31 Disember 2010

MEMUAT TURUN PLAN-J PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHAN KSSR TAHUN 1

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
SMK/SMKA DAN SK DAERAH PASIR GUDANG

Mohon tuan/puan MEMUAT TURUN DOKUMEN/BAHAN yang berkaitan di bawah untuk panduan dan rujukan Guru-guru Pendidikan Islam di sekolah tuan/puan.Semoga ianya dapat membantu tuan/puan menghadapi sesi baru persekolahan tahun 2011.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

08 November 2010

KURSUS KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1 PELAKSANAAN TAHUN 2011 FASA KEDUA

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :

GURU BAHASA ARAB TAHUN 1

SK DAERAH PASIR GUDANG

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 15 November 2010 (Isnin)

Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pasir Gudang d/a SK Pasir Gudang 2

Mohon kerjasama seorang Guru Bahasa Arab yang akan mengajar Tahun 1 pada tahun 2011 hadir ke kursus tersebut.

Kehadiran melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan daerah Pasir Gudang.Untuk makluman,Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang. Syukran

KURSUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PELAKSANAAN TAHUN 2011 FASA KEDUA

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :

GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

SK DAERAH PASIR GUDANG

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 15 November 2010 (Isnin)

Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Permas Jaya d/a SK Permas Jaya 4

Mohon kerjasama seorang Guru Pendidikan Islam yang akan mengajar Tahun 1 pada tahun 2011 hadir ke kursus tersebut.

Sila bawa bersama :-

1. Laptop

2. Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR (baru)

3. Buku Aktiviti Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR (baru)

4. Wayar penyambung

5. Broadband modem (sekiranya ada)

Kehadiran melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan daerah Pasir Gudang.Untuk makluman,Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang. Syukran

03 November 2010

KURSUS PEDAGOGI ICT GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

26 Oktober 2010 (Selasa)
Seramai 70 orang Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang telah mengikuti Kursus Pedagogi ICT Pendidikan Islam Sekolah Rendah anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang dengan kerjasama PKG daerah Pasir Gudang. Melalui kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan teknik perisian “ Hot Potatoes ” untuk diaplikasi dalam matapelajaran Pendidikan Islam.UPI amat berharap agar kemahiran yang telah diperolehi oleh para peserta dapat disampaikan kepada rakan-rakan GPI di sekolah masing-masing melalui kursus dalaman (LDP) ke arah penguasaan ilmu dan memperkasakan P&P Pendidikan Islam sejajar dengan Transformasi Pendidikan masa kini. Jutaan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ),PKG daerah Pasir Gudang,barisan fasilitator dan urus setia Guru Cemerlang Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang yang telah banyak membantu pihak UPI menjayakan kursus ini dan juga kepada peserta yang hadir .

22 Oktober 2010

KURSUS PEDAGOGI ICT PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :

KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

GURU PENDIDIKAN ISLAM

SK DAERAH PASIR GUDANG

( Muat turun Perisian HOT POTATOES V6 )

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Oktober 2010 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang

Pendaftaran : 7.30 - 8.30 pagi (Sarapan disediakan)

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pasir Gudang

Mohon kerjasama seorang Guru Pendidikan Islam yang berpengetahuan dalam ICT hadir ke kursus tersebut.

Sila bawa bersama komputer riba ,pen drive, wayar penyambung,buku teks Pendidikan Islam @ buku rujukan mengikut tahun yang diajar dan contoh soalan peperiksaan yang berkaitan untuk menjayakan kursus tersebut. Mohon GPI yang akan hadir memuat turun perisian HOT POTATOES V6 pada link yang telah disediakan untuk digunakan semasa kursus tersebut. Kehadiran melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan daerah Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang. Syukran

18 Oktober 2010

BENGKEL PENGUMPULAN DATA e-PELAPORAN j-QAF BULAN OKTOBER 2010 DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :

KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

PENYELARAS e-PELAPORAN j-QAF

SEKOLAH PROGRAM j-QAF

DAERAH PASIR GUDANG

( Muat turun e-Pelaporan V 10.7-Terbaru )

Bengkel tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 1 November 2010 (Isnin)

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran Bahasa Arab lebih awal dari tarikh asal iaitu pada 27 Oktober 2010 kepada 20 Oktober 2010 manakala masa pelaksanaan tidak berubah.Hal tersebut perlu dilakukan bagi memastikan masa pengumpulan data di peringkat PPD mencukupi.

Tuan/puan dimohon memuat turun perisian e-Pelaporan V10.7 (terbaru) pada link yang telah disediakan.Untuk makluman, pengumpulan data e-pelaporan j-QAF peringkat negeri Johor dijangka akan diadakan pada 3 – 4 November 2010.

Surat makluman daripada JPNJ telah diedarkan ke sekolah tuan/puan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Hazrul Nizam Bin Mohmad Sahibek, Pen. PPD j-QAF. Syukran

15 Oktober 2010

PERMOHONAN ONLINE KE TINGKATAN SATU TAHUN 2011, SMKA DAN KAA NEGERI JOHOR

PERHATIAN DAN MAKLUMAN :

KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

PENYELARAS SMKA DAN KAA

GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM

SK DAN SJK DAERAH PASIR GUDANG

Permohonan ONLINE ke Tingkatan Satu Tahun 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) perlu melalui aplikasi “KRK-ONLINE” di laman sesawang : http://www.ppdpontian.edu.my/index.php/krk.html. (Klik di sini)

Tarikh permohonan online dibuka mulai 4 Oktober hingga 31 Oktober 2010. Tugas memasukkan segala data calon telah diserahkan kepada KAUNSELOR sekolah seperti keputusan mesyuarat di peringkat PPD sebelum ini.

Tuan/puan diminta berhubung dengan Kaunselor sekolah dan memantau perkembangan permohonan dari semasa ke semasa.

Sila pastikan tindakan telah dilakukan terhadap perkara-perkara berikut :

1. Setiap calon yang memohon ke SMKA dan KAA telah mengisi borang RK-001 yang ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga.

2. Semua murid tahun 6 termasuk calon yang memohon SMKA dan KAA menduduki Peperiksaan Setara Pendidikan Islam Tahun 6 yang akan diadakan serentak di seluruh negeri Johor pada 27 OKTOBER 2010 jam 8.00 pagi – 9.30 pagi.Sila pastikan peperiksaan berjalan dengan lancar dan sempurna.

3. Markah Peperiksaan Setara Pendidikan Islam Tahun 6 MESTI DIMASUKKAN ke dalam sistem Permohonan “KRK-ONLINE” sebelum atau pada 31 OKTOBER 2010.Sekiranya markah tidak dimasukkan ke dalam sistem,calon tidak akan dipertimbangkan untuk permohonan masuk ke SMKA dan KAA.

4. MOHON PERHATIAN : Guru Pendidikan Islam yang bertugas menanda kertas hendaklah memastikan kertas peperiksaan Setara Pendidikan Islam Tahun 6 telah ditanda (terutamanya calon-calon yang memohon ke SMKA dan KAA) sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 OKTOBER 2010.Markah hendaklah diserahkan kepada KAUNSELOR sekolah secepat mungkin bagi memudahkan proses kemasukan markah dalam sistem ONLINE.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Maturidi Bin Mohamed, Penyelia Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang. Syukran

14 Oktober 2010

KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA ARAB TAHUN 1 DAN HSP TAHUN 4 DAERAH PASIR GUDANG

9 Oktober 2010 (Sabtu)
Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Arab Tahun 1 dan HSP Bahasa Arab Tahun 4 merupakan agenda kursus anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang. Seramai 70 orang yang terdiri daripada Ketua Panitia Bahasa Arab dan guru mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 1 telah menghadiri kursus tersebut.Kursus ini diadakan di SK Taman Megah Ria.Melalui kursus ini, para guru telah didedahkan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Arab Tahun 1 dan HSP Bahasa Arab Tahun 4 yang akan mula dilaksanakan menjelang tahun 2011.Mata pelajaran Bahasa Arab turut mengalami perubahan seperti Pendidikan Islam selaras dengan Transformasi Pendidikan yang melibatkan perubahan kurikulum. Perubahan ini akan meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih releven dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Justeru itu, para guru memainkan peranan penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan. Sesungguhnya kejayaan Transformasi Kurikulum dan keberhasilannya memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar,pengurus kurikulum,ibu bapa serta pihak berkepentingan.Jutaan terima kasih kepada JLU Bahasa Arab yang telah banyak membantu pihak UPI menjayakan kursus ini dan juga kepada peserta yang hadir "BERSAMA MEMPERKASAKAN BAHASA ARAB"

05 Oktober 2010

KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 DAERAH PASIR GUDANG


2 Oktober 2010 (Sabtu)

Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam Tahun 1 Pelaksanaan Tahun 2011 peringkat daerah Pasir Gudang.Kursus ini diadakan di Bilik Seminar, SK Seri Kota Puteri 4 dan dihadiri oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah daerah Pasir Gudang. Kursus ini dimulakan dengan Taklimat Umum KSSR yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Lokmanul Hakim Bin Samion, Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras (Men) Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor.Melalui kursus ini, para GPI telah didedahkan dengan Kurikulum Pendidikan Islam yang turut mengalami perubahan selaras dengan Transformasi Pendidikan yang melibatkan perubahan kurikulum semua mata pelajaran di sekolah KPM. Bermula tahun 2011, Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 1 akan berwajah baru. Perubahan kurikulum Pendidikan Islam ini menuntut perubahan minda dan kaedah pedagogi mata pelajaran Pendidikan Islam untuk memastikan apa yang dirancangkan dan digubal dalam kurikulum Transformasi ini dapat disampaikan kepada murid-murid dengan sempurna. Perubahan yang dicadangkan ini tidak akan berlaku sekiranya kita semua tidak berusaha ke arah itu.Terima kasih kepada semua JLU Pendidikan Islam daerah yang telah banyak membantu menjayakan kursus ini dan juga kepada GPI yang hadir "BERSAMA MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM"

27 September 2010

KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) BAHASA ARAB TAHUN 1 DAN HSP TAHUN 4 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERHATIAN DAN MAKLUMAN :
Ketua Panitia Bahasa Arab &
Guru Bahasa Arab Tahun 1
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang
( Sekolah Program j-QAF )

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Oktober 2010 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Pendaftaran : 7.30 pagi ( Sarapan disediakan )
Tempat : SK Taman Megah Ria

Mohon kerjasama Ketua Panitia Bahasa Arab dan seorang guru yang mengajar Bahasa Arab Tahun 1 hadir dalam kursus tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan. SILA BAWA BERSAMA RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA ARAB TAHUN 1 & 4 . Kehadiran tuan/puan melambangkan integriti dan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan daerah Pasir Gudang.Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah masing-masing.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang
( Surat Panggilan Kursus KSSR Pendidikan Islam )

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Pendaftaran : 7.30 pagi ( Sarapan disediakan )
Tempat : Bilik Seminar, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam kursus tersebut.Kehadiran adalah diwajibkan. SILA BAWA BERSAMA BUKU IQRA' DAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TAHUN 1. Kehadiran tuan/puan melambangkan integriti dan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan daerah Pasir Gudang.Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah masing-masing.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

31 Ogos 2010

PERINGATAN : SUMBANGAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
PENYELARAS DAKWAH
SMK / SK DAERAH PASIR GUDANG

Mohon kerjasama tuan/puan dapat menguruskan sumbangan derma Tabung Kemanusiaan Palestin dengan kadar segera kerana tarikhnya telah berakhir pada 30 Ogos 2010 yang lalu. Segala sumbangan hendaklah diserahkan ke KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PPD PGD JOHOR ( No. Akaun RHB BANK BERHAD : 20105300054390 ) sebagaimana maklumat yang terkandung di dalam surat yang telah diedar ke sekolah tuan/puan ( Ruj. Kami : JPA1006/700-6/1/1 bertarikh 4 Ogos 2010 ).

Satu salinan resit sumbangan hendaklah diserahkan kepada Unit Pendidikan Islam ( u.p : Ustaz Mahmood Bin Kassim ).

Segala sokongan dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.