10 Disember 2009

TERKINI : RAYUAN KE SMKA DAN KAA 2010

Makluman dan Tindakan kepada semua Guru Penyelaras Pendidikan Islam Tahun 6
Sekolah-sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Calon-calon yang tidak berjaya mendapat Tawaran Pertama kemasukan ke SMKA dan KAA tahun 2010, mohon mendapatkan Borang Rayuan ke KAA (berwarna kuning) dan SMKA (berwarna hijau) yang boleh diperolehi di PPD Pasir Gudang mulai 15 hingga 30 Disember 2009 jam 8.00 pagi. Selain itu, dokumen-dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan ialah :
1. Slip keputusan UPSR.
2. Salinan surat beranak atau Kad Pengenalan Murid.
3. Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa.
4. Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun Pendidikan Islam.
Semua dokumen tersebut hendaklah disahkan.

Mohon guru-guru dapat menyampaikan maklumat penting ini kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa calon yang berhasrat memohon dan membuat rayuan berhubung perkara di atas. Syukran.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD PGU.