23 Julai 2011

KEJAYAAN PENGANJURAN MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011


23 JULAI 2011 (Sabtu)
Unit Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Mahrajan j-QAF Sekolah-sekolah Kementerian Malaysia peringkat daerah Pasir Gudang tahun 2011. Mahrajan ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Masai, Pasir Gudang. Mahrajan j-QAF peringkat daerah Pasir Gudang pada kali ini mencatatkan penyertaan yang terbesar sepanjang sejarah penganjurannya iaitu seramai 30 pasukan telah turut serta. Acara yang dipertandingkan ialah Kalam Jamai'e (choral speaking) dan Dikir Barat dalam Bahasa Arab dengan penyertaan seramai 450 orang murid dan 100 orang guru Pendidikan Islam/j-QAF. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Jamil Bin Hussin, Penolong Pengarah Pengurusan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor. Mahrajan j-QAF merupakan salah satu usaha dan kesinambungan dalam memperkasakan program j-QAF terutamanya Bahasa Arab melalui penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK Pengelola, Guru Besar dan Warga SK Masai, guru-guru dan murid-murid yang telah memeriahkan dan menjayakan majlis. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang yang akan mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri pada bulan Oktober 2011 nanti. Syukran

19 Julai 2011

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH BIL. 2/2011 DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN & MAKLUMAN :
Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK/SMKA/SABK Daerah Pasir Gudang

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  26 Julai 2011 ( Selasa )
Masa :  1.30 tengah hari
Tempat :  SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut.  Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

BENGKEL PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA ARAB, SYARIAH ISLAMIAH DAN PENDIDIKAN AL-QURAN SUNNAH DAERAH PASIR GUDANG

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Guru-guru Pendidikan Islam yang berkenaan
SMK/SMKA/SABK Daerah Pasir Gudang

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  20 Julai 2011 ( Rabu )
Masa :  12.00 tengah hari
Tempat :  Bilik Mesyuarat SMKA Johor Bahru

Mohon kerjasama tuan/puan hadir dalam taklimat tersebut.  Sila bawa bersama komputer riba,SP & HSP,buku teks dan buku rujukan.Kehadiran tuan/puan melambangkan komitmen dan integriti dalam meningkatkan kecemerlangan  daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

18 Julai 2011

MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011/1432H

PERHATIAN DAN TINDAKAN :

PENYELARAS j-QAF
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Sekolah-sekolah Kebangsaan yang berkenaan.

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  23 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa  :  7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat :  Sekolah Kebangsaan Masai

Mohon kerjasama sekolah-sekolah yang berkenaan bersiap siaga  dan mematuhi peraturan pertandingan yang sedia ada.Sila pastikan tuan/puan hadir lebih awal demi kelancaran majlis tersebut.Pihak UPI amat mengalu-alukan kehadiran warga Guru Pendidikan Islam / j-QAF daerah Pasir Gudang ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan padu terhadap program kecemerlangan j-QAF. Semoga kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis dan beroleh keberkatan yang berkekalan. Amin 

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran

03 Julai 2011

PERTANDINGAN PENGIMARAHAN DAN PENGURUSAN MUSOLLA AL-HAKIM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras Dakwah
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam 
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.

Untuk makluman, Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan pertandingan tersebut pada bulan September dan Oktober 2011. Sehubungan itu,mohon kerjasama tuan/puan memuat turun panduan Pengurusan Musolla Al-Hakim untuk diguna pakai sebagai garis panduan ke arah mencapai STANDARD dalam pengimarahan dan pengurusan surau sekolah tuan/puan. Tuan/puan yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut bolehlah terus menghubungi pegawai-pegawai UPI PPD Pasir Gudang di talian yang tertera ( Ustaz Mahmood Bin Kassim - 0197599825 ), ( Ustaz Hazrul Nizam Bin Mohmad Sahibek - 0127068786 ) dan ( Ustaz Maturidi Bin Mohamed - 0137799402 / 0137998288 ) sebelum atau pada 11 Julai 2011. Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan pertandingan ini amatlah kami hargai.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi pegawai Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang. Syukran