29 Januari 2010

MEMUAT TURUN BORANG MAKLUMAT j-QAF NEGERI JOHOR 2010

Perhatian dan Tindakan SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah-sekolah Rendah Program j-QAF
Daerah Pasir Gudang.
(u.p : Penyelaras j-QAF)

Sektor Pendidikan Islam, JPNJ telah mengarahkan Unit Pendidikan Islam mengumpulkan maklumat lengkap berhubung sekolah-sekolah j-QAF daerah Pasir Gudang 2010.Mohon kerjasama tuan/puan dapat memuat turun Borang Maklumat j-QAF Negeri Johor 2010 (Lampiran A) dan melengkapkannya.Borang tersebut hendaklah dihantar pada atau sebelum 12 Februari 2010 (Jumaat) dalam bentuk hardcopy sahaja.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MULTAQA (SEMINAR) ULAMA' DAN ILMUAN 1431H/ 2010

Perhatian dan Makluman :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah-sekolah yang berkenaan

Multaqa tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 4 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi - 5.30 petang
Pendaftaran : 7.30 pagi
Tempat : PERSADA JOHOR, Johor Bahru
Perasmian pembukaan :
Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin (Timbalan Perdana Menteri)
Perasmian penutup :
Y.A.B. Dato' Hj. Abdul Ghani bin Othman (Menteri Besar Johor)

Mohon kerjasama tuan/puan memberi kerjasama kepada Pengetua/Guru Besar menguruskan nama-nama GPI yang terlibat. Cadangan UPI bagi sekolah rendah ialah memilih 2 orang GPI sesi pagi dan 2 orang guru j-QAF sesi petang. Atas dasar penjimatan GPI yang hadir dikehendaki berkongsi kenderaan.Sila pastikan sekolah dapat berhubung dengan Ustaz Mahmood bin Kassim untuk tuntutan perjalanan pada majlis tersebut.Surat telah diedarkan ke sekolah terlibat.Syukran

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi UPI PPDPGU. Syukran

26 Januari 2010

MEMUAT TURUN BORANG MAKLUMAT DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH TAHUN 2010

Perhatian dan Tindakan :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Agama Johor Bahru
SABK Madrasah al-Attas Al-Arabiah
SMK /SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang

BORANG DATA MENENGAH - Lampiran A-D
BORANG DATA RENDAH - Lampiran A-E

Unit Pendidikan Islam dalam proses memantapkan dan mengemaskini data terkini Guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan memuat turun borang dan melengkapkan maklumat yang diperlukan. Borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Unit Pendidikan Islam dalam bentuk disket dan hardcopy yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah pada atau sebelum 12 FEBRUARI 2010 (Jumaat) jam 4.30 petang. Maklumat juga boleh disalurkan melalui email berikut :
mahmood.kassim@moe.gov.my (MENENGAH)
abumansuralmaturidi@yahoo.com (RENDAH)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran


21 Januari 2010

PINDAAN TARIKH MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB RENDAH BIL. 1/2010 DAERAH PASIR GUDANG

Perhatian dan Tindakan Segera :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah-sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang.

Mesyuarat Panitia Bahasa Arab Rendah bil. 1/2010 daerah Pasir Gudang yang dijadualkan pada 26 Januari 2010 DIPINDA TARIKHNYA seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 3 Februari 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Pasir Gudang 1

Mohon Ketua Panitia Bahasa Arab mengambil perhatian berhubung pindaan tersebut. Surat Pindaan akan diedarkan kepada sekolah.

Sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT PANITIA TASAWWUR ISLAM BIL. 1/2010 DAERAH PASIR GUDANG

Perhatian dan Tindakan :
Ketua Panitia Tasawwur Islam
SMK Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Januari 2010 ( Rabu )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SMK Taman Daya 3

Mohon kerjasama KETUA PANITIA TASAWWUR ISLAM hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti tuan/puan dalam meningkatkan kecemerlangan daerah Pasir Gudang. Surat Panggilan mesyuarat sudah diedarkan ke sekolah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD PGU. Syukran

20 Januari 2010

BENGKEL PEMBINAAN TEKS SYARAHAN DAN BERCERITA MTQSS DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010/1431H

Makluman dan Tindakan :
Panel Penggubal MTQSS 2010
Daerah Pasir Gudang
(senarai nama panel)

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 27 - 28 Januari 2010 (Rabu & Khamis)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Panitia Pendidikan Islam, SMK Seri Kota Puteri 2

Mohon kerjasama kepada Panel yang dilantik dapat merangka isi-isi penting /isu-isu semasa terlebih dahulu berdasarkan tajuk dan mencari bahan-bahan yang berkaitan demi memantapkan proses perjalanan bengkel kelak. Sila bawa bersama laptop (perisian arabic-Quran In Word) broadband modem (jika ada),extension wayar,pen drive dan bahan-bahan rujukan yang berkaitan (Quran/Hadis/Buku-buku dan lain-lain). Kehadiran adalah wajib.Surat panggilan telah diedarkan ke sekolah yang berkenaan. Moga kesungguhan dan usaha ini akan dapat mempertahankan kejuaraan dan keunggulan Pasir Gudang di peringkat negeri Johor.Insya-Allah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

19 Januari 2010

MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB,PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH & PENDIDIKAN AL-QURAN AS-SUNNAH BIL. 1/2010 DAERAH PASIR GUDANG

Perhatian dan Tindakan :
Panitia Bahasa Arab (BA)
Panitia Pendidikan Syariah Islamiah (PSI)
Panitia Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah (PQS)
SMK dan SK yang berkenaan.

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Januari 2010 ( Selasa )
Masa : 2.00 petang
Tempat :
1. SMK Agama Johor Bahru ( Menengah )
2. Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 ( Rendah )

Mohon kerjasama KETUA PANITIA BA,PSI dan PQS hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti tuan/puan dalam meningkatkan kecemerlangan daerah Pasir Gudang. SURAT PANGGILAN MESYUARAT sudah diedarkan ke sekolah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD PGU. Syukran

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL. 1/2010 DAERAH PASIR GUDANG

Perhatian dan Tindakan :
Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK / SK / SJK(C) Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Januari 2010 ( Isnin )
Masa : 2.00 petang
Tempat :
1. SABK Madrasah al-Attas al-Arabiah, Johor ( Menengah )
2. Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 ( Rendah )

Mohon kerjasama KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti tuan/puan dalam memperkasakan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan mesyuarat sudah diedarkan ke sekolah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD PGU. Syukran

14 Januari 2010

TEMA FESTIVAL NASYID PERINGKAT ZON,DAERAH DAN NEGERI JOHOR 2010

Semua Penyelaras Dakwah
SMK/SK Daerah Pasir Gudang.

Tema Festival Nasyid pada tahun ini ialah " MEMANTAPKAN UKHWAH , MEMPERKASA UMMAH ". Mohon kerjasama semua Penyelaras Dakwah dapat membuat persiapan awal dengan menyiapkan seni kata ( Lirik ) lagu nasyid berdasarkan tema tersebut dan latihan sebelum penyertaan Festival Nasyid di peringkat Zon yang akan dimaklumkan kelak.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD PGU. Syukran

FORMAT PENULISAN RPH P.ISLAM/j-QAF & B.ARAB SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH PASIR GUDANG 2010

Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
Semua Ketua Panitia Bahasa Arab
Semua Guru Pendidikan Islam/j-QAF/Bahasa Arab
Sekolah-sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Panitia Pendidikan Islam Rendah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang (MGC) daerah Pasir Gudang telah menyelaraskan format penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi Pendidikan Islam/j-QAF dan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang tahun 2010 demi memantapkan lagi P&P Pendidikan Islam. Mohon MUAT TURUN format tersebut pada ruangan Download bahan dalam folder PENULISAN RPH 2010 untuk panduan semua Guru Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang. Surat makluman telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

11 Januari 2010

KURSUS PELAKSANAAN KSPK PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010


9 Januari 2010 (Sabtu)
Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kursus Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Pendidikan Islam Prasekolah peringkat daerah Pasir Gudang 2010. Kursus ini diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dan dihadiri oleh 39 orang guru Pendidikan Islam dan 4 orang guru Prasekolah yang mengajar Pendidikan Islam di kelas prasekolah.Melalui kursus ini, para guru telah didedahkan dengan KSPK yang baru diperkenalkan dan juga penerangan berhubung perubahan baru kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah mulai tahun 2010.Perubahan ini bersesuaian dengan usaha kerajaan dalam memartabatkan mutu pendidikan Prasekolah. Sesungguhnya kursus seumpama ini telah banyak memberi maklumat yang amat berguna kepada guru Pendidikan Islam yang terlibat secara langsung mendidik anak-anak bermula dari prasekolah lagi.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru Pendidikan Islam yang terus komited mengajar di prasekolah demi melahirkan modal insan yang cemerlang walaupun terpaksa menghadapi berbagai cabaran.Terima kasih juga diucapkan kepada semua JLU Pendidikan Islam Prasekolah yang telah banyak membantu menjayakan kursus ini. "BERSAMA MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM"

04 Januari 2010

KURSUS PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010

Semua Guru Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang - Prasekolah
( mengajar PIslam di prasekolah sahaja )

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Pendaftaran : 8.00 pagi
Tempat : PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama seorang Guru Pendidikan Islam yang mengajar subjek Pendidikan Islam di prasekolah hadir dalam kursus tersebut. Tuan/puan akan didedahkan mengenai kurikulum baru Pendidikan Islam Prasekolah.Kehadiran tuan/puan adalah wajib.Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah masing-masing.Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD PGU.

02 Januari 2010

TAKLIMAT PENYELARASAN KURSUS PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010

Makluman dan tindakan :
1. Ust. Wan Muhd Khairi B Wan Sulaiman - SK Taman Johor Jaya 1
2. Ustzh. Rosmaniza Bt Hassan - SK Taman Megah Ria
3. Ustzh. Norhasimah Bt Dui - SK Kota Masai
4. Ustzh. Zuhaini Bt Abd Rahman - SK Taman Cendana
5. Ustzh. Siti Hawa Bt. Basarai@Basri - SK Taman Permas Jaya 2
6. Ustzh. Rita Zunika Bt Lokman - SK Kangka Tebrau

Taklimat akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 7 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam taklimat tersebut bagi membincangkan pelaksanaan kursus tersebut kepada semua Guru Pendidikan Islam yang mengajar di prasekolah.Surat telah diedarkan ke sekolah masing-masing.Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.