23 Julai 2011

KEJAYAAN PENGANJURAN MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011


23 JULAI 2011 (Sabtu)
Unit Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Mahrajan j-QAF Sekolah-sekolah Kementerian Malaysia peringkat daerah Pasir Gudang tahun 2011. Mahrajan ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Masai, Pasir Gudang. Mahrajan j-QAF peringkat daerah Pasir Gudang pada kali ini mencatatkan penyertaan yang terbesar sepanjang sejarah penganjurannya iaitu seramai 30 pasukan telah turut serta. Acara yang dipertandingkan ialah Kalam Jamai'e (choral speaking) dan Dikir Barat dalam Bahasa Arab dengan penyertaan seramai 450 orang murid dan 100 orang guru Pendidikan Islam/j-QAF. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Jamil Bin Hussin, Penolong Pengarah Pengurusan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor. Mahrajan j-QAF merupakan salah satu usaha dan kesinambungan dalam memperkasakan program j-QAF terutamanya Bahasa Arab melalui penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK Pengelola, Guru Besar dan Warga SK Masai, guru-guru dan murid-murid yang telah memeriahkan dan menjayakan majlis. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang yang akan mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri pada bulan Oktober 2011 nanti. Syukran