15 Mei 2014

KURSUS PENINGKATAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014

MAKLUMAT & TINDAKAN SEGERA :
Guru-guru Mata pelajaran Bahasa Arab,
Tahun 1 hingga tahun 6,
Sekolah Kebangsaan,
Daerah Pasir Gudang.
(Surat Panggilan Kursus)
(Senarai Jumlah Peserta Mengikut Sekolah)
(Bahan Kursus Bahasa Arab) * Perlu dicetak


























Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  17 Mei 2014 (Sabtu)
Masa                 :  8.00 pagi - 12.30 tengah hari 
Tempat :  Dewan SK Taman Rinting 2

Mohon tuan/puan yang terlibat hadir (rujuk lampiran) dalam kursus tersebut. Tuan/puan juga diminta mencetak Bahan Kursus yang telah disediakan untuk digunapakai sepanjang kursus tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dan integriti dalam meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014

PERHATIAN & TINDAKAN :
Semua Pengetua dan Guru Besar,
SMKA/SABK/SMK & SK
Daerah Pasir Gudang.












Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  15 Mei 2014 ( Khamis )
Masa                 :  6.30 petang - 10.30 malam
Tempat :  Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya

Mohon tuan/puan bersama 2 orang guru dalam hadir majlis tersebut. Guru-guru Pendidikan Islam yang ada kelapangan masa juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis sebagai tanda komitmen dan sokongan padu terhadap sambutan hari Guru peringkat daerah Pasir Gudang tahun 2014.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan. "GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"...Terima kasih Cikgu...

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

27 April 2014

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Semua Penyelaras KAA/SMKA/SABK 
Guru-guru Pendidikan Islam 
SMKA Johor Bahru
SABK Madrasah al-Attas al-Arabiah Johor
SMK Pasir Gudang
SMK Permas Jaya 
SMK Seri Kota Puteri 2
SMK Taman Daya 2
Daerah Pasir Gudang 
( Surat Peserta MISS ( Men Rendah )











Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  30 April 2014 ( Rabu )
Masa :  11.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :  SMK Taman Daya 2 
Catatan    :  11.00 pagi ( Pendaftaran )
Acara       :  
1) Qiraat As-Sab'ah Bit Taranum 
2) Tahfiz al-Quran
3) Kalimatus sobah
4) Hiwar
5) Kuiz Bahasa Arab
6) Kuiz Ilmu Wahyu

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Melengkapkan Borang Penyertaan yang disediakan.
2. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
3. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
4. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
5. Meletakkan kenderaan di tempat yang ditetapkan.
6. Sarapan pagi tidak disediakan oleh penganjur.
7. Jamuan peserta disediakan pada pukul 1.00 tengah hari
8. Mengedarkan makanan kepada para peserta tuan/puan.

Pertandingan MISS Daerah Pasir Gudang 2014 terbahagi kepada 2 kategori iaitu Menengah Rendah dan Atas. Setiap sekolah yang terlibat akan menghantar 12 orang peserta bagi kategori yang disertai.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

17 April 2014

TAKLIMAT AJK MAJLIS IHTIFAL INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA SEKOLAH-SEKOLAH KPM ( MISS ) PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014

MAKLUMAT & TINDAKAN SEGERA :
Guru Pendidikan Islam,
SMKA, SABK dan SMK  
Daerah Pasir Gudang yang berkenaan.
( Surat Panggilan Mesyuarat )

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  23 April 2014 ( Rabu )
Masa                 :  2.00 petang 
Tempat :  Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dan integriti dalam meningkat kecekapan pengurusan MISS daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MAJLIS SEMARAK ILMU BERSAMA AL-FADHIL DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG, MASJID TAMAN RINTING & PPD PASIR GUDANG TAHUN 2014

MAKLUMAN & PERHATIAN :
Guru Pendidikan Islam / j-QAF
SMKA,SABK, SMK & Sekolah Seni
SK & SJKC 
Daerah Pasir Gudang.
( Surat Panggilan GPI Men )
( Bilangan Peserta GPI Men )
( Surat Panggilan GPI Ren )
( Bilangan Peserta GPI Ren )












Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  19 April 2014 ( Sabtu )
Masa                 :  7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat :  Masjid Taman Rinting, Masai
Pakaian            :  Baju Batik

Mohon tuan/puan hadir dalam majlis tersebut mengikut bilangan Guru Pendidikan Islam/j-QAF yang telah ditetapkan ( rujuk surat panggilan ). Kehadiran tuan/puan melambangkan integriti dan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan profesion keguruan Pendidikan Islam yang mempunyai disiplin ilmu yang mantap.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

15 Mac 2014

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA AJK PENGELOLA MTQSSFN DAERAH PASIR GUDANG 2014

Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Pengelola Majlis Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM peringkat daerah Pasir Gudang tahun 2014M/1435H atas komitmen padu dan kerjasama cemerlang dalam memastikan kejayaan penganjuran majlis pada tahun ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Agama Johor Bahru terutamanya kepada Tuan Pengetua dan warga SMK Agama Johor Bahru atas kesudian menjadi tuan rumah Majlis Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM peringkat daerah Pasir Gudang tahun 2014M/1435H. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Hjh. Fatimah Binti Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang atas kehadiran merasmikan majlis penutup pada kali ini. Tahniah dan terima kepada para peserta MTQSSFN dan kepada yang berjaya mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 April 2014 di SMKA Maahad Muar.Terima kasih kepada barisan Jemaah Hakim MTQSSFN, guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF, guru-guru pengiring, jurulatih-jurulatih, para pelajar SMKA Johor Bahru dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan memeriahkan lagi penganjuran Majlis Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid peringkat daerah Pasir Gudang pada tahun ini. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati segala usaha kita...sesungguhnya MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT..

MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014

TINDAKAN SEGERA :
Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam,
SMKA, SABK dan SMK 
Daerah Pasir Gudang.

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  18 Mac 2014 ( Selasa )
Masa                 :  2.00 petang - 4.30 petang
Tempat :  SMK Kota Masai

Mohon tuan/puan hadir dalam program tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dan integriti dalam memantapkan pengurusan Panitia dan kecemerlangan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

06 Mac 2014

PROGRAM FIKRAH ILMU " PENGURUSAN DAN PENGIMARAHAN MUSOLLA HAKIM " DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014

MAKLUMAN & PERHATIAN :
Semua Penyelaras Dakwah
SMKA, SABK, SMK dan SK 
Daerah Pasir Gudang.

Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  17 Mac 2014 ( Isnin )
Masa                 :  2.00 petang - 4.30 petang
Tempat :  SMK Taman Daya 2

Mohon tuan/puan hadir dalam program tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dan integriti dalam mengupayakan pengurusan dan pengimarahan Musolla Al-Hakim yang berkesan di daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQSS) DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014M/1435H

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Penyelaras Dakwah & Guru Pendidikan Islam
Wakil-wakil Zon Menengah
Wakil-wakil Zon Rendah
Wakil-wakil SMK Agama Johor Bahru
Wakil-wakil SABK Al-Attas Al-Arabiah Johor 
Majlis Tadarus al-Quran & Festival Nasyid
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2014M / 1435H











Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  15 Mac 2014 ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat :  SMK Agama Johor Bahru 
Catatan    :  7.30 - 8.15 pagi ( Pendaftaran )
Pakaian    :  Baju Kebangsaan (L) Baju Kurung (P)

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
2. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
3. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
4. Meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan.
5. Sarapan pagi tidak disediakan oleh penganjur.
6. Menguruskan sarapan pagi para peserta tuan/puan.
7. Jamuan peserta disediakan pada pukul 10.00 pagi.
8. Mengedarkan makanan kepada para peserta tuan/puan.
9. Memastikan keselamatan peralatan nasyid & para peserta tuan/puan.

Pihak kami juga mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang sebagai tanda sokongan dalam usaha memeriahkan lagi majlis tersebut.  Semoga Pasir Gudang tetap unggul dalam melahirkan wakil-wakil daerah yang berkualiti ke peringkat negeri Johor dan kebangsaan. Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL PEMURNIAN MODUL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2014 DAERAH PASIR GUDANG

MAKLUMAN & TINDAKAN SEGERA :
Guru-guru Pendidikan Islam yang berkenaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang


Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  13 Mac 2014 ( Khamis )
Masa                 :  8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat :  SMK Taman Mount Austin

Mohon tuan/puan hadir dalam bengkel tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dan integriti dalam memacu kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran