31 Ogos 2010

PERINGATAN : SUMBANGAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN DAERAH PASIR GUDANG 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
PENYELARAS DAKWAH
SMK / SK DAERAH PASIR GUDANG

Mohon kerjasama tuan/puan dapat menguruskan sumbangan derma Tabung Kemanusiaan Palestin dengan kadar segera kerana tarikhnya telah berakhir pada 30 Ogos 2010 yang lalu. Segala sumbangan hendaklah diserahkan ke KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PPD PGD JOHOR ( No. Akaun RHB BANK BERHAD : 20105300054390 ) sebagaimana maklumat yang terkandung di dalam surat yang telah diedar ke sekolah tuan/puan ( Ruj. Kami : JPA1006/700-6/1/1 bertarikh 4 Ogos 2010 ).

Satu salinan resit sumbangan hendaklah diserahkan kepada Unit Pendidikan Islam ( u.p : Ustaz Mahmood Bin Kassim ).

Segala sokongan dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

17 Ogos 2010

MEMUAT TURUN BAHAN BICARA RAMADAN 1431H & MODUL 5 MINIT BENCI ZINA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA
Semua Penyelaras Dakwah
Semua AJK MAKDIS
SMK dan SK Daerah Pasir Gudang

Mohon tuan/puan memuat turun Bicara Ramadan dan Modul seperti ketetapan berikut :

3) Modul 5 Minit Benci Zina - Sekolah Menengah sahaja

Bahan Bicara Ramadan :
1. Diedarkan kepada semua guru Islam di sekolah tuan/puan.
2. Dipamerkan di setiap kelas untuk bacaan pelajar/murid.
3. Dipamerkan di papan kenyataan Panitia Pendidikan Islam / MAKDIS.
Modul 5 Minit Benci Zina :
1. Dibaca semasa perhimpunan 2 kali seminggu ( Isnin & Jumaat - mengikut kesesuaian )

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan usaha dakwah ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan Syukran Jazilan Kathiran.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran