16 September 2009

AUDIT AKADEMIK BAHASA ARAB KOMUNIKASI OLEH SPI, JPNJ


16 September 2009 (Rabu)
Pemantauan Audit Akademik Bahasa Arab Komunikasi Peperiksaan Percubaan Setara PMR tahun 2009 telah dijalankan di SMK Pasir Gudang oleh Sektor Pendidikan Islam, JPNJ, iaitu Ust Ahmad Zakuan b Md. Khudzari, Pen. Pengarah Bahasa Arab dan Ust Lokmanul Hakim b Mashadi, Pen. Pengarah PIslam Teras Menengah.Penyelaras Bahasa Arab ( Kelas Aliran Agama -KAA) SMK Pasir Gudang, Ustzah Sarah Wahida bt Hashim telah membentangkan pencapaian BA dan aktiviti2 yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Audit akademik ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan BA sebelum menghadapi PMR yang sebenar. Kunjung bantu SPI ini telah mendorong dan membantu pihak sekolah terutamanya GPI Bahasa Arab berusaha dengan sedaya upaya membantu dan membimbing pelajar2 yang masih lemah supaya lulus dalam subjek B.Arab.Pihak PPDPGU mengucapkan terima kasih kepada SPI dan juga pihak pengurusan SMK Pasir Gudang kerana dapat menyediakan bahan perbentangan.Semoga SMK Pasir Gudang terus mengorak langkah memperkasakan Bahasa Arab. Syukran