran & Festival Nasyid
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2014M / 1435H











Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  15 Mac 2014 ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat :  SMK Agama Johor Bahru 
Catatan    :  7.30 - 8.15 pagi ( Pendaftaran )
Pakaian    :  Baju Kebangsaan (L) Baju Kurung (P)

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
2. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
3. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
4. Meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan.
5. Sarapan pagi tidak disediakan oleh penganjur.
6. Menguruskan sarapan pagi para peserta tuan/puan.
7. Jamuan peserta disediakan pada pukul 10.00 pagi.
8. Mengedarkan makanan kepada para peserta tuan/puan.
9. Memastikan keselamatan peralatan nasyid & para peserta tuan/puan.

Pihak kami juga mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang sebagai tanda sokongan dalam usaha memeriahkan lagi majlis tersebut.  Semoga Pasir Gudang tetap unggul dalam melahirkan wakil-wakil daerah yang berkualiti ke peringkat negeri Johor dan kebangsaan. Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran