22 November 2009

MESYUARAT PENYELARASAN DATA E-PELAPORAN j-QAF BULAN OKTOBER PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009

Makluman dan tindakan :

Ustaz Hazrul Nizam bin Mohmad Sahibek - SK Cahaya Baru
Ustaz Khairuddin bin Abdul Kadir - SK Pasir Gudang 1

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 24 November 2009 ( Selasa )
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : SMK Sungai Abong, Muar

Mohon kerjasama tuan dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.Sila bawa bersama laptop,extension wayar, pen drive dan data yang berkaitan (softcopy/hardcopy). Surat panggilan telah diedarkan ke sekolah tuan. Terima kasih.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.

18 November 2009

MAJLIS ANUGERAH KHATAM AL-QURAN PROGRAM j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2009




18 November 2009 ( Rabu )
Buat julung-julung kalinya,Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Khatam al-Quran program j-QAF peringkat sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang. Majlis ini telah diadakan di Masjid An-Najah Taman Daya dan dihadiri lebih 500 orang murid tahun 5 dan 4 yang telah khatam al-Quran melalui program j-QAF dan 50 orang guru j-QAF. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hassan Bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor.Turut hadir ialah Pn. Hjh. Saadiah Binti Said,Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang.Dalam majlis tersebut, setiap murid yang hadir menerima cenderahati berupa medal dan sijil penghargaan.Semoga majlis ini akan menyuntik semangat murid yang khatam al-Quran untuk terus mempelajari dan memperelokkan pembacaan al-Quran.Terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang terus komited dan bersabar menghadapi pelbagai cabaran dalam mendidik anak-anak di sekolah yang masih kecil mengenal al-Quran,mempelajarinya dan menghayatinya dalam kehidupan.Tahniah dan Terima kasih kepada seluruh AJK Pengelola yang telah menjayakan majlis ini. Syukran Jazilan Kathira.

16 November 2009

MAJLIS ANUGERAH KHATAM AL-QURAN PROGRAM j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2009

Makluman dan Tindakan Sekolah j-QAF Kohort 2005 dan 2006 sahaja.

Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 November 2009 ( Rabu )
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Masjid Jamek Taman Daya, Johor Bahru
Pendaftaran : 8.00 - 9.00 pagi
Pakaian : Baju Kebangsaan

Mohon kerjasama Ketua Panitia Pendidikan Islam/ Penyelaras j-QAF dpt memastikan guru-guru pengiring dan murid-murid yang terlibat hadir ke majlis tersebut. Bilangan guru dan murid adalah sebagaimana bilangan pada borang pendaftaran yang telah difakskan ke PPD sebelum ini.Surat panggilan telah diedarkan ke sekolah-sekolah yang terlibat. Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.


14 November 2009

KURSUS PENGHAKIMAN MTQ (NASYID DAN BERCERITA)


14 NOVEMBER 2009 ( SABTU )
Seramai 90 orang Guru Pendidikan Islam dari 48 buah sekolah kebangsaan daerah Pasir Gudang telah menghadiri dan menjayakan Kursus Penghakiman Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) dalam acara Nasyid dan Bercerita kisah dari al-Quran anjuran Panitia Pendidikan Islam Rendah.Kursus ini telah diadakan di dewan seminar Masjid Jamek Taman Desa Jaya. Para peserta didedahkan secara terperinci tentang sejarah nasyid berserta pengenalan lagu dan irama nasyid yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli bin Hj. Ismail, PK Kokurikulum SK Tebrau Bakar Batu yang cukup berpengalaman dalam bidang nasyid. Manakala Ustazah Khamisiyah binti Pathiroon, Penyelia Kanan SPI JPNJ menyampaikan slot berkaitan kaedah-kaedah menyediakan teks cerita yang baik dan menarik.Selain itu, beliau juga memberi kefahaman kepada para peserta aspek-aspek penting dalam penghakiman bercerita.Semoga kursus ini dapat memberi input yang amat berguna kepada para guru dalam melatih anak-anak didik di sekolah ke arah melahirkan insan berwatak melalui penyertaaan MTQ saban tahun. Setinggi-tinggi terima kasih kepada penceramah jemputan, ustaz/ustazah dan barisan AJK yang telah banyak membantu dalam merealisasikan kejayaan kursus ini.Syukran

13 November 2009

DOKUMEN BERKAITAN KEMASUKAN CALON KE SMKA/KAA TAHUN 2010

Mohon perhatian dan tindakan kpd semua Guru Penyelaras Tahun 6 Pendidikan Islam
SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang

Dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada PPD :-

1. Salinan hardcopy dan softcopy ( disket ) markah ujian setara Pendidikan Islam Tahun 6 dalam format excell bagi calon yang memohon SMKA dan KAA sahaja.Sila berurusan dengan guru yang bertugas mengisi permohonan online ke SMKA dan KAA sebelum ini untuk mendapatkan senarai nama murid yang memohon.
2. Salinan keputusan UPSR yang telah disahkan sekiranya keputusan diperolehi.
3. Salinan surat beranak dan salinan KP ibubapa/penjaga yang disahkan.
4. Salinan senarai keputusan Peperiksaan Setara Pendidikan Islam tahun 6.
5. Salinan sijil penyertaan calon dalam kegiatan kokurikulum yang disahkan.

Mohon kerjasama dapat menghantar semua dokumen yang disenaraikan kepada PPD
( u.p Ustaz Maturidi Bin Mohamed ) tepat pada atau sebelum 17 November 2009. Syukran

Sebarang kemusykilan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.

12 November 2009

MESYUARAT AJK PENGELOLA MAJLIS ANUGERAH KHATAM AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH j-QAF DAERAH PASIR GUDANG 2009

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 16 November 2009 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama guru-guru yang terlibat hadir dalam mesyuarat tersebut.Kehadiran adalah wajib.Surat panggilan telah diedarkan ke sekolah-sekolah yang berkenaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang. Syukran

BENGKEL PENYATUAN DATA E-PELAPORAN OKTOBER 2009


12 November 2009 (Khamis)
Bengkel penyatuan data e-pelaporan bulan Oktober 2009 telah diadakan di PPD Pasir Gudang. Bengkel ini dihadiri oleh 3 orang fasilitator yang dilantik iaitu Ustaz Hazrul Nizam bin Mohmad Sahibek (SK Cahaya Baru), Ustaz Hirman Hezry bin Rahmat (SK Taman Desa Jaya) dan Ustaz Mohamad Zakuan bin Mohamed (SK Kangka Tebrau). Melalui bengkel ini, data-data e-pelaporan yang diperolehi daripada guru-guru yang mengisi data di peringkat sekolah akan disatukan sebelum menghadiri mesyuarat penyelarasan data e-pelaporan peringkat negeri. Terima kasih kepada fasilitator yang telah bertungkus lumus menyiapkan dan menyelesaikan pelbagai masalah data dan teknikal yang timbul semasa bengkel penyatuan ini. Syukran

KEM LITERASI AL-QURAN (KLAQ) SEKOLAH-SEKOLAH j-QAF DAERAH PASIR GUDANG 2009





11 November 2009 (Rabu)
Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kem Literasi al-Quran sekolah-sekolah j-QAF daerah Pasir Gudang di Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang. Seramai 240 murid dan 66 orang guru selaku fasilitator telah terlibat mewakili 36 buah sekolah di daerah Pasir Gudang telah menyertai program tersebut.Murid-murid yang terlibat ialah mereka yang masih belum menguasai pembelajaran Iqra' 1,2 dan 3. Melalui program ini, murid-murid dibimbing dan dibantu oleh para guru menggunakan modul inovasi Iqra' yang disediakan. Hasil dapatan dari program ini, murid-murid telah menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Taman Cendana yang telah menyediakan kemudahan tempat semasa program dilaksanakan. Tidak dilupakan kepada semua guru dan AJK yang terlibat menjayakan program ini. Kerjasama dan komitmen para ustaz dan ustazah amat dihargai. Semoga program dapat memacu kejayaan anak-anak didik kita dalam pembacaan al-Quran. Syukran

07 November 2009

KEM LITERASI AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH j-QAF DAERAH PASIR GUDANG

Makluman kepada penyelaras j-QAF sekolah-sekolah j-QAF Kohort 2005,2006 dan 2007 sahaja.

1. Maklumat tambahan kepada setiap guru pengiring, sila bawa bersama laptop dan extension wayar untuk kegunaan modul Iqra' yang akan dibekalkan nanti.Selain itu setiap peserta dikehendaki membawa buku Iqra' 1-6.

2. Guru-guru yang berada di luar kawasan Pasir Gudang yang akan membawa peserta,mohon kerjasama datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di lebuhraya Pasir Gudang di waktu puncak kerana program akan bermula tepat jam 8.00 pagi.

Perhatian dan tindakan anda akan melancarkan perjalanan program.Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai.Syukran.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Unit Pendidikan Islam,PPD Pasir Gudang.

02 November 2009

BENGKEL PENGGABUNGAN DATA e-PELAPORAN BULAN OKTOBER 2009

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 5 November 2009 ( Khamis )
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon kerjasama seorang GPI/j-QAF yang telah menghadiri taklimat e-pelaporan sebelum ini hadir dalam bengkel tersebut. Sila pastikan data e-pelaporan telah disiapkan dan dikemaskini sebelum menghadirinya. Sila bawa bersama laptop,pen drive dan salinan data (softcopy dan hardcopy). Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPDPGU.