13 Januari 2013

MEMUAT TURUN SUKATAN MTQSS KE-39 TAHUN 2013/1434H

MAKLUMAN DAN PERHATIAN :
Semua Penyelaras Dakwah
Warga Guru Pendidikan Islam/j-QAF
SMK,SK dan SJKC Daerah Pasir Gudang.


Mohon kerjasama tuan/puan memuat turun Sukatan MTQSS Tahun 2013 untuk panduan dan rujukan tuan/puan.Maklumat tersebut ialah :
1. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
2. Senarai Ayat Tilawah al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)
3. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki dan Perempuan)
4. Senarai Surah Hafazan al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan) - Penambahan surah
5. Senarai Tajuk Bercerita dari Kisah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki danPerempuan) - Perubahan format
6. Senarai Tajuk Syarahan Agama Sekolah Menengah (Lelaki dan Perempuan)

Mohon tuan/puan memberi perhatian kepada 2 perubahan format MTQSS mulai tahun 2013 iaitu :
1. Penambahan Surah Ad-Dukhan dalam surah hafazan Sekolah Menengah.
2. Penambahan Soalan Spontan dalam Bercerita Kisah daripada al-Quran Sekolah Rendah.
Tuan/puan juga dimohon mengadakan MTQSS di peringkat sekolah. Laporan program hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang sebelum pertandingan di peringkat Zon.

Tarikh Pelaksanaan MTQSS 2013 :
1. Peringkat Zon - 2 Mac 2013 ( TERKINI )
2. Peringkat Daerah Pasir Gudang - 6 April 2013  ( TERKINI )
3. Peringkat Negeri Johor - 4 Mei 2013 ( Kluang )
Maklumat berkenaan MTQSS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. " AL-QURAN PENJANA WASATIYYAH UMMAH "

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran