29 Disember 2013

MEMUAT TURUN DOKUMEN PERTANDINGAN MTQSS KPM KALI KE-40 TAHUN 2014

MAKLUMAN DAN PERHATIAN :
Semua Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK,SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang.

Dokumen Pertandingan MTQSS Tahun 2014 )

Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun Dokumen Pertandingan MTQSS Tahun 2014 untuk panduan dan rujukan tuan/puan.Maklumat tersebut ialah :

1. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
2. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)
3. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
4. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan) 
5. Senarai Tajuk Bercerita dari Kisah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki danPerempuan) 


Maklumat berkenaan MTQSS Peringkat Zon dan Daerah Pasir Gudang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. " AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH WASATIYYAH "

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

03 November 2013

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DAERAH PASIR GUDANG 2013

MAKLUMAN & TINDAKAN :
Guru-guru Pendidikan Islam / j-QAF
Sekolah-sekolah Rendah yang berkenaan.
Surat panggilan Kursus Pengurusan Jenazah )

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  13 November 2013 ( Rabu )
Masa                 :  7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat :  Masjid Taman Rinting
Fasilitator         :  Pegawai Jabatan Mufti Negeri Johor

Mohon seorang Guru Pendidikan Islam/j-QAF (lelaki sahaja) hadir dalam kursus tersebut. Kehadiran & kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL TAHSINUL QURAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

MAKLUMAN & PERHATIAN :
Guru-guru Pendidikan Islam / j-QAF
Sekolah-sekolah Rendah yang berkenaan.
( Surat panggilan Bengkel Tahsinul Quran )

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  7 November 2013 ( Khamis )
Masa                 :  11.30 pagi - 4.30 petang
Tempat :  Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon Guru Pendidikan Islam/j-QAF yang berkenaan seperti di lampiran hadir dalam bengkel tersebut. Kehadiran & kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan kualiti PdP terutamanya dalam Tilawah al-Quran.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

25 Oktober 2013

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SEKOLAH MENENGAH & KEM KEMANISAN IMAN SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

MAKLUMAN & PERHATIAN :
Penyelaras Dakwah
Guru-guru Pendidikan Islam
SMKA / SABK / SMK & Sekolah Kebangsaan 
Daerah Pasir Gudang


MENENGAH
Surat Peserta Kem Pemantapan Sahsiah )
Surat Lantikan Kem Pemantapan Sahsiah )










Kem Pemantapan Sahsiah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  8 - 10 November 2013 ( Jumaat - Ahad )
Pendaftaran    :   2.30 - 3.00 petang ( Jumaat ) 
Tempat :  SMK Taman Mount Austin

Mohon tuan/puan menguruskan penghantaran 3 orang pelajar untuk menyertai kem tersebut.


RENDAH ( Sekolah Kebangsaan )
Surat Peserta Kem Kemanisan Iman )
Surat Lantikan Kem Kemanisan Iman )










Kem Kemanisan Iman akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  8 - 10 November 2013 ( Jumaat - Ahad )
Pendaftaran    :   2.30 - 3.00 petang ( Jumaat ) 
Tempat :  SK Taman Rinting 3

Mohon tuan/puan menguruskan penghantaran 2 orang murid ( lelaki & perempuan ) untuk menyertai kem tersebut.

Maklumat lanjut berhubung bilangan pelajar yang terlibat mengikut sekolah (menengah) dan senarai keperluan yang perlu dibawa semasa kem dilaksanakan akan dimaklumkan melalui surat. Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan dalam masa terdekat.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

24 September 2013

PINDAAN TARIKH KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN 4 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

MAKLUMAN & TINDAKAN :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Guru-guru Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang
(Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran Bahasa Arab Tahun 4)  sila cetak
(Overview Konsep DSKP Bahasa Arab Tahun 4)  sila cetak
(Taksonomi Bloom Terhadap Pentaksiran)  sila cetak

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  8 - 11 Oktober 2013 ( Selasa-Jumaat ) PINDAAN BARU
Masa                 :  8.00 pagi - 4.30 petang
Pendaftaran    :   7.30 pagi 
Tempat :  SK Taman Rinting 2

