17 Ogos 2009

KURSUS PENGHAKIMAN MTQ PERINGKAT DAERAH 2009


Sabtu, 15 Ogos 2009
Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya di SMK Taman Desa Jaya. Ceramah pertama Penghakiman Nasyid telah disampaikan oleh En. Zulkifli bin Hj. Ismail, GPK Koko SK Tebrau Bakar Batu. Ceramah kedua Penghakiman Syarahan disampaikan oleh Ustazah Akhuan Nuraihan binti Paat dari SMK Kota Masai dan ceramah ketiga Penghakiman Berzanji Marhaban disampaikan oleh Ustaz Mohd. Don bin Mohamad, Sekolah Agama Taman Mawar. Alhamdulillah ceramah-ceramah yang disampaikan ini sangat bermanfaat bagi para peserta yang hadir. InsyaAllah akan diusahakan kursus yang sama untuk sekolah rendah pula. Terima kasih semua AJK dan peserta yang terlibat. Semoga Pasir Gudang akan mengekalkan kejuaraan MTQ tahun hadapan.

16 Ogos 2009

KEMPEN CEGAH H1N1 DENGAN BERWUDUK

Assalamualaikum..
Kepada semua Guru Pendidikan Islam, laksanakan Kempen Cegah H1N1 dengan mengalakkan semua warga sekolah sentiasa suci dengan BERWUDUK. Semoga dengan berwuduk, Allah akan menurunkan rahmat kepada kita semua. Amin.Sebarkan kempen ini kepada rakan-rakan GPI yang lain. Syukran

13 Ogos 2009

DOA KESELAMATAN DARIPADA WABAK PENYAKIT



Semoga kita beroleh perlindungan dari Allah s.w.t. Amin

08 Ogos 2009

Mukhayyam Bahasa Arab PMR peringkat daerah 2009



8 Ogos 2009 (Sabtu)
Alhamdulillah, Mukhayyam Bahasa Arab PMR peringkat daerah Pasir Gudang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah . Seramai 92 orang pelajar dari 4 buah sekolah iaitu SMK Agama Johor Bahru, SMK Pasir Gudang, SMK Permas Jaya dan SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor telah menyertainya dan dibantu oleh 9 orang fasilitator. Program ini bertujuan membantu para pelajar memahami dan menguasai subjek Bahasa Arab.Pelbagai kaedah telah didedahkan serta tips-tips berguna melalui ceramah dan bengkel telah disampaikan kepada para pelajar. Pihak kami mengharapkan program ini sedikit sebanyak dapat memotivasikan dan membantu para pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR subjek Bahasa Arab. Terima kasih dan Syabas !!!

06 Ogos 2009

Kem Sinar Cemerlang SPM Pendidikan Islam 2009




















5 Ogos 2009 (Rabu)
Alhamdulillah, Kem Sinar Cemerlang Pendidikan Islam SPM 2009 telah berjaya dijalankan pada hari ini di SMK Permas Jaya 2. Sasaran perogram ini adalah murid-murid yang galus dalam Pendidikan Islam. Kehadiran seramai 120 orang murid dan 35 orang guru telah banyak membantu melaksanakan program ini. Sebanyak 2 slot ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Nora dari SMK Taman Desa Jaya dan Ustazah Mashitoh dari SMK Dato Penggawa Timur dan diikuti dengan bengkel. Hasil program ini menunjukkan murid-murid ini mampu untuk lulus dengan baik dalam peperiksaan SPM nanti. Terima kasih cikgu.

03 Ogos 2009

Tahniah! Pasir Gudang Boleh!


Sabtu, 1 Ogos 2009. Sekalung tahniah buat kontinjen Pasir Gudang yang telah mengungguli acara tilawah lelaki j-QAF di dalam Ihtifal j-QAF peringkat Negeri Johor Tahun 2009. Adik Ahmad Solahuddin bin Zainuddin, SK Taman Daya telah diumumkan sebagai Johan acara ini. Bagi acara kalam jama'ie pula SK Pasir Gudang 1 telah mendapat tempat kedua. Tahniah kepada para peserta yang telah bersungguh-sungguh menunjukkan kehebatan mereka. Terima kasih kepada para guru yang telah melatih mereka. Bagi yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan. Jangan putus asa.

KURSUS PENGHAKIMAN MTQ PERINGKAT DAERAH 2009

Kursus ini akan diadakan pada:
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat : SMK Taman Desa Jaya
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tgh
Semua sekolah menengah diminta menghantar 2 orang guru Pendidikan Islam ke kursus ini.

MUKHAYYAM BAHASA ARAB (PMR) PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2009

Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 7- 8 OGOS 2009 ( Jumaat - Sabtu )
Masa : 3.00 petang ( pendaftaran )
Tempat : SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah, Johor

Semua AJK dan guru-guru yang terlibat dikehendaki hadir. Syukran

MESYUARAT MUKHAYYAM BAHASA ARAB (PMR) DAERAH

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 4 OGOS 2009 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Agama Johor Bahru

Semua AJK terlibat diwajibkan hadir. Syukran

KEM GALUS PENDIDIKAN ISLAM SPM 2009

Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 5 OGOS 2009 ( Rabu )
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : SMK Permas Jaya 2

Diharapkan kepada semua yang terlibat dapat hadir untuk menjayakan program ini.

01 Ogos 2009

TAHNIAH KONTINJEN PASIR GUDANG

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KONTINJEN PASIR GUDANG KERANA TELAH MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN KALAM JAMAI'E DAN JOHAN TILAWAH j-QAF LELAKI DALAM PERTANDINGAN IHTIFAL j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR YANG TELAH BERAKHIR PADA 1 OGOS 2009.SESUNGGUHNYA KEJAYAAN INI AMAT SIGNIFIKAN KEPADA KONTINJEN PASIR GUDANG. HADIAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH TN. HJ. HASSAN BIN ISSA, KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPNJ SEBAGAI WAKIL RASMI PENGARAH JPNJ. DIHARAPKAN KEJAYAAN INI AKAN MENYUNTIK DAN MEMBAKAR SEMANGAT KEPADA KONTINJEN PASIR GUDANG UNTUK TERUS MENCIPTA KEJAYAAN PADA TAHUN HADAPAN. PASIR GUDANG BOLEH !!!