02 Julai 2010

MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH2 KPM DAERAH PASIR GUDANG 2010


1 JULAI 2010 (Khamis)

Unit Pendidikan Islam,Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Mahrajan (Festival) j-QAF Sekolah-sekolah Kementerian Malaysia peringkat daerah Pasir Gudang tahun 2010.Mahrajan ini telah diadakan di Atrium dan Dewan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai majlis tersebut dalam acara Kalam Jamai'e (choral speaking) dan Dikir Barat dalam Bahasa Arab dengan penyertaan seramai 300 orang murid dan 120 orang guru.Mahrajan j-QAF pada kali ini telah diserikan dengan kehadiran Pn. Hjh. Saadiah binti Said,Pegawai Pelajaran daerah Pasir Gudang yang telah merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Mahrajan j-QAF merupakan salah satu usaha dan kesinambungan dalam memperkasakan program j-QAF terutamanya Bahasa Arab melalui penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.Selain itu juga,program ini bertujuan mendekati masyarakat dengan dasar dan pembaharuan dalam pendidikan negara ke arah menjana modal insan yang berkualiti.Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang kerana menaja program ini,semua AJK pengelola,guru-guru dan murid-murid yang telah memeriahkan dan menjayakan majlis. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang yang akan mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri penghujung September 2010 nanti.“Bersama Memperkasakan Pendidikan Islam ”. Syukran