26 Disember 2011

LENSA KURSUS HAJI PERDANA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011


12 NOVEMBER 2011 ( Sabtu )
Hasil kerja sepasukan Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang bersama Guru-guru Pendidikan Islam daerah telah berjaya merealisasikan Kursus Haji Perdana Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang pada 12 November 2011 yang lalu bertempat di SMK Taman Daya 2. Seramai 20 mutawwif, 70 orang guru dan 350 orang pelajar telah berjaya mengikuti Kursus Haji Perdana anjuran Unit Pendidikan Islam. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK selaku perancang dan penggerak kejayaan kursus ini. Syukran Jazilan Kathira.

09 November 2011

MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB RENDAH BIL. 2/2011 DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Semua Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  16 November 2011 ( Rabu )
Masa :  1.00 tengah hari
Tempat :   SK Pasir Gudang 1

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut.Sila bawa bersama Borang cadangan Aktiviti/Penambahbaikan yang telah dilengkapkan semasa menghadiri mesyuarat tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM RENDAH BIL. 2/2011 DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  15 November 2011 ( Selasa )
Masa :  1.00 tengah hari
Tempat :  SK Taman Pasir Putih

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut.Sila bawa bersama Borang cadangan Aktiviti/Penambahbaikan yang telah dilengkapkan semasa menghadiri mesyuarat tersebut.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MUZAKARAH PEMBANGUNAN UMMAH GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR TAHUN 2011

MAKLUMAN & TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras Dakwah
Guru-guru Pendidikan Islam / j-QAF
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang.

Muzakarah tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 12 November 2011 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 4.00 petang ( Pendaftaran : 7.15 pagi )
Tempat : Dewan Kuliah N24, UTM Skudai

Mohon kerjasama Penyelaras Dakwah dan seorang Guru Pendidikan Islam atau j-QAF sekolah tuan/puan hadir dalam muzakarah tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam memartabatkan profesionalisme Guru Pendidikan Islam.Muzakarah ini dianjurkan oleh JPNJ dengan kerjasama PERKIM.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL PENGUMPULAN DATA e-PELAPORAN j-QAF OKTOBER 2011

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Penyelaras e- Pelaporan / Guru Pendidikan Islam
SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang

Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 10 November 2011 ( Khamis )
Masa : 2.00 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Seminar, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon kerjasama Penyelaras e-Pelaporan j-QAF atau wakil sekolah tuan/puan hadir dalam bengkel tersebut. Sila bawa bersama data e-Pelaporan sekolah tuan/puan yang lengkap dalam bentuk hardcopy dan softcopy.Kehadiran adalah diwajibkan. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam memantapkan pengurusan data e-Pelaporan j-QAF daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

31 Oktober 2011

KURSUS HAJI PERDANA DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  : 12 November 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang 
Tempat : SMK Taman Daya 2

Mohon sokongan dan kerjasama tuan/puan menguruskan penghantaran pergi dan balik peserta dari sekolah tuan/puan ke program tersebut. Segala maklumat berhubung program ini telah terkandung dalam surat edaran. Surat menyurat berkaitan program telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI.Syukran

KEM REMAJA PILIHAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2011

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras Dakwah
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 3

Kem tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 9 - 11 November 2011 ( Rabu - Jumaat )
Masa : 2.30 petang (Pendaftaran)
Tempat : Kem Savannah Hill, Sungai Tiram

Mohon sokongan dan kerjasama tuan/puan menguruskan penghantaran pergi dan balik peserta dari sekolah tuan/puan ke program tersebut. Segala maklumat berhubung program ini telah terkandung dalam surat edaran. Surat menyurat berkaitan program telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI.Syukran