24 MEI 2010 (Isnin)
Seramai 18 orang guru Pendidikan Islam telah membentangkan Kajian Tindakan masing-masing dalam Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam/Bahasa Arab anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang. Seminar anjuran UPI ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh barisan Guru Cemerlang Pendidikan Islam/Bahasa Arab daerah Pasir Gudang.Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Saadiah binti Said,Pegawai Pelajaran daerah Pasir Gudang.Melalui seminar ini,guru-guru Pendidikan Islam mampu mengetengahkan dan menjana idea-idea baru dalam mengatasi,membantu dan meningkatkan penguasaan murid/pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Bahasa Arab. Selain itu, Kajian Tindakan Pendidikan Islam / Bahasa Arab yang dikendalikan oleh GPI dapat memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah dan daerah Pasir Gudang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang yang akan mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat zon,terima kasih kepada para pengkaji dan semua Guru Cemerlang Pendidikan Islam / Bahasa Arab daerah Pasir Gudang di atas kejayaan menguruskan seminar ini.Semoga seminar ini dapat memberi pengalaman baru kepada semua yang terlibat untuk memartabatkan Pendidikan Islam. “Setiap Guru Pendidikan Islam satu Kajian Tindakan”. Syukran