18 Julai 2011

MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011/1432H

PERHATIAN DAN TINDAKAN :

PENYELARAS j-QAF
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Sekolah-sekolah Kebangsaan yang berkenaan.

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  23 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa  :  7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat :  Sekolah Kebangsaan Masai

Mohon kerjasama sekolah-sekolah yang berkenaan bersiap siaga  dan mematuhi peraturan pertandingan yang sedia ada.Sila pastikan tuan/puan hadir lebih awal demi kelancaran majlis tersebut.Pihak UPI amat mengalu-alukan kehadiran warga Guru Pendidikan Islam / j-QAF daerah Pasir Gudang ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan padu terhadap program kecemerlangan j-QAF. Semoga kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis dan beroleh keberkatan yang berkekalan. Amin 

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran