27 Februari 2012

MESYUARAT MAJLIS TADARUS AL-QURAN & FESTIVAL NASYID PERINGKAT ZON TAHUN 2012

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras Dakwah
SMK / SABK / SK & SJKC Daerah Pasir Gudang

ZON MASAI ( MENENGAH )
Tarikh : 28 Februari 2012 ( Selasa )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SMK Seri Kota Puteri 2

ZON RINTING ( RENDAH )
Tarikh : 28 Februari 2012 ( Selasa )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Bandar Seri Alam

ZON TIRAM ( RENDAH )
Tarikh : 28 Februari 2012 ( Selasa )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Felda Ulu Tebrau

ZON TIRAM ( MENENGAH )
Tarikh : 29 Februari 2012 ( Rabu )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SMK Taman Daya 2

ZON JOHOR JAYA ( RENDAH )
Tarikh : 29 Februari 2012 ( Rabu )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Taman Molek

ZON PASIR PUTIH ( RENDAH )
Tarikh : 29 Februari 2012 ( Rabu )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Kota Masai

Mohon kerjasama tuan/puan yang berkenaan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Dakwah Islamiah daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

22 Februari 2012

PENGISIAN BORANG TALENT GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK/SK & SJKC Daerah Pasir Gudang

Mohon tuan/puan MEMUAT TURUN BORANG TALENT dan memaklumkan kepada semua Guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF di sekolah tuan/puan untuk mengisi dengan lengkap borang tersebut dalam bentuk soft copy dan hard copy.

Muat Turun Borang Talent Guru Pendidikan Islam

Borang Talent yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam sebelum atau pada 6 Mac 2012. Sebarang pertanyaan untuk rujukan, sila hubungi Ustaz Maturidi Bin Mohamed di talian 013-7799402. Surat yang berkaitan perkara tersebut telah dimasukkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.Syukran

19 Februari 2012

MEMUAT TURUN SET SOALAN UJIAN TILAWAH & HAFAZAN UNTUK PBS TINGKATAN 3 TAHUN 2012 (TERBARU)

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam
Semua Pentaksir PBS Tingkatan 3
SMK Daerah Pasir Gudang

Mohon tuan/puan MEMUAT TURUN DOKUMEN/BAHAN yang berkaitan di bawah untuk panduan dan rujukan Guru-guru Pendidikan Islam di sekolah tuan/puan.Dokumen tersebut boleh diakses dengan menggunakan PASSWORD.Sila hubungi Ustaz Maturidi Bin Mohamed di talian 013-7799402 untuk mendapatkan password tersebut.Semoga ianya dapat membantu tuan/puan menjalankan PBS yg berkenaan.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

16 Februari 2012

BENGKEL PEMBINAAN TEKS DIKIR BARAT MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 22-23 Februari 2012 ( Rabu-Khamis )
Masa : 12.00 tengah hari - 4.30 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1

Mohon kerjasama tuan/puan yang berkenaan hadir dalam bengkel tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam menjana kecemerlangan Mahrajan j-QAF daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

MESYUARAT PANITIA TASAWWUR ISLAM BIL 1/2012 DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Ketua Panitia Tasawwur Islam
SMK Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Februari 2012 ( Rabu )
Masa : 1.30 tengah hari 
Tempat : Bilik Wawasan, SMK Taman Daya 3

Mohon kerjasama tuan/puan yang berkenaan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Tasawwur Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL PEMBINAAN MODUL MINGGU BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & TINDAKAN :
Ketua Panitia Bahasa Arab
Guru-guru Matapelajaran Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang
( Senarai nama guru yang terlibat )

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Februari 2012 ( Selasa )
Masa : 12.00 tengah hari - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon kerjasama tuan/puan yang berkenaan hadir dalam bengkel tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam memperkasakan Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

09 Februari 2012

TAJUK TEMA FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM TAHUN 2012M/1433H "AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH"

MAKLUMAN PENTING & TINDAKAN SEGERA :
Semua Penyelaras Dakwah,
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF,
SMKA / SABK / SMK & SK Daerah Pasir Gudang.

Tema Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM pada tahun 2012M /1433H ialah  " AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH ". Mohon kerjasama semua Penyelaras Dakwah & GPI dapat bersiap siaga dengan mencipta lagu,menyiapkan seni kata ( Lirik ) lagu nasyid berdasarkan tema tersebut dan mempergiatkan latihan di peringkat sekolah sebelum penyertaan Festival Nasyid di peringkat Zon yang dijangka akan diadakan pada penghujung Mac 2012, manakala peringkat daerah pada awal April 2012. yang akan dimaklumkan kelak.Segala peraturan dan syarat pertandingan Festival Nasyid tahun sebelum ini adalah digunapakai. Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD PGU. Syukran

03 Februari 2012

BENGKEL PBS PAFA SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012

PERHATIAN & TINDAKAN :
Ketua Panitia Pendidikan Islam 
Penyelaras Pentaksir PAFA
Sekolah Kebangsaan & SJK
Daerah Pasir Gudang

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Februari 2012 ( Rabu )
Masa : 1.00 tengah hari - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan yang berkenaan hadir dalam bengkel tersebut. Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

01 Februari 2012

BENGKEL PENYEDIAAN INSTRUMEN PBS KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

PERHATIAN & TINDAKAN :
Guru Cemerlang Pendidikan Islam Rendah
Daerah Pasir Gudang

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 8 - 9 Februari 2012 ( Rabu & Khamis )
Masa : 1.00 tengah hari - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan yang berkenaan hadir dalam bengkel tersebut. Sila bawa bersama Laptop, broadband modem, extension wayar, pen drive dan dokumen yang berkaitan.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran