03 Julai 2011

PERTANDINGAN PENGIMARAHAN DAN PENGURUSAN MUSOLLA AL-HAKIM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras Dakwah
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam 
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.

Untuk makluman, Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan pertandingan tersebut pada bulan September dan Oktober 2011. Sehubungan itu,mohon kerjasama tuan/puan memuat turun panduan Pengurusan Musolla Al-Hakim untuk diguna pakai sebagai garis panduan ke arah mencapai STANDARD dalam pengimarahan dan pengurusan surau sekolah tuan/puan. Tuan/puan yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut bolehlah terus menghubungi pegawai-pegawai UPI PPD Pasir Gudang di talian yang tertera ( Ustaz Mahmood Bin Kassim - 0197599825 ), ( Ustaz Hazrul Nizam Bin Mohmad Sahibek - 0127068786 ) dan ( Ustaz Maturidi Bin Mohamed - 0137799402 / 0137998288 ) sebelum atau pada 11 Julai 2011. Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan pertandingan ini amatlah kami hargai.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi pegawai Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang. Syukran