10 Oktober 2009

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI IQRA' DAERAH PASIR GUDANG





Sabtu, 10 OKTOBER 2009
Kursus Pemantapan Pedagogi Iqra’ kepada guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF daerah Pasir Gudang telah berjaya dilaksanakan di Dewan Seminar,SK Seri Kota Puteri 4. Kursus ini anjuran Panitia Pendidikan Islam sekolah rendah daerah Pasir Gudang.Pendekatan P & P guru yang sama ketika mengajar tanpa melakukan perubahan tidak akan meningkatkan penguasaan dan minat murid kepada pengajaran Iqra’.Melalui kursus ini, guru didedahkan dengan pelbagai kaedah dan formula pengajaran Iqra’ yang menarik minat murid .Kepentingan teknik-teknik P & P yang pelbagai akan membantu guru merancang pengajaran Iqra yang berkesan. Kursus ini dibantu oleh 3 orang fasilitator iaitu Ustaz Nasrudin bin Khamis (SK Pasir Gudang 3), Ustaz Yuzzeman bin Abdul Samad (SK Ulu Tiram) dan Ustazah Nor Raihan binti Jusoh@Yusoff (SK Pasir Gudang 1).Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan guru-guru dalam menjayakan kursus ini. Semoga kursus ini akan membantu guru Pendidikan Islam dan j-QAF dalam memperkasakan Pendidikan Islam. Syukran