Mohon seorang guru yang akan mengajar Bahasa Arab Tahun 4 pada tahun 2014 untuk menghadiri kursus tersebut. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN. Tuan/puan dikehendaki MEMUAT TURUN DAN MENCETAK BAHAN KURSUS yang disediakan dalam blog ini untuk simpanan pihak sekolah dan wajib dibawa sepanjang menghadiri kursus ini kerana pihak penganjur tidak menyediakan bahan tersebut. Tuan/puan juga diminta membawa laptop,pen drive dan extension wire.Kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan KSSR & PBS Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan akan diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

18 September 2013

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PENTING & SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan & SJK (C) Daerah Pasir Gudang
(Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran Pendidikan Islam Tahun 4)  sila cetak
(Bahan Kursus Orientasi DSKP Tahun 4)  sila cetak
(Bahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT/HOTS))  sila cetak

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  2 - 5 Oktober 2013 ( Rabu - Sabtu )
Masa                 :  8.00 pagi - 4.30 petang
Pendaftaran    :   7.30 pagi 
Tempat :  SK Taman Rinting 2

Mohon seorang guru yang akan mengajar Pendidikan Islam Tahun 4 pada tahun 2014 untuk menghadiri kursus tersebut. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN. Tuan/puan dikehendaki MEMUAT TURUN DAN MENCETAK BAHAN KURSUS yang disediakan dalam blog ini untuk simpanan pihak sekolah dan wajib dibawa sepanjang menghadiri kursus ini kerana pihak penganjur tidak menyediakan bahan tersebut. Kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan KSSR & PBS Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MEMUAT TURUN PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah
Semua Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMKA, SABK, SMK, SK & SJKC 
Daerah Pasir Gudang
(Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian 2013)

Mohon tuan/puan dapat MUAT TURUN Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR 2013 yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM sebagai panduan dalam menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk para pelajar selepas UPSR dan PMR di sekolah tuan/puan. Adalah menjadi harapan pihak kami semoga cadangan-cadangan aktiviti yang terkandung di dalam panduan tersebut dapat dilaksanakan dan dijayakan dengan sebaik-baiknya hasil kerjasama dan komitmen pihak sekolah terutamanya Guru-guru Pendidikan Islam yang bertindak sebagai nadi utama dan penggerak kepada aktiviti-aktiviti dakwah di sekolah.Surat hebahan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

11 September 2013

BENGKEL PEMANTAPAN JAWI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN :
Semua Guru Cemerlang Pendidikan Islam
Semua Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMKA, SABK, SMK, SK & SJKC 
Daerah Pasir Gudang.
(Surat Panggilan Bengkel Jawi GC Pendidikan Islam)
(Surat Panggilan Bengkel Jawi GPI Menengah)
(Surat Panggilan Bengkel Jawi GPI Rendah)

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  21 September 2013 ( Sabtu )
Masa :  7.15 pagi - 2.00 petang
Tempat :  SK Taman Megah Ria
Peserta    :  Seorang GPI ( Menengah )
                 :  Seorang GPI dan seorang Guru j-QAF ( Rendah )
Penceramah : Ustaz Mansor Bin Mohamad (Munsyi Dewan Jawi, Dewan Bahasa & Pustaka)

Mohon tuan/puan dapat menghadiri bengkel tersebut mengikut bilangan GPI yang telah ditetapkan.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti ke arah memantapkan keberkesanan pengajaran JAWI dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

05 September 2013

DISKUSI ILMU GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Semua Ahli PEKDIS 
Daerah Pasir Gudang Tahun 2013
( Senarai Nama Ahli PEKDIS 2013 ) 
( Surat Panggilan Ahli PEKDIS Menengah )
( Surat Panggilan Ahli PEKDIS Rendah )












Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  14 September 2013  ( Sabtu )
Masa :  8.00 pagi     ( Pendaftaran :  7.15 pagi ) 
Tempat :  SK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang
Pakaian   :  Batik 

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan tuan/puan bagi mengelakkan kesesakan trafik ( datang lebih awal ). 
2. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
3. Sarapan pagi dan jamuan disediakan.

Mohon kepada semua Ahli PEKDIS Daerah Pasir Gudang yang berdaftar (sila rujuk senarai nama) menghadiri program ini. Kehadiran adalah diwajibkan. Kehadiran tuan/puan membuktikan komitmen dan sokongan padu terhadap program anjuran PEKDIS daerah Pasir Gudang. Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

03 September 2013

MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Sekolah-sekolah yang berkenaan
Guru Pengiring & Peserta
Mahrajan j-QAF ( Kalam Jamaie & Dikir Barat )
Sekolah-sekolah Rendah KPM
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  7 September 2013  ( Sabtu )
Masa :  8.00 pagi     ( Pendaftaran :  7.30 pagi ) 
Tempat :  Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
Anjuran   :  PPD Pasir Gudang bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) 

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
2. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
3. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
4. Menguruskan makan minum para peserta tuan/puan.
    ( Jamuan peserta tidak disediakan )
5. Mematuhi kod pakaian peserta Mahrajan j-QAF
    (Lelaki - Baju Melayu) (Perempuan - Baju Kurung)
6. Memastikan keselamatan para peserta dan peralatan 
    dikir barat tuan/puan.
7. Memastikan kebersihan dan keceriaan sepanjang majlis.

Pihak UPI mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang dalam usaha memeriahkan Mahrajan j-QAF daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

18 Julai 2013

PROGRAM MISI KORBAN,AKIKAH DAN BANTUAN PENDIDIKAN KEMBOJA TAHUN 2013 ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR



MAKLUMAN & TINDAKAN :
Semua Pengetua & Guru Besar,
Semua Guru Pendidikan Islam,
Semua Warga Guru,
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang

Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Cawangan Johor (PEKDIS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan Misi Korban,Akikah & Bantuan Pendidikan Kemboja Tahun 2013. Misi ini bertujuan menyalurkan sumbangan makanan kepada penduduk Islam Kemboja yang amat memerlukan ketika menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H dan menyampaikan bantuan pendidikan kepada anak-anak Islam Kemboja. 

Sehubungan itu, mohon tuan/puan dapat menyebarluaskan hebahan dan borang penyertaan ini kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa pelajar/murid

Berikut ialah senarai bantuan yang diperlukan :-
1) Satu bahagian lembu korban/akikah = RM270.00
2) Seekor lembu = RM1890.00
3) Satu bahagian Pam Air = RM100.00
4) Bantuan Pendidikan = RM50.00

Borang penyertaan boleh diperbanyakkan. Borang yang telah dilengkapkan perlu diserahkan kepada Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang untuk tindakan selanjutnya di peringkat negeri. 

Tarikh tutup penyertaan : 1 Oktober 2013

Untuk makluman lanjut, sila hubungi :-
1) Ustaz Zaieme Bin Mohamad - 0167690589
2) Ustaz Maturidi Bin Mohamed - 0137799402



Semoga segala usaha kita beroleh ganjaran dan keredhaan Allah s.w.t.
" BANTULAH SAUDARA ISLAM YANG LEBIH MEMERLUKAN "

14 Julai 2013

LENSA MULTAQA GPI DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG






13 Julai 2013 @ 4 Ramadan 1434H - Kehadiran Timbalan Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor, Ustaz Mohd Azman Bin Mohd Yunos merangkap Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Johor telah menyerikan lagi program Multaqa Guru Pendidikan Daerah Pasir Gudang yang bernafas dengan tema " GPI : Menyusuri Metod Dakwah Rasulullah SAW ". Program anjuran PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pasir Gudang yang dihadiri hampir 350 orang Guru Pendidikan Islam telah diadakan di Dewan Umar Abdul Aziz SMKA Johor Bahru. Turut hadir bersama ialah En. Hashim Bin Zainal, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Majlis dimulai dengan Ucaptama Timbalan Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor yang menyentuh tentang peri pentingnya peranan GPI dan fungsi PEKDIS, disusuli telah majlis pelancaran KAD KEAHLIAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG dan Program Ihya' Ramadan Sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang 1434H/2013M. Program Multaqa diakhiri dengan slot Minda Ulu Al-Bab oleh Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Bin Abdul Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor.  

Laporan oleh : Ustaz Maturidi Bin Mohamed ( UPI PPD Pasir Gudang )

09 Julai 2013

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & MAKLUMAN :











Multaqa tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  13 Julai 2013 Bersamaan 4 Ramadan 1434H ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat :  SMK Agama Johor Bahru
Pakaian   :  Batik

Mohon tuan/puan dapat menghadiri Multaqa tersebut mengikut bilangan GPI yang telah ditetapkan.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti ke arah memperkasakan profesion dan jati diri Guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

14 Mei 2013

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA (IPA) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

MAKLUMAN & TINDAKAN  :
Guru Pengiring & Peserta
SMK Agama Johor Bahru
SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor
SMK Pasir Gudang
SMK Permas Jaya
SMK Seri Kota Puteri 2
SMK Taman Daya 2
Majlis Intifal Sekolah-sekolah (MISS) IPA 
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  18 Mei 2013 ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat :  SMK Pasir Gudang

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
2. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
3. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
4. Menguruskan sarapan pagi para peserta tuan/puan.
5. Memastikan keselamatan para peserta tuan/puan.

Pihak UPI mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam sekolah-sekolah yang terlibat dalam usaha memeriahkan suasana majlis dan juga sebagai tanda sokongan padu dan menimba pengalaman perjalanan pengurusan MISS daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT MAJLIS GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG BIL 1/2013

PERHATIAN & TINDAKAN :
Semua Guru Cemerlang
Pendidikan Islam SMK & SK 
Daerah Pasir Gudang
( Surat Mesyuarat MGC Pendidikan Islam )

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  15 Mei 2013 ( Rabu )
Masa :  2.00 petang
Tempat :  SMK Pasir Gudang 3

Mohon tuan/puan dapat menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti ke arah melonjakkan pencapaian akademik Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MUZAKARAH JEMAAH HAKIM MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA KPM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN :
Semua Jemaah Hakim
Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS)
Institusi Pendidikan Agama (IPA)
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013
( Surat Muzakarah Hakim MISS Daerah )

Muzakarah tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  14 Mei 2013 ( Selasa )
Masa :  2.00 petang
Tempat :  Bilik Cakna Minda, SMK Pasir Gudang 

Mohon tuan/puan dapat menghadiri muzakarah tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan iltizam yang tinggi dalam usaha penambahbaikan mutu penghakiman MISS daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

TAKLIMAT AJK PENGELOLA MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA KPM DAERAH PASIR GUDANG KALI KE-2 TAHUN 2013

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Semua Ahli Jawatankuasa Pengelola
Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS)
Institusi Pendidikan Agama (IPA)
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013
( Senarai Ahli Jawatankuasa MISS Daerah )

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  14 Mei 2013 ( Selasa )
Masa :  2.00 petang
Tempat :  Bilik Cakna Minda, SMK Pasir Gudang 

Mohon tuan/puan dapat menghadiri taklimat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan iltizam yang tinggi dalam meningkatkan tahap pengurusan MISS yang cemerlang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

09 Mei 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN KALI 39 DAN FESTIVAL NASYID KALI KE-9 SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2013M/1434H

MAKLUMAN & TINDAKAN  :
Guru Pengiring & Peserta 
Kontinjen Pasir Gudang
Majlis Tadarus al-Quran & Festival Nasyid
Peringkat Negeri Johor Tahun 2013/1434H
( Senarai Kontinjen Pasir Gudang )

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  11 Mei 2013 ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat :  SM Sains Sembrong, Kluang
Catatan    :
1) Guru pengiring & peserta akan menginap di SMKA Johor Bahru pada 10 Mei 2013 (Jumaat) jam 6.00 petang. 
2) Sila pastikan segala keperluan peserta dibawa.
3) Bertolak dari SMKA Johor Bahru pada 11 Mei 2013 jam 6.30 pagi.

Pihak kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada para peserta yang akan mewakili daerah Pasir Gudang ke MTQSSFN peringkat negeri Johor. Semoga segala perancangan dan usaha yang telah dilaksanakan oleh UPI dan guru-guru/jurulatih akan menghasilkan natijah yang terbaik..amin...Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

02 April 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN & FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013/1434H

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :
Penyelaras Dakwah & Guru Pendidikan Islam
Wakil-wakil Zon Menengah, Rendah & SMKA 
Majlis Tadarus al-Quran & Festival Nasyid
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013/1434H

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  13 April 2013 ( Sabtu )
Masa :  7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat :  SK Taman Nusa Damai 
Catatan    :  7.30 - 8.15 pagi ( Pendaftaran )

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
2. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
3. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
4. Menguruskan sarapan pagi para peserta tuan/puan.
5. Jamuan peserta disediakan pada pukul 10.00 pagi.
6. Memastikan keselamatan para peserta tuan/puan.

Pihak kami juga mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang sebagai tanda sokongan dalam usaha memeriahkan lagi majlis tersebut.  Semoga Pasir Gudang tetap unggul dalam melahirkan wakil-wakil negeri Johor ke peringkat kebangsaan dan mengulangi sejarah kecemerlangan dan kegemilangan MTQSSFN Negeri.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran